iklan2

Jumaat, 11 Mei 2012

Penyaman Udara - by Carrier

Pengenalan

Satu penyaman udara yang baik boleh memberikan / menjadikan keadaan tempat kerja atau tempat tinggal kita akan menjadi selesa, dingin dan segar lebih-lebih lagi di waktu panas @ musim panas.
Tetapi untuk membeli sebuah unit penyaman udara yang sesuai boleh menjadi satu perkara yang rumit dan mengelirukan bagi sesetengah individu.
Berikut adalah panduan soalan dan jawapan yang disediakan oleh pihak Carrier untuk membantu anda membuat pilihan yang bijak ketika memilih penyaman udara.


1. Bagaimana saya mengira saiz atau kapasiti bagi penyaman udara bagi bilik saya?

   - Ukuran paling umum bagi pengiraan kapasiti pendinginan ialah UTB - Unit Thermal British @ BTU - British Thermal Unit. Jika anda ingin merujuk kepada kuasa kuda (Kk), Kilowatt (Kw) dan juga kilokalori haba (Kkal) : kepada BTU kiraannya adalah sepeti berikut :

                           1 Kk    = 8,000 ke 10,000 BTU
                           1 Kw   = 3,413 BTU
                           1 Kkal  = 3,968 BTU

      Perhatikan bahawa kuasa kuda hanya merujuk kepada kuasa motor. Kuasa kuda yang lebih tinggi akan menggunakan kuasa elektrik yang lebih banyak tetapi tidak berkait langsung pada kapasiti pendinginan. Angka yang paling penting untuk diketahui ialah keluasan iaitu panjang kali lebar. Sementara faktor-faktor lain yang patut diambil kira ialah seperti perkakas elektrik yang digunakan dan jumlah penghuni rumah.

     Panduan umum yang baik untuk anda membuat pilihan ialah seperti berikut :

                            Panduan rujukan kapasiti pendinginan.
 Bilik Tidur :

 Kawasan :                                            Kapasiti Pendinginan yang diperlukan :
 Meter persegi      Kaki persegi        Kw (Cooling)           Btu/h                    HP
  6 - 8                      65 - 86                 2.1 - 2.4              7,000 - 8,000           0.75
  9 - 11                    97 - 118               2.6 - 2.9              9,000 - 10,000          1.0
 12 - 14                  130 - 150               3.5 - 4.1             12,000 - 14,000         1.5


 Ruang Tamu / Makan :

 Kawasan :                                           Kapasiti Pendinginan yang diperlukan :
 Meter persegi     Kaki persegi       Kw (Cooling)          Btu/h                      HP
 10 - 19                  108 -205               3.8 - 4.4             13,000 - 15,000         1.5
 20 - 29                  215 - 312              4.7 - 5.9             16,000 - 20,000         2.0
 30 - 40                  323 - 430              6.4 - 7.9             22,000 - 27,000         2.5


       Sekiranya anda mempunyai tingkap yang besar dengan pendedahan matahari, anda patut pertimbangkan untuk membeli penyaman udara yang kapasitinya lebih daripada panduan di atas.




2. Jenis penyaman udara yang bagaimana harus saya pertimbangkan?

Penyaman udara domestik @rumah terbahagi kepada 2 jenis iaitu jenis tingkap dan jenis pisah. Unit tingkap memerlukan ruang / lubang yang besar untuk menempatkannya. Unit pisah hanya memerlukan kita menebuk sedikit lubang pada dinding dan ia menempatkan satu unit di dalam (indoor) dan satu unit di luar (outdoor) yang dihubungkan oleh saluran paip.
                                                      Unit Tingkap @ Window Unit.

Unit Pisah @ Split Unit.




3. Bagaimana kecekapan tenaga diukur?
       Penggunaan tenaga dipengaruhi oleh suhu persekitaran bilik, kekerapan menggunakan unit dan jenis unit yang kita gunakan. Semakin tinggi Nisbah Kecekapan Tenaga NKT (EER) semakin cekap penyaman udara berjalan. Model-model penyaman udara yang baru herus mempunyai NKT melebihi 8. Untuk lebih lanjut mengenai EER (NKT) ini sila klik di sini > http://www.powerknot.com/how-efficient-is-your-air-conditioning-system.html


4. Bagaimanakah penjagaan unit selepas pemasangan?
       Unit penyaman udara hendaklah sentiasa dibersihkan daripada habuk dan kekotoran terutamanya di bahagian penapis udara. Jika bilik atau tempat itu selalu berhabuk, maka semakin keraplah penapis udara itu dibersihkan. Kebiasaannya sebulan sekali bagi tempat yang selalu berhabuk atau berdebu. Ini akan memastikan unit penyaman udara sentiasa beroperasi dalam kecekapan tenaga yang baik, memanjang jangka hayat unit dan dapat memberikan keselesaan juga memberikan kualiti udara yang segar kerana habuk dan debu telah ditapis daripada bilik / ruang tersebut.


5. Berapa lamakah unit penyaman udara tersebut boleh bertahan sebelum ianya diselenggara secara major? (Major service)
       Dengan penjagaan yang baik, unit penyaman udara anda akan bertahan sehingga 5 ke 8 tahun dalam operasi normal. Ini mungkin berbeza mengikut perubahan cuaca persekitaran dan kekerapan penggunaan unit tersebut.