iklan2

Sabtu, 7 September 2013

Cuci 'cooling coil' aircond kereta..

Assalamua'laikum dan salam sejahtera..

Kali ni aku nak cerita sikit bagaimana mencuci penyejat atau 'cooling coil' pada aircond kereta. Kali terakhir aku cuci 'cooling coil' aircond kereta sendiri ialah pada 6/6/2010. huhuhu..
Sebaiknya jika kereta anda sudah mencecah penggunaannya 5 tahun dan ke atas, maka wajarlah anda melakukannya. Itupun jika terdapat tanda2 seperti aircond kurang sejuk, aircond berbau atau aircond langsung tak sejuk. Tetapi jika belum ada tanda2 seperti ini pun boleh juga kalau nak buat lah. hehehe..

Sebenarnya agak rumit jugak kalau nak buka aircond kereta ni berbanding aircond rumah. Ini kerana tempatnya yang sempit (bawah dashboard) tempat duduk penumpang di hadapan. Ia juga berisiko untuk membuatkan penutup dashboard terpatah atau terlonggar semasa kerja-kerja membuka dan memasang dilakukan. Begitu juga dengan klip-klipnya, pasti ada yang terhilang atau terlebih jika selesai kerja-kerja dilakukan (sama juga dgn kerja-kerja aircond rumah) hahaha...

Apapun kita kenalah berhati-hati semasa melakukan apa-apa saja kerja lebih2 lagi yang melibatkan kerja membuka dan memasang ni. huhuhu..

Oklah, mula2 sediakan kereta yang hendak di'kerjakan' itu dan juga peralatan2 yang secukupnya. Begitu juga dengan tenaga kerja yang secukupnya. hihihi..


- Okay, sebelum kerja-kerja membuka dan membawa keluar penyejat dari dalam kereta, pastikan gas aircond kereta sudah di'recovery' ataupun sudah dikeluarkan daripada sistem. Ini kerana dikhuatiri gasnya akan menyembur keluar pada bahagian penyejat yang dibuka. Takut terkena pada mata secara tiba-tiba. Utamakan keselamatan.


- Buka bahagian ini di 'dashboard '..


- Penyejat @ 'Cooling Coil' yang sudah dikeluarkan.. terdapat seekor lipas yang dewasa dari dalam kotak penyejat itu.


- Nampak sedikit berhabuk dan berdebu.. ini mungkin kerana saya sentiasa memastikan yang lapik kaki di bahagian pemandu dan penumpang berada dalam keadaan bersih daripada kekotoran.



- Masa untuk menyembur dengan 'aircond coil cleaner'.. iaitu sejenis 'chemical' khas untuk mencuci penyejat.


- Ini bertujuan untuk memastikan semua bahagian sirip dan lingkaran penyejat dapat dibersihkan daripada kekotoran yang melekat di situ. Sekaligus melancarkan proses penyerapan haba yang berlaku di penyejat.


-Biarkan ia dalam masa 5 - 10 minit atau sehingga ia tidak mengeluarkan buih lagi.


- Bebuih yang putih akan bertukar menjadi sedikit hitam.


- Untuk melihat videonya, bolehlah klik di sini,

     


- Kemudian, bilaskan dengan air paip sebelum ditembak dengan angin dari 'air compressor'.


- Setelah itu jemurkan untuk seketika..


- Pasangkan semula pada 'bracket'nya..


- Selain dari 'cooling coil' kipas 'blower'nya pun dikeluarkan dan dibersihkan daripada debu dan habuk..


-  Untuk bahagian 'condensor'nya pula, akibat sukar untuk menanggalkan penutup depan kereta, maka bahagian 'condensor'nya dicuci terus begini..





- Isi sedikit minyak pada 'compressor'nya.



- dan jangan lupa tukar ganti 'filter drier'nya..



- Setelah dipasang semula 'cooling coil' kipas 'blower' dan 'filter drier' itu, kereta sekarang akan divakum dan diisi dengan bahan pendingin @ gas R134a.

- Bacaan vakum ialah seperti biasa iaitu -30 in Hg (inci raksa) selama 10 -15 minit.



- Manakala bacaan tekanan semasa mengecas ialah di antara 30 -40 psi bagi tekanan rendah dan  tekanan tinggi di antara 150 - 180 psi.



- Terima kasih kepada pelatih-pelatih saya iaitu Nastain, Mohd. Faidth, Hermizi, Abd. Jalil dan kwn2 yang lain kerana tolong saya servis aircond kereta saya.. hehe..


- Apa pun mungkin cara saya ini sedikit berbeza dengan pomen yang lain, tetapi tujuannya tetap sama iaitu untuk memastikan unit penyaman udara kereta berfungsi dengan baik dan yang penting ianya dapat memberi udara yang sejuk, segar dan nyaman.. ^_^

Sekian untuk kali ini..





Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahu Akbar..



237 ulasan :

1 – 200 daripada 237   Terbaru›   Baru»
azrie berkata...

Salam tuan..nak tnya sikit,berapa bacaan pengisian gas aircond kreta?

Wai Bee berkata...

Salam tuan. Low side 25 - 35 psi, high side 170 - 200 psi

Unknown berkata...

Salam tuan,a/c wira sy x sejuk. Check pressure dlm30 psi , pomen suruh tukar paip dgn kipas,kt paip panas ade kesan minyak. Apa pandangan tuan dgn masalah sy.

Wai Bee berkata...

Salam tuan hafiz, jika paip ade kesan minyak bermakna ada kebocoran gas dan myk pemampat, ttp bacaan tekanan 30psi, agak pelik.. Ada baiknya cuci cooling coil, tukar filter dan tukar expansion valve sekali, jika kipas bermasalah, bolehlah tukar, wira saya dh pakai 9 thn lbh blum pernah ada problem kipas.. Oh ya jgn lupa tambah myk pemampat atau tukar sekali ke myk yg baru..

faisal berkata...

Salam,kalo bacaan meter cek a/c tunjuk 50 sbelah kiri, tandanya compressor dah lemah ke? tq

Wai Bee berkata...

Salam.. klu dlm keadaan compressor off, mmg tekanan dia sekitar 40 - 50 psi, tetapi jika dlm keadaan compressor on, 50 psi itu menunjukkan terlebih charging. Kurangkan sehingga menjadi 30psi.. jika compressor lemah, tekanan dia akan menjadi lagi rendah drpd biasa..

Unknown berkata...

Salam. Saya nak tanya aircond kereta sy panas mase berenti di traffic light. Sejuk bile kereta bergerak dan ade getar kuat tetibe kat dashboard. Dan berat bila bkk aircond. td cek kedai. Kipas xberpusing.bile ketuk bru berpusing. Tekanan die cek lebih 200 cmtuh.Lepas cek die suruh tukar compressor. motor kipas. Minyak. Gas. Semua total 800rm. Saya nak tanya Reasonable ke harga?kena ke tukar compressor sbb die masih sejuk lg.

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Wai Bee berkata...

