iklan2

Rabu, 26 November 2014

Mesin basuh semi auto tidak mahu spin

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Ini adalah mesin basuh semi automatik. Ia mempunyai dua tempat iaitu sebelah kiri untuk 'wash' dan sebelah kanan untuk 'spin'. 



Kali ini mesin basuh semi auto ini tidak dapat memutar @ spin, tetapi wash dia dapat. Setelah diperiksa, kerosakan berpunca daripada motor spin itu sendiri. Jadi, terpaksa tukar sebiji motor spin. Sebelum menukar motor spin, mesin basuh kena dibaringkan untuk memudahkan kerja-kerja dilakukan.


Buka penutup belakang, dan cabut tali yang digunakan untuk memberhentikan putaran motor ketika penutupnya dibuka (child safety) dan buka juga tali untuk drain seperti yang dibulatkan dalam gambar di bawah.


Buka skru-skru yang ada di tepi mesin basuh tersebut. Beginilah rupa motor spin tersebut.


Kemudian buka motor spin dengan menggunakan spannar.


 Setelah dibuka skru yang menyambungkan motor dengan body mesin basuh melalui shaft, maka kita akan dapat memisahkan body bahagian bawah dan bahagian atas mesin basuh.


Cabut dan bawa keluar motor spin tersebut. Kelihatan gegelungnya memang sudah berkarat kerana terkena percikan air bilasan. Ini disebabkan getah o ring dari bahagian atas motor yang bersambung dengan shaft telah terkoyak. 



Sekarang masa untuk menggantikan motor yang lama yang telah rosak dengan yang baru.


 Selepas motor dipasang semula, getah o ring yang hitam pun akan diganti, untuk memasukkannya kenalah buka daripada atas.


Akhir sekali, kapasitor untuk wash dan spin pun ditukar kerana yang lama sudah berkurangan casnya.
Untuk wash 10uf dan untuk spin 4uf.


Kemudian mesin basuh ditest prestasinya.. Alhamdulillah semunya ok :)




Subhanallah..
Alhamdulillah..
Allahu Akbar..