iklan2

Rabu, 4 Disember 2013

Servis aircond kereta jenis proton wira..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Aircond kereta amat berguna ketika cuaca hujan. Ini kerana jika aircond kereta rosak atau kurang sejuk, ia akan menyebabkan cermin kereta akan berkabus ketika memandu pada hari hujan. Selain itu, aircond kereta akan memastikan peredaran udara di dalam ruang kereta akan menjadi bersih dan paling penting ia memberi keselesaan kepada pengguna.

Tempoh servis aircond kereta bergantung kepada cara penggunaannya. Ini kerana jika ruang kereta terutamanya alas kaki sering berdebu dan berhabuk, ia akan menyebabkan sistem aircond akan cepat berkurangan prestasinya. Jika kita terasa angin aircond sudah kurang memuaskan dari segi rasa sejuk dan mungkin berbau sedikit, maka bolehlah kita bersiap2 untuk membuat 'servis' ke atas sistem aircond kereta kita.



- Bahagian 'dashboard' yang akan dibuka untuk mengeluarkan 'cooling coil'.



- Setelah 'cooling coil' dibawa keluar dan sebelum ia dicuci, 'expansion valve'nya akan ditukar terlebih dulu. Ini kerana usianya sudah mencecah 8 tahun dan ia belum pernah ditukar.




- 'Cooling coil' @ penyejat ini akan dicuci dengan 'chemical'.


- Kemudian buka 'compresor' dan 'filter'nya.


- 'Filter' lama diganti dengan yang baru.


- Minyak lama dari 'compresor' ditukar dengan minyak yang baru.



- Selepas 'cooling coil' dicuci, 'compresor' ditukar minyak, 'expansion valve' dan 'filter' ditukar, maka semua komponen ini akan dipasang semula.
- Kipas penghembus @ 'blower fan' dan pemeluwap @ 'condenser' pada kereta juga akan diservis.
- Kemudian sistem akan divakum selama setengah jam dan diisi gas R134a sambil melihat tekanan pada tolok pancarongga.




- Tekanan 'low side' = 24 psi dan tekanan 'high side' 170 psi.
 

- Ini adalah tekanan ketika 'compresor' dalam keadaan 'cut off'.

- Manakala suhu ketika 'compresor cut in' sekitar 11-12 darjah celcius dan ketika 'cut off' sekitar 8-9 darjah celcius..


Terima kasih banyak2 kepada rakan saya, Peter yang juga bekas anak murid saya dulu, yang banyak membantu saya dalam kerja-kerja HVAC ini. Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik beliau..


Subhanallah..
Alhamdulillah..
AllahuAkbar..

12/13..



12 ulasan :

khair ktmd berkata...

Assalamualaikum.. saya telah check low press 30psi, hi press 100psi. Adakah perlu ditambah gas lagi atau terdapat kerosakan kompenan lain.

Wai Bee berkata...

Waalaikumsalam..
klu dgn tekanan itu angin aircond terasa sejuk, biarkan saja tapi kalau masih belum cukup sejuk, tambahkan lagi gas dan jgn melibihi 40 psi dan pastikan sight glass pd filter drier kurang berbuih jika ia ada sight glass..

Unknown berkata...

Assalamualaikum. Saya bercadang nak service aircond kereta. Soalan saa adakah wajib untuk tukar minyak kompresor. Usia kereta sekitar 3 tahun lebih. Saya pernah refill gas sekali sahaja dan beberapa kali tukar cabin filter. Saya pernah ke kedai servis aircond. Pomen tu kata cooling coil dibersihkan dan sekadar periksa compressor sahaja. Tak perlu tambah minyak jika tak ada leaking. Mohon tuan bg jawapan

Wai Bee berkata...

waalaikumsalam.. klu usia kereta 3 thn xperlu lagi tukar minyak compresor..
klu nk servis cooling coil boleh juga.. bg saya cukup servis blower fan saja.. dan check tekanan aircond..

kairul berkata...

Assalamualaikum boss Kereta saya low 30-35 High 250 baru sejuk, adakah compressor rosak,gas selalu kurang.tmkasih

sexy boyz berkata...

brape lama masa untuk isi gas?5 minit ke 18 minit?mcm skejap sgt je uncle tu buat.perodua alza.

Razman Rahmad berkata...

Hi tuan, saya ingin bertanya kenapa kereta proton saga aeroback saya bila berhenti di traffic light aircond tidak sejuk cuma ada angin sahaja dan bila kereta mula bergerak baru aircond terasa sejuk.

Wai Bee berkata...

Waalaikumsalam.. mesti ada bocor kat mana2 piping sistem aircond kereta awak..

Wai Bee berkata...

Sbnarnya tak kisah brapa lama, yg penting tekanan dia dh cukup..

Wai Bee berkata...

Mgkin sbb kipas condensor kat dpn tu ada masalah..cuba check..

epoi berkata...

Assalamualaikum tuan..nak tanya knp kereta wira bila mula2 pasang aircond terasa sejuk..tp selepas 4minit ke 5minit terus angin shj yg rase..sejuk aircond sudah tiada.

Wai Bee berkata...

Waalaikumsalam..
Kena buat diagnosis dulu.. check tekanan dia dgn manifold gauge dpt berapa bacaan.. tgk kipas condensor dpn pusing ke tak, pastu check air filter klu ada, cooling coil dh brapa lama x cuci.. byk sebenarnya nk kena check utk kenal pasti punca dan masalah dr mana.. 😊