iklan2

Isnin, 2 Julai 2012

Teori Membaiki Kerosakan Pada Komponen Peti Sejuk..

- Bermula daripada sistem elektrik peti sejuk.
Banyak kes kerosakan pada peti sejuk berlaku pada sistem elektriknya.
Pertama, jika peti sejuk tidak beroperasi ketika suis dionkan, periksa sistem elektrik yang bermula pada bahagian soketnya/plug 3 pin.

Elektrik tidak akan mengalir jika berlakunya keadaan seperti ini : -
i) Tiada bekalan elektrik daripada pusat (TNB).
ii) Fius utama terputus/trip.
iii) Wayar dalam plug tercabut atau terlepas/longgar.

Jika tidak berlaku kerosakan pada sistem elektrik, tetapi peti sejuk tetap bermasalah, lakukan pemeriksaan pada komponen-komponen peti sejuk yang lainnya seperti : -

a. Penyejat;                    g.Pelindung Beban Lampau;
b. Pemeluwap;               h. Geganti;
c. Pemampat;                 i. Kapasitor;
d. Penyaring;                 j. Kipas;
e. Pelaras suhu;             k. Pemanas;
f. Pengawal masa;

A. PENYEJAT (EVAPORATOR).

Penyejat boleh mengalami kebocoran seperti disebabkan oleh geseran atau tertusuk benda tajam seperti pisau, garpu, pemutar skru atau benda lain ketika mencungkil bongkah ais batu.

Antara jenis-jenis penyejat ialah :-




1. Gelung bersirip @ Modern Evaporator Concealed.





2. “Serpentine Plate” @ Chill-Tube Evaporator.       






3. Kelompang @ Chill Plate Freezer Box.



- Penyejat jenis gelung bersirip.













- Penyejat jenis plat lingkaran @ 'serpentine plate'.

- Penyejat jenis kelompang.

Antara tanda jika penyejat ini bocor ialah ia akan kelihatan berlubang.

Tetapi jika terlalu kecil tempat bocornya, kita boleh raba dan tempat yang bocor akan terasa licin dan berminyak. Ini kerana minyak pemampat akan terbawa oleh bahan pendingin.

Membaiki kebocoran penyejat boleh dilakukan dengan cara berikut :-
1. Menampal dengan pelekat logam pada bahagian bocor. Kelemahan cara ini tampalan tidak bertahan lama. Selain itu ia boleh mengakibatkan saluran penyejat tidak steril kerana kemungkinan air akan ikut meresap ke dalam saluran sistem penyejukan.
2. Menampal bahagian yang bocor dengan memateri menggunakan rod “heat-seal stik”.
3. Menggantikan jalur aliran bahan pendingin dengan memasang paip tembaga yang dililit mengelilingi permukaan penyejat.
4. Menggantikan dengan penyejat yang baru.


B. PEMELUWAP (CONDENSER).
Pemeluwap boleh mengalami kebocoran akibat keadaan paip yang haus kerana berkarat atau kerana penyambungan yang kurang sempurna.
Jenis pemeluwap di belakang peti sejuk.


Ketika peti sejuk dalam keadaan ON, apabila disentuh pemeluwap itu ia terasa sejuk.


Terdapat minyak atau terasa licin ditelapak tangan ketika disentuh.
Mula-mula perhatikan keadaan paip dan penyambungannya. Jika kurang baik, lakukan kimpalan pada penyambungan antara paip.


Untuk memudahkan lagi, sapukan seluruh permukaan paip pemeluwap dengan buih sabun kemudian hidupkan unit.

Perhati dan tandakan kedudukan hembusan udara yang keluar dari paip. Hembusan udara tersebut menandakan terdapat kebocoran pada paip.

Gantikan dengan pemeluwap yang baru jika terdapat banyak lubang termasuk bahagian yang banyak karat.

Jenis pemeluwap di dalam badan peti sejuk.

Sukar sebenarnya untuk melakukan pemeriksaan kebocoran pada pemeluwap jenis ini kerana sebahagian besar paip / tiubnya tersimpan dalam badan peti sejuk.


Biasanya paip / tiub yang kelihatan sahaja yang akan dibaiki sekiranya berlaku sebarang masalah.

