iklan2

Jumaat, 14 Mac 2014

Sambung servis aircond split York 1hp



Assalamualaikum..
lama tak update blog, mungkin kekangan masa + malas yg menjadi faktor utama. hehe..
kali ini aku nak update sikit pasal servis aircond split york 1hp ni. aircond ni sebelumnya sudah diservis oleh pomen yg mungkin kurang pengalaman, tetapi pujian harus diberikan kerana mereka berani. Saya diberitahu oleh tuan rumah yang buat servis aircond tu sebelum ini ialah dua orang anak muda melayu. Cuma mereka masih kurang pengalaman, saya dulu pun begitu juga, kita semua belajar dari kesilapan yang lalu.
Ok, sebelum ni mereka hanya servis 'indoor' sahaja, tetapi outdoor tidak diservis sedangkan outdoor agak kritikal kotornya. Jadi saya dan seorang lagi rakan saya telah melakukan servis secara keseluruhannya.
Alhamdulillah, hasilnya amat memuaskan. Cuma unit ini ada masalah pada sensornya dan setelah ditukar dengan sensor yang baru, barulah ia beroperasi dengan baik.



Subhanallah,
Alhamdulillah,
Allahu Akbar..

Feb, 2014.