Salam Pn. Ain.. brapa lama dh usia kereta pn ain? Antara tanda jika kereta berhenti dia panas dan jika kereta bergerak ia sejuk ialah kipas condensor di depan tu. Biasanya brush karbon yg haus. Tidak mustahil coil dia boleh rosak. Ada baik tukar motor kipas yg baru. Tentang masalah bunyi gegar kuat kat dashhoard, kmungkinan blower fan di dalam tu ada problem, dia pun ada brush carbon jugak. Tentang enjin jd berat bila pasang aircond ini sudah menunjukkan prestasi keseluruhan sistem ada masalah terutamanya compressor. Tp x semestinya kena tukar yg baru. Kereta sy proton wira dh hmpir 10 thn guna belum pernah tukar compressor. Hanya tukar minyak dia saja.. jd jika anda nk kurangkan caj dr kedai, jgn tukar compressor, memadai tukar minyak compressor saja. Itu pun kena pastikan compressor tu betul2 kondisinya masih baik. Gas mmg kena tukar sbb masa buka paip tu mmg gas dh keluar kecuali klu kedai buat 'recovery'. Satu lagi filter pun kena tukar dan saya cadangkan "expansion valve" dekat cooling coil pun tukar juga sbb dia yg control gas dlm sistem sambil dibantu oleh termostat.. jika Pn Ain x tukar compressor saya rasa bajet mgkin lbh kurang rm400 atau kurang sikit.. :)

Unknown berkata...

Salam. Terima kasih sbb pnerangan. saya tak tukar lagi. Sy x sangka buka n pasang balik kena caj 80rm. Dan masuk gas 1/5 30rm je semalam. Sbb sy terkejut semua kena tukar. Haha. Kereta dah 9tahun Tahun neh. sekarang en rekemen sy tukar motor kipas 145rm. Gas 85rm. Minyak 65rm. Semua harga kedai itu dkt melaka. Mahal ke?. Filter dan expansion valve sy xtahu harga. Huhu.harga upah 80rm.:(. Sbb sy perempuan.tuh sy rasa die suruh tuka semua.

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

nak tanya.. berapa tekanan rendah dan tinggi cas gas aircond pada kereta honda accord

Wai Bee berkata...

Kebanyakan jenis kereta bacaan tekanan dia mmg sama. Tekanan rendah 30 - 40 psi. Tekanan tinggi 150 - 200 psi..

Unknown berkata...

Slam,keta sy klo bukak ac lgsung kuar bau busuk.sy tnye kdai,dorang ckap cooling coil bcor. Klo hrga brang dan psang brpa?dan btul ke yg org kdai tu ckap?tq

Unknown berkata...

Slam,keta sy klo bukak ac lgsung kuar bau busuk.sy tnye kdai,dorang ckap cooling coil bcor. Klo hrga brang dan psang brpa?dan btul ke yg org kdai tu ckap?tq

Wai Bee berkata...

Hai Ery Eng.. ac tu masih ada rasa sejuk tak? klu keluar bau busuk, biasanya cooling coil dh kotor dan bercampur dgn sarang semut, lipas dan sbgainya.. awak kena cuci tu.. klu bocor, ia tidak akan mengeluarkan bau busuk.. pastikan cooling coil betul2 bocor atau x. Harga bergantung pd jenama dan caj kedai..

Unknown berkata...

SALAM TUAN, kereta sy mgalami msalah aircond xsjuk hnya kuar angin ja...apa msalahnya?

Unknown berkata...

Assalamu'alaikum..

Unknown berkata...

Saya nak tanya boleh xtuan yg dimuliakan?

Wai Bee berkata...

Salam tuan. Mgkin masalah pd termostat atau compressor dia yg x hidup..

Wai Bee berkata...

Waalaikumsalam.. nk tanya apa tuan?

Unknown berkata...

Brp total kos buat smua ni ya?

KSKPDTHS berkata...

Salam..kedai kt mana?

Wai Bee berkata...

Salam. Saya belum ada kedai tuan. Gmbr2 di atas tu kat bgkel tmpt sy mengajar bdk2 kemahiran tuan..

Unknown berkata...

Nk ty,klau fius second dlm box kcik dpn slalu tbakar tu apa puncanya?if

Unknown berkata...

Assalamualaikum.
Saya ada flx saya da guna 4 tahun lebih. Kemarin aircond masi sejuk dan menten..sekali awal pagi bagun nak jalan. Tiba2 aircond saya xda sejuj. Panas. . . Apa masalh dia tuan. .

Wai Bee berkata...

Tgk fius apa yg terbakar, klu bhgn aircond, dia ada dua iaitu relay dan fius utk compresor dan kipas, jika fius compresor yg terbakar bermakna compresor ada masalah, bw ke kedai dan check dulu masalah dia..

Wai Bee berkata...

Waalaikumsalam.. Emm.. Klu awak dh on suis dia mcm biasa tp aircond x mau sejuk jugak, kmgkinan termostat problem atau compresor yg problem. Boleh jd jugak wiring dia problem, sebaiknya bw ke kedai utk memastikan punca sbnar masalah dia..

Unknown berkata...

Assalamualaikum tuan, saya telah charging gas r134a dan melihat bacaan meter gauge untuk low side pressure :60psi / hi side pressure : 120psi. Ini setelah enjin dihidupkan. Saya tidak tahu punca masaalah atau alatan yang perlu diganti, mohon pandangan dan nasihat dari tuan. A/c kereta masih tidak sejuk sebab dah cuba masuk kan gas di hi pressure tp tidak naik naik juga. Mohon nasihat , terima kasih , jazakallah.

Wai Bee berkata...

Waalaikumsalam.. tinggi sangat tu bacaan tekanan rendah smpai 60psi. Kurangkan lg ke 30 - 35 psi.

rina berkata...

Salam, nak tanya sy pakai wira dah 10thn..aircond sy beberapa hari ini on of, kadang sejuk kadang x sejuk, bln 7 2015/sy dah buat aircond tukar semua...tp knp masih ada masaalah ye

rina berkata...

Salam, nak tanya sy pakai wira dah 10thn..aircond sy beberapa hari ini on of, kadang sejuk kadang x sejuk, bln 7 2015/sy dah buat aircond tukar semua...tp knp masih ada masaalah ye

Wai Bee berkata...

Salam isna.. Agak sukar nk jawab ni.. Boleh sy tahu part mana yg awk tukar tu dan brapa kos yg awk bayar.. Biasanya ada warranty slps buat tu paling tidak dlm 2 mggu ke 6 bln bergantung pd kedai..

Unknown berkata...

Terima kasih atas reply dari tuan wai bee, saya telah cuba utk menurunkan tekanan di low pressure (enjin masih hidup) ttp tidak juga turun low preesure masih menunjukkan paras tekanan 60psi. Saya telah cuba membetulkkan nut pemancit di low pressure kemunkinan tidak rapat atau renggang ttp tdk juga berubah. Di hi pressure paras antara 100-120psi.

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Wai Bee berkata...

Sama2 tuan.. pelik jugak klu pressure x mau turun.. awk just buangkan gas yg sedia ada tu je berpandukan manifold gauge.. :)

Unknown berkata...

Salam boss . Kalau kreta proton saga lame tuh . Lame x jalan . Dulu aircon die elok jerr . 5taun dok bawah rumah jer .. pastu bila nk isi gas aircon . Gas x dapat masok . Apa masalah nye eh ..??

Wai Bee berkata...