Jika pemeluwap yang terletak di dalam badan peti sejuk mengalami simptom yang sama seperti pemeluwap di luar badan peti sejuk, ia boleh dilakukan dengan menggantikan dengan pemeluwap yang baru.


Pemeluwap ini dipasang di bahagian belakang peti sejuk dan biarkan saja pemeluwap yang lama (di dalam peti sejuk).





- Tiub pemeluwap yang berada di dalam badan peti sejuk ini tadi ada kalanya ia dilingkarkan di bawah dulang tadahan air bertujuan untuk menyejat air yang bertakung di dalam dulang akibat daripada haba panas daripada gelungan pemeluwap ini.

 
 
 
 
 



  - Pemeluwap jenis gegelung bersirip yang terdapat pada "display chiller".
 

 
 
 
 
 






C. PEMAMPAT (COMPRESSOR).
- Pemampat memainkan peranan yang amat penting dalam sistem peti sejuk. Untuk mengetahui keupayaan pemampat bekerja sekaligus mengetahui keupayaan unit sama ada dalam keadaan baik ataupun kurang, kita boleh menyukat kadaran arus elektrik yang mengalir pada salah satu wayar di pemampat.

- Kehilangan tenaga (loss power) pada pemampat boleh dikesan dengan melakukan pembaikan seperti berikut :-

1. Keluarkan pemampat daripada sistem dengan mencabut/memotong paip penyedut dan paip luahan pada pemampat.

2. Hidupkan pemampat dan tutup paip pemampat pada 2 paip yang besar saiznya daripada 3 paip (sedutan) dengan jari. Rasakan sedutan pada jari. Jika ianya menyedut dengan kuat, maka injap pemampat berada dalam keadaan baik.


3. Kemudian tutup paip pemampat pada paip yang paling kecil (luahan) dengan jari. Rasakan tekanan pada jari.
4. Jika pemampat baik, ketika jari yang menutup paip tadi dilepaskan, akan berbunyi letusan akibat tekanan yang kuat.
5. Jika hembusan lemah keluar dari paip luahan tadi, ini bermakna injap pada pemampat sudah rosak atau pun kurang keupayaan untuk bekerja.

- Jika ini berlaku, kita boleh menukar injap dengan membelah pemampat kemudian mematerinya semula. Harus diingat, ianya amat berisiko (takut berlaku bocor, body contact atau kerosakan semakin serius). Selain itu, penggantian injap tidak menjamin pemampat akan bertahan dengan lebih lama.
- Jadi, sebaiknya tukarlah pemampat yang lama dengan pemampat yang baru.
 Selain daripada membuat ujian mekanikal ke atas pemampat, ujian elektrikal juga amat penting iaitu :
a. ujian intangan penebatan ( insulation resistance ) dengan menggunakan Megger Ohm meter.
b. ujian pembumian (earth leaking test) dengan menggunakan Multimeter.

D. PENYARING (STRAINER).Penyaring bekerja dengan menapis kotoran yang terhasil daripada hakisan bahan pendingin di dalam sistem peti sejuk. Serpihan dan kotoran paip seboleh mungkin tidak masuk ke dalam pemampat dan ianya disaring oleh penyaring ini.

Ciri-ciri penyaring yang bermasalah adalah seperti berikut :-

- Ketika peti sejuk hidup (ON), penyaring terasa sejuk semasa disentuh. Penyaring yang baik akan terasa  suam panas semasa disentuh.
- Timbulnya frost (ais) di luar penyaring. Keadaan ini menunjukkan keadaan yang sangat kritikal bagi penyaring kerana bahan pendingin berkumpul di kawasan penyaring.
- Penyaring yang rosak tidak dapat dibaiki. Ia hendaklah digantikan dengan yang baru.

