iklan2

Isnin, 21 Oktober 2013

Peti sejuk yang bocor pada penyejat @ 'cooling coil' nya.

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..

Ramai yang bertanya saya tentang peti ais mereka yang bocor akibat terkena pisau atau skrudriver. Kebiasaannya apabila peti ais satu pintu sudah menebal aisnya (frost), maka kita terpaksa menekan butang defrost untuk mencairkan ais tersebut. Berbanding dengan peti ais dua pintu, ia mempunyai defrost timer yang akan menjalankan proses defrost secara automatik.



Jadi ramai di antara kita memilih untuk memecahkan ais yang menebal dan mengeras dengan menggunakan benda yang tajam. Akibatnya, hujung benda yang tajam itu amat berisiko untuk menerobos dinding penyejat yang amat sensitif itu. Gambar ini menunjukkan contohnya, di mana tuannya telah menggunakan skrudriver. Nampak tak kesan kemek akibat tusukan srudriver itu?

 - Kelihatan sedikit minyak yang telah keluar dari tempat yang berlubang..

- Tempat yang bocor telah ditanda bulat.















Kemudian tempat yang bocor ini akan dibuat tampalan. Ada yang menggunakan gam khas, ada yang menggunakan rod aluminium dan ada yang menggunakan rod "heat seal stick". Kadang2 proses menampal ini berisiko untuk menjadi tersumbat pada lubang yang bocor tadi. Jadi tindakan berhati2 amat dititik beratkan.


Setelah ditampal, ia kemudian dikemaskan lagi dengan menyembur @ mengecat semula tempat yang telah ditampal tadi dengan cat putih. Akhirnya ia akan menjadi seperti ini,



Selepas ini, peti ais ini akan ditukar minyak pemampat atau ditambah sedikit minyak pemampat, di'flushing', ditukar strainer, divakum dan di'charging' mengikut prosedur yang betul.



Sekian untuk kali ini,

Subhanallah..
Alhamdulillah..
Allahu Akbar..