Salam nurul.. Masa awk isi gas mesti aircond dia dlm keadaan on. 5 thn x on mesti ada part yg berkarat atau bocor kecil ataupun myk compresor nya mgkin dh berubah bentuk. Jika gas tak mau masuk, semasa nk buat tu pastikan compresor hidup. Klu masih jugak, awk buang dulu gas yg lama, klu tukar myk compresor lg cantik sbnarnya, tp klu xda bajet, mula2 keluarkan semua gas lama, vakumkan dgn pam vakum dan pastikan tiada kebocoran selesai proses vakum. Kemudian barulah masukkan gas :)

Unknown berkata...

Assalam..Salam..maaf ganggu .soklan sy
*kenapa bila tgh drive on aircond, tiba2 aircond akan berbunyi sekali sekala bunyi mcm masa mula2 kita on ekon..like berdesing.bunyi cam angin zekkkk gitula..bunyi pendek..lama kemudian bunyi lgi tp panjang sikit dia bunyi selang 30minit..tp ekon ok sejuk je...bunyi tu dgr dtg dr blah pemandu kt bahagian enjin or tayar xpasti.pada pendpt encik pa masalah ni ye. Time kasih
Masalah ni sy perasan bl sy memandu jauh dlm 200km..sblm ni xpernah ada masalah ni..tuk pengetahuan kete da 9 thn xpenah rosak compressor jz service ekon je.

Wai Bee berkata...

Wasalam.. Sy cuma boleh bagi kemungkinan saja ye.. Pertama mgkin belting problem, kmdian mgkin compresor sendiri yg problem, boleh jd juga termostat problem, pressure switch juga mgkin.. Jd kena check satu persatu baru kita tau apa punca sebenar dia..

Unknown berkata...

Kalau setiap 1 masalah yg encik sebutkan tu..kalau dlm ms terdekat sy still bawa kete jauh tanpa repair..ada kesan pd enjin x or buatkan enjin mati time drive..takut jgk

Wai Bee berkata...

Klu ada bunyi berdesing tu dtg dr belting, bahaya utk jln jauh takut tiba2 putus. Seeloknya buat pemeriksaan dulu d bgkel kereta spaya mereka dpt beritahu maklumat sebenar dan sebutharga utk baiki. Klu kereta ada keluar bunyi pelik drpd biasa mmg petanda dia nk kena check takut masalah menjadi semakin besar..

Unknown berkata...

Belting aircond kan yg encik maksudkan..sbb klau timing belt tu br tkr thn lps..maaf byk tanya

Wai Bee berkata...

Ye.. belting utk aircond. .

Unknown berkata...

Assal tuan, sy bekerja di cafetria, bagaimana sy boleh tahu setiap peti sejuk memerlukan berapa psi gas, comp berbagai saiz dn bgaimana sy ingin cas gas melalui highside, melihat org lama cas gas sehingga 40 psi berapa psi yg spatutnya utk highside.t.k. az.

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Wai Bee berkata...

Azam.. awk tanya peti sejuk brpa psi isi gas. Jwpn saya ialah 8 psi saja.. dan tidak lebih dr 10 psi..

Wai Bee berkata...

Satu lg, peti sejuk biasanya org isi gas ikut low side. High side tidak perlu..

Unknown berkata...

Bukan ke belting aircond skali ngn 3 belting yg lain.klau tukar 1 kne tukar belting semua 3 .

Unknown berkata...

Sy baru wat flash aircon.xtau la btol ke x nme nye tu.tp org kedai ckp flash aircon ni die cuci semua ngn tmbah gas.caj nye rm180.adkh hrganye bpatutan? N berape lme jgka hayat klau kte da servis aircon ni.ble perlu kte pegi next servis?

Unknown berkata...

Sy baru wat flash aircon.xtau la btol ke x nme nye tu.tp org kedai ckp flash aircon ni die cuci semua ngn tmbah gas.caj nye rm180.adkh hrganye bpatutan? N berape lme jgka hayat klau kte da servis aircon ni.ble perlu kte pegi next servis?

Unknown berkata...

Bukan ke belting aircond skali ngn 3 belting yg lain.klau tukar 1 kne tukar belting semua 3 .

Wai Bee berkata...

Flushing aircond nama dia.. Harga tu ok klu dia buka sekali piping sbb nk buang kotoran dr dlm sistem aircond. Jgka hayat slps buat tu bergantung kpd beberapa faktor, antaranya ialah cara pomen buat kerja (adakah ikut prosedur dan kemas) juga bergantung kpd cara penggunaan kenderaan terutama karpet kaki. Utk next servis sy x pasti, jika ada perubahan pelik berlaku pd sistem aircond kereta awk maka boleh la buat check..

Unknown berkata...

T.kasih tuan

Unknown berkata...

T.kasih tuan

Unknown berkata...

Time kasih for reply...kalau 3 belting tu uga lbh kurang 2014 penah tukar such aircond belt,alternator belt..lagi 1 lupa..takkan cepat rosak huhu

Unknown berkata...

Time kasih for reply...kalau 3 belting tu uga lbh kurang 2014 penah tukar such aircond belt,alternator belt..lagi 1 lupa..takkan cepat rosak huhu

Unknown berkata...

Salam tuan. Saya pakai wira 1.5 auto. Masalah sekarang,on aircond, kipas jalan dlm 10 saat, timing jadi 1. pastu stop dan timing naik jadi 1.5. Masalah ni berterusan dan bersilih ganti. Apa masalah yg berlaku? Sensor pada cooling coil rosak @ kipas berkemungkinan nak rosak? Ke ada masalah lain? Saya da agak lama tidak servis aircond. Mohon pencerahan

kidi berkata...

kat compressor tu bahagian mana tempat nak isi minyak kompressor?

Wai Bee berkata...

Salam tuan.. maaf.. sy tak brapa pasti..

Wai Bee berkata...

Awak tuang je dr atas kat tmpt paip suction @ discharge dia..

Unknown berkata...

Cuma nak tnya, andaikata sensor pada cooling coil rosak, apa simptom yg jadi?

Hamzah b zakaria berkata...

Salam admin, saya naik vios 1.5 auto. Sebelum ni bila saya start ac, akan ada bunyi tikus kat timing belt. Then bulan lepas hantar bengkel. Pomen tukar water pump ngan timing belt. Tapi skunk bunyi tikus bunyi balik bila start aircond. Macam nak gila saya rasanye. Harap armin boleh tolong

Wai Bee berkata...

Wasalam.. Maaf sy pun x pasti.. Biasanya klu bunyi tikus tu mmg ada kaitan dgn belting..

Unknown berkata...

salam tuan tumpang tanya.brp harga motor blower yg bagus punya dan harga yg biasa2 punya tuan?

Wai Bee berkata...

Salam sukri.. maaf la sy x tau.. x pernah beli pun..

Unknown berkata...

salam tuan, saya guna perodua kenari. sebelum ni belum ada masalah pada aircond kereta (11thn) tapi kebelakangan ni sangkut jem/berhenti je air cond xsejuk.. bila berjalan ok je.. tanya bengkel dia kata compressor prob(kena tukar).. betul ke??
minta pendapat tuan..

Wai Bee berkata...

Salam.. problem begitu biasanya pd kipas condensor yg dekat dgn radiator.. mgkin carbon brush pd motor kipas yg sudah haus sbb bila kereta berjalan dia ok kan sejuknya.. tidak melibatkan compressor..

Imtiaz berkata...

Assalam tuan... sy guna kereta honda... aircond sy kadang2 ada bau pekat pahit terutama bila memecut... aircond masih sejuk..dah lebih 1 tahun jadi... adakah bau pekat pahit tu kebocoran gas?