E. PELARAS SUHU (THERMOSTAT).
- Termostat merupakan alat pengawal suhu peti sejuk sekali gus mengawal kerja pemampat.
- Termostat yang bermasalah biasanya mempunyai dua gejala seperti berikut :-
   i) Pemampat bekerja tanpa henti.
   ii) Pemampat tidak berputar.

i) Pemampat bekerja tanpa henti.Dalam kes ini, kerosakan dipastikan terletak pada termostat. Lazimnya kerosakan ini berlaku pada bahagian pengawal suhu termostat menyebabkan termostat kurang bertindak balas pada perubahan suhu penyejat. Akibatnya termostat gagal menghentikan operasi pemampat apabila suhu di dalam peti sejuk sudah mencapai ke tahap yang maksima. Ia akan bermula dengan timbunan frost pada penyejat. Pada ketika ini termostat perlulah ditukar dengan yang baru.


 ii) Pemampat tidak berputar.Dalam kes ini, perhatian diberikan pada sistem elektrik terlebih dahulu.
Apabila tiada masalah pada sistem elektrik, lakukan pemeriksaan pada termostat dengan cara :-
- Tanggalkan termostat dari unit, kemudian hubungkan terminal-terminal elektrik pada ‘rumah’ termostat tadi secara terus (jumper). Jika pemampat hidup bermakna termostat rosak. - Jika sebaliknya, periksa bahagian yang lain seperti, ‘relay’, ‘overload protector’ dan ‘timer’.

F. PELARAS MASA (TIMER).

Pengawal masa berfungsi untuk mengawal arus masuk dari termostat ke kipas, pemampat dan pemanas. Apabila timer tidak berfungsi, komponen yang berhubung dengannya akan bermasalah. Ciri - ciri timer yang rosak :-
- Lilitan terbakar (gelendung tembaga) atau tercium bau hangit.
- Tuas gigi roda dan batang timer rosak.
Untuk membaikinya mungkin rumit, jadi sebaiknya timer yang rosak tadi digantikan dengan yang baru.

G. PELINDUNG BEBAN LAMPAU (OVERLOAD PROTECTOR).
Overload Protector atau Pelindung Beban Lampau merupakan komponen keselamatan untuk pemampat. Jika arus pada pemampat melebihi dari arus yang sepatutnya, overload akan memutuskan bekalan yang masuk ke pemampat.


H. GEGANTI (RELAY).

Geganti @ relay merupakan suis automatik untuk menggerakkan motor pemampat.
Ia bekerja dengan menyesuaikan putaran magnet yang dibangkitkan sehingga dapat menghubungkan atau memutuskan semula arus elektrik secara automatik.


I. KAPASITOR (CAPASITOR). 
Kapasitor pada pemampat berfungsi untuk mempercepatkan putaran pemampat. Jika ianya rosak ia akan melambatkan putaran pemampat. Begitu juga dengan kapasitor yang dipasang pada kipas. Kapasitor yang rosak akan kelihatan mengelembung atau terbakar. Ianya mesti ditukar dengan yang baru sesuai dengan nilainya yang asal.






J. KIPAS (FAN).
- Kipas berfungsi untuk mengedarkan udara dari penyejat ke bahagian lain dalam peti sejuk.
- Apabila kipas tidak berfungsi, suhu bahagian bawah peti sejuk akan merosot.
Ciri-ciri kipas yang mungkin rosak :
- Ketika membuka pintu peti sejuk, tiada hembusan udara sejuk yang keluar.
-Suhu ruang di bawah peti sejuk, tidak sejuk ataupun seperti suhu normal.
Kipas yang rosak disebabkan :
- Daun kipas diselaputi frost (ais).
- Gegelung kipas terbakar.
- Tiada bekalan elektrik daripada timer.

K. PEMANAS (HEATER).
- Pemanas @ heater bekerja secara bergantian dengan pemampat yang dikendali oleh timer.
Ciri-ciri pemanas yang mengalami kerosakan seperti berikut :
- Terdapat penimbunan frost di penyejat;
- Pemanas patah (diperbuat drpd kaca);
- Pemanas putus.
- Pemanas tidak boleh dibaiki. Jika rosak, ianya mestilah diganti dengan yang baru.







- SELAMAT MAJU JAYA ^_^











196 ulasan :

LeMaNtO berkata...

salam. Sy ingin bertanya. sy ada mslh kipan x berpusing. Adakah ia boleh dibaiki?

LeMaNtO berkata...

salam. Sy ingin bertanya. sy ada mslh kipan x berpusing. Adakah ia boleh dibaiki?

Wai Bee berkata...

Salam.. boleh lagi tuan..

Unknown berkata...

Salam.. Peti ais saya langsung tidak berfungsi(tidak hidup)dah check elektrik supply ada.. Apa masalah tu

Wai Bee berkata...

