iklan2

Selasa, 30 Julai 2013

Mengatasi masalah ais yang menebal pada peti sejuk.

Assalamualaikum, salam ramadhan dan salam sejahtera buat pembaca blog yang budiman..
hari ini saya nak update sikit pasal peti sejuk @ peti ais yang mana tempat letak ikan, daging, ayam atau biasa kita panggil 'bahagian freezer' iaitu tempat beku, yang selalu terjadinya ais yang menebal seperti gambar-gambar di bawah ini.

- Peti sejuk A;


- Peti sejuk B;

- Peti sejuk C;

- Peti sejuk D : -





Jadi, jika dibiarkan keadaan ini berlarutan dari hari ke sehari, lama-lama nanti ruang untuk menyimpan makanan lain akan menjadi kecil. Kebiasaanya, peti sejuk yang kerap terjadinya keadaan ais menebal sebegini ialah pada peti sejuk satu pintu, kerana ia menggunakan penyejat @ cooling coil dari jenis 'plate' yg seolah seperti segiempat.

Keadaan ini selain daripada menjadikan ruang tempat menyimpan makanan jadi sempit, ia akan menyebabkan makanan yang tersimpan itu susah untuk dikeluarkan sebab sudah dilitupi oleh ais yang tebal dan keras. Oleh itu, ada 2 cara yang selamat untuk menghilangkan atau membuang ais yang menebal itu.
Pertama, sila tekan butang 'defrost' pada termostat yang berfungsi mengawal suhu di dalam peti sejuk anda. Ini kerana kebanyakkan peti sejuk satu pintu, kita terpaksa menekan butang 'defrost' secara manual jika berbanding dengan peti sejuk 2 pintu dan ke atas.

Peti sejuk satu pintu cuma ada satu sensor untuk mengesan tahap suhu yang disetting oleh pengguna melalui termostat. Manakala peti sejuk 2 pintu dan ke atas, ia mempunyai satu lagi sensor pengesan suhu iaitu jika suhu sudah mencecah contohnya -5 darjah celsius, sensor akan memberitahu kepada 'compressor' supaya berhenti beroperasi dan pada masa ini 'heater' akan mengambil alih tugas untuk mencairkan ais yang menebal tadi. Kerja pertukaran di antara 'compressor' dengan 'heater' ini dikawal oleh 'timer'.

Ok, berbalik kepada cara nak hilangkan ais tadi, jika kita tekan butang 'defrost' ia akan mengambil masa yang agak lama untuk ais menjadi cair. Anda pasti nak cara cepat bukan? hehe.. senang je iaitu dengan cara kedua, kita curah atau siram ais tadi dengan air suam.. haha..
Melalui pengalaman, saya anggarkan masa untuk ais menjadi cair dengan cara menekan butang 'defrost' dan dengan cara mencurah air suam ialah :
- cara 'defrost' = 4 - 5 jam
- cara curah air suam = 20 minit.. hihihi..
percaya tak? anda boleh cuba selepas ini...

(PERINGATAN - JANGAN SESEKALI MENCUNGKIL AIS DENGAN BENDA TAJAM SEPERTI PISAU, GUNTING ATAU SKRUDRIVER..)

tetapi jika anda nak guna juga, silalah berhati-hati ye, saya ulangi silalah berhati-hati.. kerana dikhuatiri nanti anda akan tercungkil dinding penyejat @ 'cooling coil' nya..dan natijahnya nanti anda akan terpaksa mengeluarkan duit untuk membaiki semula tempat yang bocor akibat terkena benda tajam semasa mencungkil ais tadi..

Ok, sila lihat gambar-gambar di bawah ini, (peti sejuk D) semasa dalam proses menanggalkan ais yang tebal dengan cara mencurah air suam ke atasnya.. hehe..

- Mula-mula curahkan sedikit demi sedikit air suam ke ruang bawah;

- curahkan ke bahagian tepi kiri dan kanan juga, nanti ia akan jadi begini..
- kemudian cuba umpil sedikit ketulan ais di bahagian atas sehingga ia akan jatuh ke bawah..

- selepas itu, keluarkan ketula ais di bahagian bawah (luar plat penyejat)..

- akhir sekali, keluarkan lah ketulan ais itu, hehe..


- sekarang ruang beku peti sejuk anda akan menjadi begini..

 - jangan lupa untuk membuang sekali air yang bertakung di dulang buangan air di belakang peti sejuk anda ya.. :)


- Selamat mencuba, dan jumpa lagi.. Wassalam..
- Alhamdulillah..
  Wai Bee / Julai 2013..