Terima kasih tuan

Ghazali

Imtiaz berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Wai Bee berkata...

Waalaikumsalam tuan.. Antara sifat gas aircond ia tidak berbau. Itu bukan kebocoran gas aircond. Mgkin ada masalah lain..

Imtiaz berkata...

Terima kasih bnyk2 tuan atas maklum balas...

Metalrooster81 berkata...

Assalammualaikum saudara. Kat mana tempat kemahiran saudara ni? Boleh saya minta tolong saudara cuci cooling coil kereta kelisa saya? Nanti kita bincang harga. Saya tinggal di kuching

nasrul berkata...

Tetbaik lah, inilah pengajar saya

Unknown berkata...

Salam tuan,nk tnya mcm mna nak tukar isi mnyk kompressor

Sam berkata...

assalamualaikumm tuan.. bolehkah tuan berikan pecerahan bagaiman cara nak buang gas yang terlebih melalui manifold gauge

Wai Bee berkata...

Mohammad Yahya Sapiee - waalaikumsalam, maaf tak dapat :(

Unknown - Salam, klu nk tukar minyak compresor awak kena bawa keluar compresor, tuang myk lama ke dlm satu bekas dan ambik bekas yg lain utk isi sukatan myk baru sebelum dimasukkan semula ke dlm compressor dan tambah sikit myk tu

Sam - waalaikumsalam, klu nk buang gas yg terlebih, sambungkan manifold pd kedua2 hos dan buka tutup hand valve biru supaya gas akan keluar melalui hos kuning ke udara atau tutup dgn kain :) buka tutup hand valve sehingga tekanan mencukupi..

Unknown berkata...

Assalamualaikum tuan,sy nak tanye,berape tekanan gas aircond kereta yg normal,adekah setiap brand dan jenis kenderaan mempunyai tekanan gas yg berbeza

Wai Bee berkata...

waalaikumsalam mohamad faisal.. tekanan yg normal utk aircond kereta ialah low side - 30 - 35 psi, high side -150 - 200 psi, ianya lebih kurang sama utk semua jenis kereta..

Unknown berkata...

Salam bos..nk tnye lau kompresor bocor apa solution dia...ada sgkut dgan apa ye..sistem ac sumbat ke..bleh bagi anggaran kos n barang apa yang terlibat

Unknown berkata...

Komprsor baru tukar tapi yang 2nd la..yang asal jammed..bleh bntu tak cikgu..

Wai Bee berkata...

salam.. compresor aircond kereta ya.. klu ia bocor kena tampal la tmpt yg bocor. bajet bergantung kpd kesukaran melakukan kerja2 pembaikan.. maaf sy x dpt nk bgtau brapa kos bajet sbb ianya subjektif..

Wai Bee berkata...

sbnarnya jarang compresor ni bocor.. mgkin piping aircond yg bocor terutamanya d cooling coil. solutionnya ialah kita tampal tempat yg bocor itu..

Mazlan berkata...

Salam Tuan. Sy mempunyai masalah Aircond tk sejuk bila berhenti.. bila jlan ianya sejuk.. kipas depan dua2 jalan.. kereta Honda city06 apa msalahyer mohon penerangn..Tuan.. TQ

Khairul Sepang Murah berkata...

En. Mazlan

Berkenaan Bila kereta berhenti tak sejuk ada beberapa masalah

1. Kondensor kotor
2. Kipas tidak berputar dengan baik. Walaupun nak berputar. Kekadang tidak cukup untuk menarik haba
3. Pastikan kipas tersebut tidak terbalik arah angin
4. Terdapat ruang ( GAP ) antara kipas dan casing kekotak. Ini berkemungkinan span disekeliling telah reput dimana aliran udara tidak dapat menyedut haba dari kondensor dengan baik
5. Gas berkurangan
6. Kompressor lemah
7. Kemungkinan ada tersumbat.
- semasa keadaan berhenti. cuba pegang paip berdekatan dengan filter drier . kalo panas seperti tidak boleh pegang.. maknanya ada masalah dengan sistem. kalo kes mcm ni kena rujuk kepada yg pakar

Unknown berkata...

maaf nak tanya , kereta wira saya aircond sejuk tapi bila benti temperature naik . tengok kipas takjalan .. tapi kipas baru tahun lepas tukar .. ada problem dia yer

Khairul Sepang Murah berkata...

Nurul Fatihah.

Kiranya kompom kipas rosak adalah punca temp. naik. Puan perlu menukarkan motor kipas tersebut. Harga tidaklah terlalu mahal.

Walaupun kipas baru tukar tahun lepas, kita tidak dapat menjangkakan jangka hayat kipas tersebut.

Seeloknya , puan menukar motor kipas yang gred no.1 atau brand yg asal. pastikan motor kipas tersebut adalah ORIGINAL

Dalam pasaran biasanya kedai alat ganti akan menanyakan

1. Original - baru
2. oem ( 1st gred 2nd gred ) - baru
3. recond - Yang telah dibaik pulih

Jacksam berkata...

Salam tuan. Sy pakai kete waja.maslah sy ialah tiap2 pagi sy panaskn enjin nk trun keje. Pastu on acc ade bunyi syiiiii(mcm spray nyamuk gitu). N makin lamae makin slow n hilang. Lps pd pagi tu x bunyi dah. Esok plak bunyi mcmtu pd tiappagi. Aircond jd kuranh sejuk lps 2-3 minggu topup gas. Bile bhenti kt traffic light dia jd panas.Bile bgerak jd sejuk balik. Tp Kurang sejuk la

Unknown berkata...

assalam tuan nak tanya selepas sy tukar compressor wira 1.5 injection. timing kereta bila berhenti di traffic light tinggi rpm 1k. bila off aircond dy drop bwh 1 knapa ye?

mohd R berkata...

Assalamualaikum tuan, perlu ke kita kerap servis a/c kete kita seperti kita servis enjin yang ada jadualnya..terlampau banyak sangat cakap-cakap luar yg berbeza-beza pasal servis a/c kete ni...TQ

Wai Bee berkata...

Salam.. cuba bawa ke workshop yg berdekatan utk check dgn lebih detail lagi..

Unknown berkata...

Salam en, nak tanya, aircond sya kurang sejuk, kedai kata mungkin ada bocot, tapi die check kt depan xde kesan bocor die kata mungkin dekat cooling coil, adakah sya patut tukat je trus cooling coil tu atau cuci dlu,

Wai Bee berkata...

Waalaikumsalam.. tak pasti saya.. ada yg kena setting utk balance kan compresor dgn enjin..

Wai Bee berkata...

Waalaikumsalam tuan, x perlu kerap, mcm kereta wira sy lps 5 thn pakai baru sy servis 😆

Wai Bee berkata...

Salam.. kena check betul2 tmpt yg bocor, x semestinya kat cooling coil, kdg2 kat jointer piping, atau kat valve isi gas, yg penting confirmkan dulu tmpt bocor, klu x rugi awk tukar sebiji coil tu..

Unknown berkata...

Assalamualaikum bang.. keta saya aircond tak sejuk.. Belah penumpang hadapan sahaja sedikit sejuk manakala disebelah pemandu hanya angin.. apa masalah ye..

Wai Bee berkata...

Waalaikumsalam.. seolahnya problem berpunca drpd saluran blower , cuba cuci kipas blower dulu, alang2 cuci cooling coil sekali 😊

Wai Bee berkata...