Salam.. mgkin termostat atau compressor problem.. kena check satu persatu aliran perjalanan elektrik tu..

Unknown berkata...

Kalau repair tu berapa kos.

Wai Bee berkata...

X pasti, kena tahu apa masalah sbenar, mgkin juga hanya wayar terlepas ke, apa ke..

Farra berkata...

Sy nk tnya..kenapa peti ais sy .. Air menitik masuk dalam peti ais .. Dlm peti ais sntiasa basah .. Sbb ade air menitik.. Dh slowkn suhu ...tggi kn shu sama jgk...mcm mana ye..

Wai Bee berkata...

Sumbat Kat drain pipe dia menuju ke tray belakang, awk kena jolok pakai dawai dr lubang air keluar tu.. cubalah..

Unknown berkata...

tuan kalau peti sejuk di sambar petir komponen ape yang selalunya akan rosak ye

Unknown berkata...

tuan kalau peti sejuk di sambar petir komponen ape yang selalunya akan rosak ye

Wai Bee berkata...

Klu kena petir, biasanya board yg rosak, dkt fius dan lighting protection..

Unknown berkata...

Peti sejuk saya tiba-tiba tak berfungsi. Fius, breaker box, semua ok. Apa masalah dia ya?

Wai Bee berkata...

Ikut turutan sperti thread di atas, klu fius ok, check mgkin ada wayar longgar atau terlepas..check guna test pen dan sebaiknya guna multimeter..

Unknown berkata...

tuan..fan diruang freezer terus berpusing..ais x membeku dn ruangan bawah kurang sejuk..tq.

Unknown berkata...

tuan..fan diruang freezer terus berpusing..ais x membeku dn ruangan bawah kurang sejuk..tq.

Unknown berkata...

tuan..fan diruang freezer terus berpusing..ais x membeku dn ruangan bawah kurang sejuk..tq.

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
playboye berkata...

As'salamualaikum... bang sy nak tanya sy punya peti sejuk compressor x berfungsi, bila sy tukar relay dan pinjam overload secondhand dari technician compressor hidup dalam 2saat lepastu mati nanti dalam beberapa minit dia hidup balik dan mati balik, tu apa masalah ye???

Wai Bee berkata...

Ye tuan.. smpai 3x post.. hehe.. kmgkinan masalah pd heater yg tidak dpt defrost ais, is dikawal oleh timer dan berhujung kait dgn therma fuse, check 3 serangkai ini dulu tuan, panggil pomen utk check..:)

Wai Bee berkata...

Waalaikumsalam.. klu mcm tu, compressor tu dh rosak tuan.. kena tukar compresor baru ye..

Unknown berkata...

Salam tn...nak tanya.. Peti ais sy baru2 ni kalo on main suis utamaa akan tendang....tukar fius...tukar plug....semua masih tendang. Kenapa tn

Unknown berkata...

Salam tn...nak tanya.. Peti ais sy baru2 ni kalo on main suis utamaa akan tendang....tukar fius...tukar plug....semua masih tendang. Kenapa tn

Wai Bee berkata...

Salam, klu peti ais satu pintu, compressor dia rosak, klu peti ais Dua pintu, compressor atau heater dia yg rosak

Unknown berkata...

Omak aii...peti ais sy dua pintu...heater tu di sebelah mana n cost dia bang kalo tahu...

Wai Bee berkata...

Heater Kat bawah cooling coil, harga dia dlm rm40 satu

Unknown berkata...

Kalo kompreser plak brapa rega

Unknown berkata...

Kalo kompreser plak brapa rega

Wai Bee berkata...

Klu Comp peti Dua pintu dlm rm380

Unknown berkata...

Salam tuan. Peti samsung yg ade panel suhu pada pintu kiri. Selalu berpeluh kt panel tu. Ape masalah ye?

Wai Bee berkata...

Salam, mgkin getah seal atau gasket dia dh rosak jd air boleh masuk dlm

Unknown berkata...

Salam bos kenapa peti ais saya kurang sejuk, tmpt simpan ais pulak pada suhu biasa je

Assideq Ridzuan berkata...

