iklan

Isnin, 19 Ogos 2013

Mengecas sistem penyaman udara @ mengisi gas air cond rumah.

Assalamua'laikum dan salam sejahtera..

Hari ini saya semak kat traffic blog saya ada 4 orang meng'google' dan 'search' tentang 'mengecas sistem penyaman udara'.

Jadi di sini saya ingin berkongsi sedikit  tentang cara mengecas bahan pendingin @ mengisi gas air cond khususnya air cond rumah.
 Ada beberapa cara atau kaedah untuk mengecas bahan pendingin untuk air cond rumah iaitu:

i.   kaedah berat - menggunakan timbang kg,
ii.  kaedah suhu - menggunakan thermometer untuk mengambil bacaan suhu,
iii. kaedah tekanan -menggunakan bacaan tekanan pada 'manifold gauge',
iv. kaedah arus - menggunakan meter kapit untuk mengambil bacaan ampere unit.

tetapi yang biasa dilakukan oleh pomen aircond @ technician aircond ialah kaedah tekanan seperti di dalam video youtube di bawah ini.

 


- Jadi kaedah yang digunakan oleh technician di dalam video ini ialah kaedah tekanan di mana ia menggunakan 'manifold gauge' untuk mendapatkan bacaan tekanan rendah pada kadar sekitar 60 - 70 psi (pound square per inch).

Mula-mula technician memasang 'manifold gauge' pada unit penyaman udara di mana hos biru disambungkan ke injap tekanan rendah manakala hos kuning disambungkan ke tangki bahan pendingin R22. Harus diingat, oleh kerana unit air cond ini berkapasiti 1 hp (horse power), jadi ia tiada injap tekanan tinggi yang mana sepatutnya hos merah dari 'manifold gauge' disambungkan.

Selepas hos kuning disambung ke tangki R22, dia melakukan satu proses yang dinamakan "purging" iaitu membuka sedikit hujung penutup hos kuning pada 'manifold gauge' supaya udara dan lembapan yang terdapat di dalam hos kuning akan disingkirkan.

Selepas itu dia membuka injap pada tangki R22 dan buka injap tangan pada 'manifold gauge' yang berwarna biru pada arah lawan jam, sedikit demi sedikit dan pada masa ini beban akan dimasukkan ke dalam sistem, perhatikan jarum penunjuk pada 'manifold gauge' biasanya ia akan menaik sehingga ke satu tahap ia akan berhenti atau perlahan.

Pada masa ini unit air cond akan dihidupkan supaya gas bahan pendingin akan masuk ke dalam sistem dengan lebih efisien dan pada masa inilah tekanan 60 -70 psi diambil setelah unit dihidupkan sekitar 5 minit ke atas.

Selepas bacaan tekanan sudah mencapai 60 -70 psi, maka bolehlah ditutup injap pada tangki R22 dan tutup injap tangan pada 'manifold gauge' ikut arah pusingan jam. Buka sambungan pada injap tekanan rendah di tepi air cond itu.

Harus diambil perhatian semasa melakukan kerja-kerja ini, sebaiknya memakai pelindung mata takut gas akan terpercik kena mata.

Apapun cara atau kaedah yang ditunjukkan di dalam video ini ialah kaedah yang 'simple'. Sebenarnya ada beberapa perkara lagi yang perlu diambil perhatian dan dilakukan untuk menyempurnakan lagi kerja-kerja mengecas bahan pendingin @ gas untuk air cond rumah ini. Antaranya ialah melakukan proses pengosongan @ vakum, menguji bocor dan ketika mengecas, gunakan 'thermometer' dan juga 'clamp meter'.

Ia juga mengambil kira peralatan yang ada untuk membuat kerja. Jika tiada, cukuplah tangki bahan pendingin R22 dan 'manifold gauge' sahaja..

Sekian coretan kali ini. ^_^



Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahu Akbar..
Kota Samarahan 190813..







Tiada ulasan :