Salam.. maaf sy x pasti.. sepatutnya ok sebab awk baru tukar bln 7/2015 kan.. kena check satu satu cari punca masalah dia, cari pomen yg jujur buat kerja..

Khairul Sepang Murah berkata...

Shafarin Koen
Kereta jenis ada heater kaa?

Unknown berkata...

Salam tuan..sy nk tny apa side effect klu kita masuk gas r134a kedlam kereta lama yg sepatutnya pakai gas r12..

Wai Bee berkata...

Salam tuan..
Ada pelbagai pendapat yg sy dengar, ada mereka yg tukar terus gas dr r12 ke r134a dan kondisi aircond kereta mereka ok saja.. klu ikut pengalaman sy, sblm kita tukar @ retrofit, pertama sekali myk compresor mesti ditukar, expansion valve dan o ring.. tetapi ada yg mengatakan cukup tukar minyak compresor saja sblm tukar ke gas r134a..

David berkata...

Salam tuan Wai Bee,saya nak tanya mana saya dapat belajar part time aircond ni..kalau ada tahu tempat boleh whatsapp saya.01112626681.David

Wai Bee berkata...

Salam David, klu part time aircond rumah saya rasa ada byk kalau rajin search d Facebook, tp kalau part time aircond kereta saya sendiri kurang pasti, en David boleh cuba Google kat mana2 kawasan d malaysia ni :)

Khairul Sepang Murah berkata...

salam David Ng

Tuan tinggal d mana?

Unknown berkata...

Terima kasih tuan sebab sudi menjawab soalan sy

Unknown berkata...

Salam bang. Sy pakai accord sv4.Tumpang tanya,kalau acond siang tak sejuk tp malam je sejuk,apa mslh nya ya?Sy dah penah tukar cooling coil n condenser. Compresor je belum.Lagi satu batang paip dekat area isi acond tak sejuk n bpeluh. Ada pomen ckp compressor nak kong..tq

Khairul Sepang Murah berkata...

Salam.
1. Kemungkinan juga compressor x cantik
Hanya boleh cek denganagas meter
2. Kemugkinan ada masalah dengan pengudaraan d kondenser.kondensor kotor
3. Kemungkinan ada masalah kipas pusingan x kuat.
4. Kemungkinan gas x mencukupi
5. Masalah tersumbat

Wai Bee berkata...

Salam..
Klu coil dan condensor dh tukar, kmgkinan compresor problem dan boleh jd juga ia berpunca drpd beberapa kmgkinan yg lain sprti gas dh kurang, kipas blower atau kipas condensor dh kurang performance, mgkin juga sumbat d expansion valve, atau ada tmpt yg bocor gasnya..

Unknown berkata...

Salam ... Ia mungkin lari tajuk sikit. Tp sy nak tnya ..kalau tukar waterpump ada kaitan dgn brek kaki dan aircond x? Sbb sbelum perbaik waterpump..aircond smua brfungsi baik..lepas ambik dri bengkel...trus aircond jd panas dn xsjuk...brek kaki kna tekan dalam... Apa masalah ya?

Wai Bee berkata...

Salam nur Aqilah..
Sebenarnya ia takde kena mengena pasal water pump dgn aircond dan brek.. nampak gaya nya bgkel tu nk naya awak.. hati2 ye.. kesian awak..

Unknown berkata...

salam encik.
dulu pernah tanya kat soklan..ni ada soklan ni,harap cik sudi share..
kete saya bila on aircond enjin bunyi bergegar,macam kasar,getar, bunyi mcmni lebih kurang(grok2)..tu biasa apa problem ya..kete bila hutang da abis mcm2 hal datang ..huhu..
time kasih bagi jawapan..

Unknown berkata...

Salam.tn
Sy telah menukar comp.rekon baru,filter dryer dan expansion valve baru.
Masalah disini,slps charging gas r134a dgn low/high presure yg cukup..hari pertama sejuk.esoknye tidak.
Ingatkan bocor tp tidak, cek pki manifold gauge dan hold vacumn mmg xbocor.
Adakah minyak comp.yg lebih akan sumbat pd expansion valve(jika myk overfill).

Unknown berkata...

salam encik.
dulu pernah tanya kat soklan..ni ada soklan ni,harap cik sudi share..
kete saya bila on aircond enjin bunyi bergegar,macam kasar,getar, bunyi mcmni lebih kurang(grok2)..tu biasa apa problem ya..kete bila hutang da abis mcm2 hal datang ..huhu..
time kasih bagi jawapan..

Wai Bee berkata...

Salam..
Kena pastikan betul2 dr mana punca bunyi tu, kmgkinan dr compresor cluth magnetic, atau tensionwr bearing, ataupun mounting dia..

Wai Bee berkata...

Salam tuan..Biasanya mslh bgtu berlaku..

1. Mungkin Di sebabkan sistem kotor..check sight glass sama Ada Bersih atau kotor Hitam bgtu.

2. Comp yang baru ori atau rikon.. Pada kebiasaannya Sudah mempunyai minyak Yg Cukup Dan X perlu di tambah lg.. Jika minyak comp melebihi dr Yg sepatutnya minyak tersebut akan dialirkan ke dalam sistem dan Akan bercampur dengan cecair gas..

3. Dengan hanya menggantikan filter drier kepada yang baru X Cukup utk menjamin kebersihan sistem..perlu juga buat flushing sistem.

4. Chek Tekanan rendah dan tinggi pd manifold semasa kereta idling utk memastikan sama ada comp masih mengepam dengan baik atau sebaliknya.. Tekanan gas yang diambil semasa off kereta boleh diguna pakai untuk memeriksa gas ada atau tiada..

5. Bila sistem kotor secara langsung TXV juga sukar utk bekerja dimana TXV Tidak dapat mengawal pengaliran cecair Tekanan tinggi utk tujuan pertukaran Dari cecair tekanan tinggi kepada cecair Tekanan rendah.. Mksdnya TXV sentiasa terbuka besar.. Cuba Bersihkan condenser.
Harap membantu..

Wai Bee berkata...

Salam.. tu dh reply kat atas tu..

Unknown berkata...

time kasih encik untuk info ni..

Unknown berkata...

Assalam..otai..minta prtolg otai ni...mslh keta persona Aicon" gas nmpk mcm ade kuar jge tp angin xder..so sy ingt blower nye kotor..sy buka dan basuh..psng dan try buka aircon...masalah nye..sejuk kejp je..dan rase angin kuat macm biase...kejp je....lps tu..tak sejuk...jadi sya minta pandangan dgn otai ni...Ape mslh sebenar nye....sy dh pening fikir benda ala ni hehe hrp otai dpt bg tips sikit sebab ape jdi cm tu....

Unknown berkata...

Salam bos sy dh tmbah gas,blower dh cuci tp still angin xkuat buka 4 dh mcm 1,sejuk tu sejuk tp klu ramai mmg xrse sejuk dye blh taw pe sebabnye peradua viva.

Ais kacang berkata...

Hi sifu aircon wira aku bocor condensor sama colling coil compresor tak tukar pakai lagi hanya tukar colling coil vale dan condensor dah minyak sendiri dan pomen isi gas aircond boleh sejuk tapi pomen tu kata pressure sampai 270 boleh pakai
Kaca Dier filter boleh nampak air saja tak nampak puid putih apa masalahnya boleh tunjuk terima kasih

Ais kacang berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Ais kacang berkata...