Salam. Sy nak tanya pasal kipas meja saya. Saya selalu pasang je, tapi sebab sejuk dua tiga hari ni saya tutup, lepastu nak bukak terus dia tak pusing dah. Tapi motor still jalan. Boleh repair lg ke? Apa yg saya boleh buat?

Wai Bee berkata...

Salam.. mgkin bhgn bearing dia yg sangkut @ jammed.. kena buka dan letak myk gris kat bhgn bearing dan shaft juga bhgn gear di blkg kipas tu..

ahmad berkata...

Assalam tuan..tumpang tanya peti ais saya...2 pintu...bahgian frezer sejuk tapi tahap x membeku..bile sye bukak..blakang tu jadi ketulan ais...adakah punce dari pemanas heater die??

Unknown berkata...

As salam.
Peti ais berhenti tiba2 dan ada bunyi pada compressor tp tidak berfungsi utk sejukan.....adakah masalah thermosrat

Dilshad berkata...

asalam nak tany
kena peti ais saya tetiba tak sejuk,peti ais saya jenis sejuk beku kat bwah,bhgn sejuk dingin xsejuk sangat dan tetiba bhgn sejuk beku ada ais beku air datang dari mana entah.tq bnyk2

Unknown berkata...

Kipas penyejuk ok.bhngian bawah masih tk sejuk

Wai Bee berkata...

Waalaikumsalam. Biasanya masalah drpd defrost thermostat. Tp boleh check sekali timer dgn heater kerana tiga ni serangkai 😊

Wai Bee berkata...

Waalaikumsalam.. kena check dulu baru tahu masalah dia.. mgkin berpunca dr pemampat sendri

Wai Bee berkata...

Waalaikumsalam.. dh brapa thn usia peti ais tu? Getah pintu masih elok x? Mgkin Ada yg selalu buka tutup peti ais tu

Wai Bee berkata...

Kena diagnosis dulu beberapa perkara :
- usia Peri ais,
- selalu x buka tutup pintu,
- getah pintu masih ok ke x,
- pernah kena baiki x sblm ni,
- setting termostat tinggi x?
- byk tak brg muatan dlm tu?

Unknown berkata...

Nk tnya peti sejok sharp ade 2 pintu 1 atas tmpat pembeku 2 dibawh temapt sjuk...klu atas sjuk n bawah x sejuk ape maslah nye tu tuan

Unknown berkata...

Salam tuan, nak tanya, refrigerator sharp hybrid tak sejuk, freezer kat bawah sejuk. Apa masalahnya tuan. Waranty baru je habis..huhu

Unknown berkata...

salam..compressor tak jalan tpi eletrik masuk lepas tukar overload dan relay trus jalan..lepas 8 jam timer habis pusing dua cut compressor dan sepatutnya jalan balik tpi tak jalan..nk tukar apa lagi yaa

Unknown berkata...

Salam..bos nk tanya..kenapa kat lubang drain pipe ada minyak.

FIQ berkata...

Hi boss... Nk tanya, peti sejuk saya kalau on suis je db jatuh... Kenqpa ya?

Wai Bee berkata...

Sori lmbt reply.. biasanya klu mcm tu ais dh merebak di bghn atas sehingga menyebabkan saluran angin ke be tersumbat atau pun kipas atas tu ada masalah

Wai Bee berkata...

Salam. Kena check betul2 takut pcb board dia problem, cuba offkan semalaman dulu peti sejuk tu..

Wai Bee berkata...

Salam.. mgkin masalah timer sbb dia x dpt nk cut in semula compresor tu..

Wai Bee berkata...

Salam, mgkin myk drpd bahan makanan.. sbb klu myk dr compresor mustahil ia akan keluar ke situ..

Wai Bee berkata...

Hai.. klu peti sejuk 2 pintu selalunya heater dia ataupun compresor yg ada masalah lalu myebabkab suis db jatuh, yg jatuh tu MCB ke Main Switch dia?

sangnaruto berkata...

Salam tuan, peti ais sy jnama LG.mslh dia JD x sejuk.. kmgknn mslh utama dia Bkaitan apa ye? Kos utk repair anggaran brapa? Trma Kasih tuan

sangnaruto berkata...

Oh ya peti ais LG 2 pintu

Unknown berkata...

