iklan2

Rabu, 24 Disember 2014

Aircond airnya menitik ke dalam bilik..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Keadaan ini selalu terjadi di pejabat2 dan rumah2 kediaman yang menggunakan penyaman udara jenis split unit wall maunted seperti di dalam gambarajah di bawah.


Amat berbahaya jika di bawah penyaman udara itu ada peralatan elektrik seperti televisyen dan seumpamanya. Jadi setelah diperiksa, terdapat lendiran kotoran terapung di dalam dulang takungan air di bawah penyejat @ cooling coil.




Buka dan cabut dulang tersebut.


Bulatan merah menunjukkan tempat saluran paip buangan keluar dari bilik. Apabila ianya tersumbat, maka air akan melimpah ke luar dari unit indoor di dalam bilik.


Dulang atau tray yang telah dikeluarkan.


Saluran paip air keluar itu di'blow' dengan hand blower untuk menolak sisa lendir keluar dihujung paip.


Di hujung saluran paip air keluar, kita hisap sisa lendiran tadi bagi mengeluarkannya dengan mudah.

Akhir sekali, kita tuang air secara manual dari saluran paip di bahagian indoor dan lihat di hujung saluran paip di bahagian outdoor untuk memastikan air boleh keluar dengan baik dan lancar. Jika ok, barulah kita onkan unit dan lihat sekali lagi.  Jika airnya keluar dengan banyak dan lancar, bermakna tiada lagi sumbat di situ.

Sekian untuk kali ini.


Subhanallah..
Alhamdulillah..
Allahu Akbar..






25 ulasan :

khairul DIY berkata...

Blower tu boleh masuk air ke? Kalo tgk pada cara tu macam sedut pakai blower. Nak tahu brand apa yang di pakai.

Terima kasih

Wai Bee berkata...

Iye boleh sedut air, tp hati2.. sedut air dlm kuantiti yg sedikit.. brand Bosch - 800 Watt..

Admin berkata...

bagus dan banyak manfaat dari blog begini,teruskan usaha saudara dalam mengajar secara asas berkaitan perkara teknikal. sukar untuk dapat blog berkaitan teknikal.saya menyokong penuh usaha saudara.

Wai Bee berkata...

Alhamdulillah.. ilmu yg bermanfaat kita kongsi bersama demi kebaikan.. tima kasih tuan Admin :)

Unknown berkata...

Alhamdullilah, syukur pada Allah, blog yg bnyk membantu saya dlm kerja troubleshoot aircond, terima kasih bbyk..., penerangan yg disertakan dgn gambar amat mudah difahami, usaha tuan sngt bermanfaat dan Allah shj yg akan membalasnya. Inshallah

Unknown berkata...

Assalamualaikum. Bro, tmpang tanya. Saya guna aircond jenama samsung. Baru2 ni aircond sya lansung x sejuk. Dia just blow angin saja. Then saya perasan kipas compressor tu x jalan. Mcm mana sya na setle kan ya. Mohon bantuan dan pengalaman dari bro.

Wai Bee berkata...

Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahuakbar..
Seronok berkongsi ilmu yg bermanfaat.. drpd disimpan dipendam nanti ia akan lupa juga.. :)

Wai Bee berkata...

Waalaikumsalam.. drpd pengalaman saya yg x seberapa ni.. pastikan filter dan cooling coil indoor x terlalu kotor, jika kotor berssihkan. Jika kipas outdoor atau indoor x pusing cuba check kapasitornya. Outdoor biasanya 5 uf manakala indoor biasanya 1.5 @ 2 uf..

azrie berkata...

Salam tuan..aircond saya mengalami masalah apabila d on unit indoor dan outdoor (compressor dan kipas) running..tapi dalam masa 20-30minit compressor off tapi kipas masih running..15-25minit kemudian compressor on semula..dan akan off semula selepas 20-30mnit runing..saya suda cek kapasitor compressor dan kapasitor dlm keadaan baik..mohon pendapat tuan wai bee..terima kasih.

Wai Bee berkata...

Salam tuan azrie.. Ini kena check kat situ baru tau.. Ok lampu kat indoornya ada blinking x? Kmgkinan yg sy dpt agak ialah mgkin sensor coilnya problem ataupun gasnya kurang, atau mmg compresor sendiri ada problem..

Niezam berkata...

0192655775 aircond sy air minitik kat dalam

Niezam berkata...

0192655775 aircond sy air minitik kat dalam

Unknown berkata...

0176636216.. sy pun menitik didalam

Wai Bee berkata...

Untuk makluman semua, jika aircond anda mengalami masalah air bocor atau air menitik ke ruang bilik rmh, sila buat servis cuci cooling coil sekali dgn servis laluan air buangan ke kuar ye.. terima kasih 😊

Homestay/Apartment OV De'Hakimi PD berkata...

Untuk servis cuci cooling coil 2 biase bp RM?

Wai Bee berkata...

Nk cuci cooling coil tu, boleh buat kat atas atau buka dan bawa turun, klu nk bersih cantik buka dan bw turun.. caj dlm rm150 - rm180 ikut hp aircond..

Leo Guy 87 berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Leo Guy 87 berkata...

Salam..
saya baru pasang a/c 1.0hp dlm bilik.. masalah saya 2/3 hari ni indoor unit tiba2 bising dan hembur keluar air batu/ais!! tersumbat ke? mohon pendapat tuan..

Wai Bee berkata...

Salam.. mgkin kipas blower x pusing atau pusing slow, dan boleh jd jugak cooling coil dh kotor kena cuci dulu sekali dgn condensornya..

Unknown berkata...

Salam...macam mna cara nak kuarkan laluan air aircond tu...dah cuba buat sendiri x berjaya lagi...aircond jenama acson. Tq

Wai Bee berkata...

Salam.. kena buka semua skru yg ada kemudian tarik perlahan-lahan, klu tarik kuat sikit sampai dia keluar :)

Tanpa Nama berkata...

assalam..nk tnya knp ye aircond sy lepas on tak sampai 10 mnit tetiba ade bunyi kat outdoor mcm kipas berhenti..aircond pun tak sejuk..lpas off dan biarkan stgh jam then on balik pun sama jadi balik..

Wai Bee berkata...

Waalaikumsalam.. kmgkinan kapasitor kipas ataupun kapasitor compresor yg bermasalah.. cuba call pomen yg berhampiran utk mencari punca sbnarnya..

Mir berkata...

Salam tuan,saya nk tanya aircond bilik saya tiba2 tak boleh buka penutup@air swing dia..saya perlu buka dengan tangan untuk aliran suhu sejuk tu...aircond saya selain itu berfungsi dengan baik dan sejuk...mohon pendapat tuan,t.kasih

Wai Bee berkata...

Salam. Mgkn motor air swing tu ada masalah.. kena check dulu