Sorry condensor colling coil bocor

Unknown berkata...

Salam nak tanya, betul ke kalau sentuh apa2 berkenaan dgn aircond, kena keluarkan gas aircond? Sbb dh dua kali saya repair berkenaan aircond, semua cina tu suruh saya bayar utk tambah gas sebab dia kena keluarkan gas aircond.

Wai Bee berkata...

Salam.. klu blower buka 4 rasa mcm 1, kmgkinan motor blower problem, biasanya brush carbon dh haus, cuba tukar yg baru. Klu naik ramai rasa x sejuk pulak mgkin kipas condensor kat dpn tu sekali dgn kipas radiator tu yg problem, tambah kipas lain utk menguatkan lagi kipas tu.. tanya kedai kata sy nk upgrade kipas condensor..

Wai Bee berkata...

Klu bocor, kena baiki dulu tmpt yg bocor tu baru boleh isi gas semula, klu tekanan sampai 270 psi high pressure tu maksudnya condensor problem, sama ada kipas atau condensor coil, kena baiki dulu, klu bocor tampal atau tukar, klu kotor bersihkan..

Wai Bee berkata...

Salam mayang.. boleh awk bgtau apa yg awk repair sblm ni? Biasanya klu dia cuci bw keluar cooling coil atau compresor mmg kena isi gas semula, tp klu dia hanya cuci filter atau cuci dan buka blower fan saja, tak perlu isi gas semula ye..

Wai Bee berkata...

Waalaikumsalam Muhammad Haikal, kmgkinan gas kurang atau gas bocor, cuba dapatkan bacaan tekanan @ pressure reading bg low dan high dia, dari situ kita dpt lihat apa masalah sebenarnya..

Unknown berkata...

Assalamualaikum.. kalau pipe yg keluar dari cmprssor tu berminyak dgn pipe yg masuk ke condensor pon same.. nak kene buat flushing ke tuan? Ape yg kne buat atau kena tukar ye.. terime kasih :)

Wai Bee berkata...

Waalaikumsalam.. ye awk boleh flushing atau tukar hose yg baru, tambah myk pemampat ye.. dan tukar filter sekali..

Ais kacang berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Ais kacang berkata...

Salam kaca filter nampak air tak nampak puid putih ada nolmal tak ada rasa compresor berak sikit

Khairul Sepang Murah berkata...

Apa maksud Ais Kacang Piud Putih?

Sy agak buih-2?

Compressor berak?

sy Agak-2 berat?

Kalo x nampak buih-2 putih dan compressor berat. Kemungkinan dah terover cas gas aircond. Cuma nak tanya. MAcam mana terasa berat yaa Ais Kacang?

Unknown berkata...

Salam tuan . Sy nk tanya . Ekon sy x sejuk . And then tanye kedai die bukak cooling coil and then test ade bocor . Itu je ke masalahnya ?

Ais kacang berkata...

Bila compressor jalan Kaca filter aircond tu nampak air penuh saja rasa terlalu benuh dan jika bila jalan sampai tol boleh mati engine sendiri

Swan berkata...

Salam...Saya baru je tukar cooling coil baru dan buat sekali aircond servis...first time after 5 years...masalahnya bila on aircond ada bau mcm lipas..after a while baru hilang bau tu...mohon pendapat YB kenapa ada bau.tq..

Wai Bee berkata...

Salam.. kena check satu persatu untuk pastikan tmpt yg betul2 bocor..

Unknown berkata...

Salam, saya semalam ada bawa prgi ke bengkel air cond nak tmbah gas... tapi tauke kedai tu kata paip saya ada yang tersumbat ... agak2 apa yang tersumbat ye?

Wai Bee berkata...

Salam..
Oo mgkin bau drpd cooling coil yg masih baru bercampur dgn bau selepas servis. Lama2 nti hilang la bau tu..

Wai Bee berkata...

Salam..
Biasanya sumbat berlaku pd expansion valve (dkt cooling), sbb dia ada piping yg kecil,kdg2 boleh jd jugak d filter drier (mcm botol) dan mgkin jugak boleh berlaku dimana-mana saja piping aircond dlm kereta anda..

Swan berkata...

Thanks YB...baru confident sikit nak drive...hopefully lama2 nanti hilang bau tu.

Unknown berkata...

Assalamualaikum. Saya ada kereta waja yang problem aircond. Kereta dah pakai lebih kurang 17 thun. Bila tmbah gas, still jgk x sejuk. Rupanya ada leakage dkt cooling coil. Pomen advise utk tukar cooling coil bru (brand denso), Expansions valve, filter, tmbah gas dan upah pasang. Semua kena charge rm600. Adakah harga tu reasonable yer? Mohon pandangan tuan yang arif. Terima kasih.

Wai Bee berkata...

Waalaikumsalam.. klu tukar cooling coil, exp valve, filter drier dan tambah gas rasanya rm600 tu agak mahal, klu dpt rm400 pun ok dah tu sbb klu harga 3 brg tu saja dkt2 rm300

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

Adakah mahal ke bang untuk baik pulih? Dan ada kah betul tiub tempat low pressure tu perlu di buang welding terus untu mengelakkan kebocoran??..

Wai Bee berkata...

Waalaikumsalam.. ye mmg bocor tu sbb awk rasa angin panas kat dlm ruang kereta pastu ada kesan myk kat paip condensor..

Wai Bee berkata...

Bergantung kpd bgkel @ workshop yg awk pergi, tanya dulu quotation dia bg.. tiub kat low pressure x perlu d buang atau x perlu welding terus..

Unknown berkata...

Selalunya kat mana ye bang kebocoran tu? ...

Khairul Sepang Murah berkata...

Banyak tenmpat kebarangkalian bocor.. x boleh nak cakap

Biasa kebocoran belaku dekat sambungan.

Akan tetapi

Ada sesetangah kes.. pecah d tengah-2 laluan dan dekat fin aluminium pun boleh terjadi

Satu lagi.. Nak detect kebocoran sistema gas 134a ni agar sukar sikit sebab minyaknya jenis halus. dan x nampak berminyak sangat.

Biasa dibuat.. mereka akan tuangkan sejenis cecair uv dan akan detect dengan lampu UV. ituadalah cara kovensional.

Ada juga kedai menggunakan alat "penghidu gas" tapi casnya agak mahal

asmahaniandshazuan berkata...

Assalam tuan. Sy pakai kereta peugeot 508 (1.6cc) thn 2012. Masalah aircond sy x sejuk waktu kereta berhenti..tp mlm mmg sejuk..poreman ckp kompressor lemah..slps kompressor baru ditukar maasalah lain yg terjadi iaitu kompressor xde api..ade elektrik ke compressor menyebabkan kompressor x hidup..poreman ckp kemungkinan disebabkan fuse box..slps tukar fusebox baru masalah sama masih terjadi. Dia api di kompressor..aircond langsung xde mwngeluarkan udara sejuk..gas ade..masalah ini adakah disebabkan kompressor baru itu rosak?

Wai Bee berkata...

