iklan2

Jumaat, 5 Disember 2014

Menservis Display Chiller..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kali ini sebuah unit 'Display Chiller' @ 'Showcase Chiller' tidak sejuk seperti sediakala.


Setelah dibelek dan diteliti, tidak pula terjumpa spesifikasi unit ini, maksudnya maklumat teknikalnya seperti ampere, jenis gas (refrigerant), kandungan isi gas dan lain-lain. Jadi setelah digoogle pada model pemampatnya barulah dapat sedikit maklumat iaitu ia menggunakan gas R22 seperti penyaman udara rumah.

Kemudian saya dan seorang lagi rakan melihat di bahagian 'condensing unit' nya yang mengandungi compresor, condensor dan expansion valve. Ianya terletak di bahagian atas unit ini.



Nampaknya sirip dibahagian condensornya begitu kotor dan menutup keseluruhan permukaan sirip condensor. Bermakna tugas condensor untuk menyingkirkan haba telah terjejas di sini. Jadi ianya perlu dicuci. Sebaiknya dengan 'coil cleaner' supaya ia menyerap kekotoran yang terhasil daripada habuk dan minyak (daripada dapur memasak).


Kikis habuk dan kotoran itu dengan fin comb atau sikat sirip.

 

 Tebalnya habuk dan kotoran itu lebih kurang 1 cm.


Selepas habis disikat, ianya akan disembur dengan 'coil cleaner' tetapi masa ini saya tidak bawa bersama cleaner tersebut, maka akan dibuat lain kali :).


Kipas condensor akan dicuci sekali.


Ini adalah filter drier. Sebaiknya ia ditukar yang baru untuk memberi prestasi yang lebih baik. Tetapi sebelum itu unit akan diflushing untuk mengeluarkan apa-apa kekotoran dan lembapan yang tertinggal di dalam sistem pemaipannya.


Selepas diflushing, kita akan pasang semula filter drier yang baru. Sebelum mengetatkannya, kita flushing sekali lagi supaya angin akan keluar dihujung filter yang belum diketatkan yang menuju ke cappilary tube. Ataupun kita boleh memvakum sistem ini dengan menggunakan pam vakum.


Selepas itu kita periksa secara keseluruhannya daripada kebocoran terutamanya dibahagian-bahagian penyambungan paip kuprumnya.


Akhir sekali, unit divakum dan diuji kebocoran (melalui manifold gauge) dan 'leak detector' jenis sabun. Kemudian unit dicaj dengan R22 dengan tekanan 18 psi - 20 psi. Ampere lebih kurang 4.8 ampere.

* Unit display chiller ini begitu berdekatan dengan tempat dapur memasak dan tempat menyimpan air panas, jadi keadaan ini amatlah tidak baik untuk prestasi unit ini kerana ia akan mengganggu peredaran haba oleh compresor dan condensor yang terdapat di atas dan di tepi bahagian unit.

Sekian coretan kali ini.


Subhanallah,
Alhamdulillah, 
Allahu Akbar..



10 ulasan :

Unknown berkata...

terbaikkk.....dapat memberi ilmu yg berguna.....

Unknown berkata...

salam. nak tanya. apa yg rosak kalau display chiller tu kan suhu dia semakin menaik. semakin panas bila hidup kn. masa on 30˚ nnti dah lama skit dia jadi 35˚. macam mana tu ya?

Wai Bee berkata...

Salam.. Emm.. Kena check betul2 ni.. Antara kmgkinan dia kotor pd pemeluwap dia, atau masalah dalaman sistem seperti tersumbat pd filter drier (yg warna biru) atau gas kurang, atau myk pemampat sudah kotor. Mcm2 kmgkinan sbnarnya, sebaiknya ada pomen yg boleh check terus ke lokasi.. :)

MEERA berkata...

Assalamualaikum, nak tanya. Tempoh hari display chiller kurang sejuk. Sudah panggil technician untuk tengok. Dia kata gas kurang. Jadi bila sudah tambah, 2 3 hari selepas itu tidak sejuk kembali. Bila panggil kembali technician tersebut, dia tidak dapat temui punca tidak sejuk. Kipas berfungsi dengan baik. Jadi apa flow chart yang boleh saya ikuti untuk periksa sendiri display chiller tersebut.

Wai Bee berkata...

Waalaikumsalam Drc.. klu awk nk flow chart @ turutan, sy akan tunjukkan mengikut pengalaman sy yg x seberapa ini. .
1. Pastikan condensornya tidak kotor atau tersumbat oleh debu, jika ya bersihkan.. sekali dgn kipas dia.
2. Pastikan filter drier dia apabila dlm keadaan on jika di pegang ia terasa panas suam. Jika sejuk bermakna ia tersumbat dan perlu ditukar.
3. Pastikan compresornya x terlalu panas jika dipegang dgn tangan. Jika terlalu panas bermakna minyak compresor sudah kotor atau kurang. Perlu diservis compressor itu.
4. Pastikan cooling coil dan kipas coolinh coil dlm keadaan baik, tidak kotor dan tidak bocor. Jika kotoe bersihkan jika bocor baiki.
5. Periksa tekanan gas dan jika ada clamp meter periksa bacaan amperenya sekali. Pastikan ianya sesuai dgn spec unit.
6. Pastikan getah pintu dlm keadaan baik.
7. Pastikan termostat yg mengawal suhu dlm keadaan baik.

Setakat ini itu saja yg sy dpt beri petunjuk utk awk..
Semoga berjaya.. :)

Unknown berkata...

Salam.boleh tak encik provide wiring diagram secara ringkas untuk peti sejuk/chiller?

Wai Bee berkata...

Salam kembali.. biasanya setiap unit peti sejuk, freezer atau chiller mmg ada disertakan gambarajah wiring diagram..

Unknown berkata...

Salam, kalau isi gas kena masuk liquid ke?

Unknown berkata...

Salam,kalau saya isi gas perlu ke masuk liquid? (Terbalikkn tong) atau 20psi tu cuma gas sahaja tidak perlu liquid?

Wai Bee berkata...

salam Stephen.. chiller tu pakai r22 jd x perlu terbalikkan tong ye.. buat macam biasa saja..