iklan2

Ahad, 4 Mei 2014

'Stand Mixer' @ Pembancuh tepung tidak berfungsi..

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Beberapa bulan yang lepas, mak saudara call suruh check 'stand mixer' dia yang dah lama tak berfungsi.
'Stand mixer' ni agak berat dan kukuh binaannya, jenama Kenwood dan saya diberitahu oleh mak saudara harganya mencecah RM2k.



Mula-mula cari tempat nak buka bahagian dalamnya, ada satu pemusing di tepinya untuk membuka dan melihat bahagian dalamannya. Kemungkinan masalahnya pada bahagian mekanikal atau elektrikalnya. Kena check satu persatu.


Yang penting, check power supply dahulu, ini kerana semua peralatan elektrik akan berfungsi apabila adanya bekalan elektrik diberikan. Jika ada bekalan elektrik tetapi ia tidak berfungsi, barulah kita check di bahagian yang lain.


Setelah dicheck, didapati suis hadnya @ 'limit switch'nya yang bermasalah. Apabila disambung direct @ bypass, 'stand mixer' ini boleh berfungsi. Jadi, saya cari sparepartnya di kedai dan tukar dengan yang baru.


Alhamdulillah, selesai sudah dan 'stand mixer' ini sudah boleh berfungsi seperti biasa. Boleh la mak saudara buat kuih 'frozen' lepas ni. :)



Subhanallah..
Alhamdulillah..
Allahu Akbar..


Sabtu, 3 Mei 2014

Servis dapur gas pulak..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Kali ni aku dan adik aku saje nk selongkar dapur gas kat rumah mak. Ye la dia punya butang nyala api tu dah tak berfungsi, terpaksa guna 'spark lighter' untuk menyalakan apinye. Mulanya sebelah je yang rosak, bila dah dua2 rosak, apa lagi, ambik 'tools' yang patut la, hehe..





Bila dah buka yang bahagian piring tu, baru dapat buka yang bahagian dalamnye, angkat kaca dia.


Sekarang baru nampak dua butang penghidup api, modul / board untuk menghasilkan 'spark' dan bateri saiz D yang masih di dalam penutup hitam yang sebelah kiri sekali tu.


Ini dia modul / board elektroniknya yang berfungsi untuk menghasilkan  percikan api. Nampaknya ia sudah rosak dan setelah dicari sparepartnya, agak susah untuk menjumpainya kecuali pergi ke ELBA Centre mungkin.. kerana dapur ini berjenama ELBA.
Apapun, untuk menggunakan dapur ini, mak terpaksa pakai 'spark lighter' la untuk menghasilkan percikan api sebelum memasak. :) Tunggu tukar dapur yang baru. :)




Subhanallah..
Alhamdulillah..
Allahu Akbar..