Waalaikumsalam..
Aduh kesiannya.. mcm ada something wrong somewhere je pomen tu.. sepatutnya masalah awal bkn pd compresor..bayangkan thn 2012.. kereta wira sy dr thn 2005 smpai skrg compresor lagi cemerlang, aircond sejuk menggigil.. Alhamdulillah..
Pd pengamatan sy, masalah asal tu bkn compresor.. tetapi kipas condensor saja, sbb awk kata klu mlm mmg sejuk.. confirm kipas condensor yg problem, tukar carbon brush atau tukar seketul atau tambah lagi kapasiti kipas condensor saja.. inshaallah selesai masalah.. 😊

Khairul Sepang Murah berkata...

Walaikumussalam asmahaniandshazuan

Api dekat kompressor akan ada dengan syarat berikut

1. Thermister memberi isyarat dalam kabin panas
2. Regulator power menyatakan kehendak suhu dalam kabin
3. Pressure limiter ( pressure switch ) memberikan signal on jika pressure tak tinggi atau gas ada. Kalo gas tak ada dia akan off
4. Oil Pressure gauge ( Kereta europe / japan ) Normal
5. temp engine ( Kereta europe ) Normal
6. Relay Normal
7. Fius Normal

Kena cek semua ni baru tahu kenapa kompressure x jalan

Simtom kereta bila berhenti akan terasa panas ada beberapa sebab

1. Kipas kondenser lemah. Pusingan tidak mencukupi utk menarik angin sejuk untuk menyejukkan kondenser
2. Kondenser kotor
3. Kondenser Pressure Terlalu tinggi ( tersumbat )
4. Kompressure lemah ( hanya boleh ditentukan dengan menggunakan manaifold Gauge )
5. Belting longgar
6. Filter tersumbat
7. Gas tak sampai tahap sebenar ( kesilapan berlaku bila pengisian tidak mengikut spec dan faktor cuaca semasa pengisian gas mainkan peranan besar , kena rujuk kepada carta. benda ni sepatutnya pomen yang kendalikan kena memahami)
8. Minyak kompressor dah kotor.
9. Kipas terpasang terbalik aliran angin
10.Biasanya sy menjumpai masalah kereta europe ni jika ada heater .. Dia ada masalah FLIP heater terbuka. Udara heater tu masuk sekali so... Udara sejuk dah x dapat nak lawan kepanasan dari heater.

Kereta tuan tahun 2012 baru 5 tahun. Kiranya baru sangat. macam tuan Wai bee keretanya 2005 masih boleh pakai aircondnya.

sy rasa.. isunya bukan kompressor yg bermasalah. Ianya masalah lain. Spt cadangan Wai bee Boleh tukar motor kipas kondenser atau overhaul motor tersebut. Terpulang modal tuan. Kalo nak mudahkan kerja.. Tuan boleh tukar motor tersebut yang jenis OEM atau sama tapaknya( kena buat carian sedikit ). Boleh juga tambah satu lagi kipas.

tapi...

Sebelum tu . pastikan punca kenapa dia panas.

Tips.

Cuba tuan pegang paip selepas kondenser. Jika terlalu panas sampai x boleh pegang.. Yakni kondenser terlampau panas. Kipas tersebut dah x mampu nak nyahkan haba.

sepatuttnya kita boleh pegang dalam kadaran 5-10 saat

kalo lebih.. maknanya ada masalah lain

Hati-2 tuan.. sebab d bahagaian engin ada benda berputar . Pastikan pakaian yang bersesuaian yakni tidak memakai tali leher atau baju yang jenis berjurai-2

Unknown berkata...

Trima kasih bang sudi share ilmu..sy dah nmpak kebocoran dia kat dua joint paip dia atas dan bawah tempat hose atas condensor... tapi betul ke pomen rekomen supaya tukar satu kali hose getah tu utk elak kebocoran masa akan dtg?.. satu lagi.. tiub yg high pressure tu dia buang terus dan welding utk elak bocor jugak...

Unknown berkata...

Salam saya nak tanya terdapat kereta jenis gen 2 mengalami masalah aircond... sebelum ini saya dah tukar semua komponen dia... Tetapi semasa nak isi gas bacaan pada high side dah cukup 170 psi tetapi bacaan pada low side jadi rendah bawah pada 20 psi dan saya dapati paip dari compressor ke cooling coil menjadi frost apa masalah ya?

Wai Bee berkata...

Salam.. dh cuba isi smpai dpt 30 - 40 psi?

Unknown berkata...

Dah cuba tetapi masih menjadi frost pada paip tersebut

Unknown berkata...

Kebiasaannya...ape yang menyebabkan salur yang masuk pada valve dari drier tak sejuk...mohon cerahkan sedikit...adakah sebab kebocoran gas pada cooling coil

Unknown berkata...

As salam bos, sya gna kreta avanza.. Bila brhnti x sejuk, tpi bila bwa bru trasa sejuk..

Unknown berkata...

As salam bos, sya gna kreta avanza.. Bila brhnti x sejuk, tpi bila bwa bru trasa sejuk..

Khairul Sepang Murah berkata...

irfan farhan

Adakah valve yg ditukar sama spec yang asal?

Khairul Sepang Murah berkata...

Pie Faizal

maksudnya.. Paip high side panas?

Khairul Sepang Murah berkata...

Feardust Azmi

Beberapa kemungkinan

1. gas low
2. Kondensor kotor
3. kipas dah slow
4. Belting longgar
5. Compressor tanda-2 nak rosak

Kena cek dengan manifold baru tahu apa penyebab

banyak kemungkinan

Unknown berkata...

berapa sukatan minyak compressor myvi

Unknown berkata...

berapa sukatan minyak compressor myvi

Khairul Sepang Murah berkata...

Azreen Hisham.

Sukatan minyak kompressor bergantung kepada Jenis.

Biasanya. Bila tukar kompressor. Kita sukat minyak kompressor lama.

kemudian.. jum. sukatan minyak komrepssor lama , tambah 10ml lagi.

Minyak dalam kompressor baru kita keluarkan semua,

kemudian kita tambah ikut sukatan minyak kompressor lama yg ditambah 10 ml tersebut.


Harap membantu

Unknown berkata...

Ya sama.. 2 kali tukar yang baru tapi tetap jadi jugak..thermostat pun dah tukar tapi tetap jadi

Khairul Sepang Murah berkata...

Adakah tekanan gas berkurangan selepas beberapa hari?

Unknown berkata...

Gas tak kurang...nak kata sistem tersumbat pun tak juga sebab semua dah flush

NORFAIZ berkata...

Assalammualaikum en.. Nak tmye memng berat ke lepas tukar minyak kompressor?

Khairul Sepang Murah berkata...

Norfaiz

Sepatutnya tak berat. Kemungkinan berat kompressor disebabkan lebihan minyak dan Gas

Ifran Farhan.

Berapa bacaan tekanan gas dan suhu apabila keadaan idle dan full mode fan?

sham azizi berkata...

Saya pakai kelisa..masalah skrg kadang2 compressor on kadang2 tak on...pi kdai check ckp current ada..bila scan obd2 ada keluar ac evap temp sensor code...adakah problem dari sensor ac evap atau gas over charged...?

Khairul Sepang Murah berkata...

Dah check thermister ok tak?

Unknown berkata...

Mcm mana nk recovery/keluarkan gas air cond ya?

Kalau x tukar drier xpe ke?

Unknown berkata...

Mcm mana nk recovery/keluarkan gas air cond ya?

Kalau x tukar drier xpe ke?

Wai Bee berkata...

Kena cari kedai yg ada recovery machine.. klu x tukar drier sy x pasti, seeloknya kena tukar lah, harga sebiji dlm rm40 ++

Khairul Sepang Murah berkata...

Betul kena tukar macam Wai Bee bg pandangan.

Pertama kali, kenapa tuan nak tukar filter dryer yaa

Unknown berkata...

Salam bang. Sy guna kereta myvi. Masalah sy bila on aircond. Satu bunyi yg berdesing keluar dri enjin..lagi tekan minyak lagi kuat bunyi desing tu. Apa masalahnya ?

Unknown berkata...

Salam. Sy penguna kereta myvi. Maslah sy. Apabila on aircond. Timing kereta jadi berat.dan ada keluar bunyi yg di bahagian compressor.. Lagi tekan padel minyak timing tinggi.. Lg kuat bunyi di bahagian compressor. Blh bantu masalah sy?

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Wai Bee berkata...

Salam..brapa thn dh usia kereta tuan? Saya agak mgkin masalah belting yg bersambung dr compresor aircond dgn main pulley.. ataupun mmg masalah main pulley.. kena check betul2 dan cari punca sebenar nya..

Khairul Sepang Murah berkata...

Kemungkinan juga bearing dekat magnetic cluth ada masalah.

Ais kacang berkata...

Salam ! Apa masalah Tekannan tinggi sampai 2ratus lebih pomen tu kata compressor rosak dan condenssor sumbat adakah pomen cakap betul

Ais kacang berkata...

Sebenarnya apa terjadi nak sifu boleh tolong

Wai Bee berkata...

Salam.. klu 200 lbh tu compresor masih ok, blom lg nk rosak, biasanya dia tekanan tinggi sikit tu sbb ada blockage kat kondenser, mgkin kondenser kotor, mgkin jgk expansion valve mula tersumbat..

Ais kacang berkata...

Minyak compressor terlalu lebih sama gas terlalu lebih pun boleh jadi ke

Khairul Sepang Murah berkata...

Minyak terlebih kemungkinan juga, salah satu penyebab

Unknown berkata...

Bos tumpang tanye.30-40 psi tu dlm keadaan enjin rem @ normal ye tuan.minta pencerahan sikit

Myvi2010 berkata...

Myvi 2010 dah tukar compresor recon, kondesor,drier,valve exp,radiator fan,coling coil,sensor c coil..smua baru kecuali piping guna yg asal..masalahnya aircon x brapa sejuk, compresor lambat nak cut of runing smpai 3-5 minit, bila on aircon dashbod bunyi "psssst" dan sentiasa bunyi..cek meter high 160 low 30-38..ape masalah aircon saya ni tuan?

Khairul Sepang Murah berkata...

Low 30-38?
Dia bergetar atau naik turun?

Boleh sy tau..berapa suhu d bhg condenser , eVporator dan suhu persekitaran semasa charging?

Myvi2010 berkata...

Sya tengok pda meter je pomen yg tunjuk..pomen ckp gas dh ngam kalu tambah lgi kondensor bole rosak..low tu sekitar 30-38..x silap sya 35 kot...suhu msa charging x tnya pulak..buka kipas 1 tempreture set stengah sejuk rsa skit je..sblm ni kalu set mcm tu dh sejuk dah.. bila complain pomen ckp tu sebab guna compresor recon tu yg x brapa sejuk & lambat nk cut of aircon.. yg bunyi "pssst" kt area dashbod tu..pomen ckp tu sebab gas tembak ke coling coil..tpi bunyi tu x hilang maintain ada sepanjang msa.. nk kta ada bocor..dlm keta xde bau gas pun...bila lambat cut of aircon..sya terpaksa simbah air kt kondensor baru cut of aircon jdi normal balik..

Myvi2010 berkata...

Sya dh abis rm1800 kos tuka smua ni..baru2 ni pgi balik jumpa pomen tu.. dia ckp piping ada bocor plak..nk lgi rm450 tuka 3 jenis piping aircon..itu hari ckp piping smua ok xde bocor..ishh geram pun ada ni..

Wai Bee berkata...

Salam.. maaf x perasan ada Komen Kat sini.. bunyi it saya rasa dtg dr belting..

Wai Bee berkata...

30-40 tu Kereta dlm keadaan normal

Khairul Sepang Murah berkata...

Pada pandangan sy.. kalo kondenser disimbah air baru cut off.

kemungkinan.

kemungkinan , Kipas tuan ada masalah.. kelajuan tidak mencukupi atau flow angin terbalik

disebabkan tuan maklumkan tuan telah menukarnnya sekali.

Cuba cek dulu.

Pasal harga tu .. pada pandnagan sy terlalu tinggi RM1800 + 450 = RM2250.00

Ais kacang berkata...

Salam boleh tanya saya baru beli satu kereta viva 660 saya tekan minyak naik dan bila lepas ada bunyi bising kuat di compressor apabila turun minyak ada masalah tak atau jenis compressor viva memang macam tu boleh tolong !!!!?????

Wai Bee berkata...

Salam.. kereta baru ke terpakai? Klu baru boleh bw g servis center dia sbb under warranty, klu terpakai kita tak tahu sejarah kereta tu mcmana tuan yg pakai sebelum ni.. kena check betul2 lah cari punca knapa dia jd mcm tu.. mgkin magnetic clucth dia ke, mungkin myk compresor dia ke..

Unknown berkata...

Assalam bos . Sy pakai axia tahun 2015 . Baru baru ni sy pasang aircond, tapi tak sejuk . Bila pergi kedai check psi gas 0 . Then topap gas . Lepas tu selang 2 hari pasang semula aircond, jadi balik aircond tak sejuk . Bila pergi tanya bengkel, semua kata cooling coil bocor . Bila on aircond ada bau hangit . Betul ke tidak ye ? Harga untuk tukar cooling coil original sekali upah RM700 . Berbaloi ke ?

Wai Bee berkata...

Waalaikumsalam.. klu thn 2015 mustahil dh bocor cooling coil.. keta wira sy dh 12 thn blom ada problem cooling coil.. tp sy pernah beli sebiji cc yg baru utk keta wira harga dia rm190.. jd klu termasuk upah dan isi gas Dan yg lain2 kerja tu mcm agak Mahal klu rm700, cuba servay kedai2 lain dulu ye..

Myvi2010 berkata...

Itu hari aku survey coling coil ori Denso Rm380.. jnama Denso coolgear Rm280..sensor coling coil denso Rm20..Perodua smua guna denso.. axia murah lgi kot..top up gas paling murah Rm30-Rm60..upah buka dashbod pun kt luar dh Rm150..tu pengalaman aku la yg baru kna dkat Rm2000 lbih tukar full set aircon myvi 2010.. kalu nk murah lgi beli alat ganti perodua "proganti" ada smua barang2 aircon kecuali compresor x jual..waranty 6 bulan kalu psang diperodua.. aku malas nk tunggu appoinment kt perodua..tu yg buat kt kdai luar je..tpi yg aku bengang.. kdai luar ni ada je point dia nk suruh klua duit lgi..mula2 kta A.. bila nk bayar kta B plak..ada tambahan barang rosak lagi la..

Unknown berkata...

Ok bos trma ksih ats sharing tnjuk ajr bos

«Lebih lama ‹Lebih lama   1 – 200 daripada 237   Terbaru› Baru»