Slm...Peti ais panasonic saya berbunyi mcm degupan jantung pada bahagian tepi bawah peti ais...kuat plak tu...kenape ye?

Mizpal Ali berkata...

Salam tuan... sy mhu tanya.. wyr yg dismbung ke kipas peti sjuk smsung 2 pintu mmang dua2 byar hidup ke atau wyr pti sjuk to ada trip? Sbb sy cek dgn test pen dua2 wyar hdup..

Wai Bee berkata...

Salam tuan, klu x sejuk ni disebabkan byk faktor, kena check dulu compresor dia on ke tidak, klu on bergegar ke tak, klu bergegar, dia panas ke tidak, lps tu check stainer dia, sejuk atau panas suam, Dan byk lg nk kena check dan perati, sy ada buat thread mengesan kerosakan peti ais ni.. Cuba baca situ..

Wai Bee berkata...

Salam.. bunyi dup dap dup dap ke tuan.. x pasti pulak sy.. mgkin mmg compr tu yg problem..

Wai Bee berkata...

Salam kembali.. klu ikut logik, satu wayar life satu neutral, hanya life sj yg ada elektrik, ada lampu klu check dgn test pen. Klu dua2 menyala mmg ada masalah samaada dr peti ais atau dr punca bekalan..

Unknown berkata...

salam tuan..saya ada masalah dengan kipas sentiasa berbunyi,tp bahagian bawah tak sejuk..

Unknown berkata...

salam tuan kalau dibuka pintu kipas terus off dan kalau ditutup pintu bahagian bawah kipas on..tp bahagian bawah tak sejuk...

Wai Bee berkata...

Salam.. klu kipas ada menghasilkan bunyi yg sedikit bising drpd biasa, bermakna mmg ada masalah pd coil kipas tersebut, jika pusingannya slow maka udara sejuk yg dihantar ke ruangan bwh akan berkurangan

Unknown berkata...

assalam.. tuan,saya nak tanya peti ais saya jenama toshiba tetibe bahagian atas dan bawah tak sejuk kenapa ya? tq

Unknown berkata...

Assalamualaikum, saya nak bertanya. Peti ais saya ada dua pintu atas dan bawah. Ats beku dan bawah normal. Peti ais bahagian beku saya normal, tetapi bahagian bawah saya tidak kadang kadang sejuk kadang tidak. Dan apabila tidak sejuk terdapat lelehan air di bahagian bawah. Kenapa ya? terima kasih.

Wai Bee berkata...

Waalaikumsalam.. Cuba tgk dan dgr compresor Kat blkg tu ada bunyi tak? Klu ada bunyi Cuba pegang ada rasa panas Tak? Strainer pun pegang Ada rasa panas Tak?

Wai Bee berkata...

Waalaikumsalam.. brapa lama dh usia peti ais tu? Klu ada lelehan air tu maksudnya sumbat Kat saluran buangan air dgn lendiran sisa makanan. Klu peti ais bghn bwh kejap sejuk kejap x biasanya masalah defrost thermostat yg berada kat bhgn atas kat tmpt cooling coil..

Mun80 berkata...

Salam tuan nak tanya..peti ais tdk boleh on selepas blakunya litar pintas...apa kerosakan yg blaku ke atas peti ais tsebut tuan..

Wai Bee berkata...

Salam.. mgkin masalah pada compressor dia..

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum. Sy baru beli peti ais samsung hampir 2 taun.sblm ni ok tp lepas sy defrost sbb (nampak ada ketulan ais melekat pd lubang udara)..sy dapati bahagian bawah x berapa sejuk. Kenapa dan kena repair ke

Unknown berkata...

Salam Tuan,
Frizer saya 2 pintu jenama Samsung. Dah berusia hampir 12 tahun.Bahagian atas (beku) masih berfungsi mcm biasa. Tapi bahagian bawah dah X sejuk! Ada lelehen air dari bahagian ini. Bolehkah saya perbaiki sendiri masalah ini tuan?
Terima Kasih

Wai Bee berkata...

Waalaikumsalam.. biasanya klu lps defost dia akan ok tu. Ais yg menebal tu yg menyebabkan udara sejuk dr atas x dpt turun ke bwh kerana tersekat.. x perlu repair tu..

Wai Bee berkata...

Salam.. Cuba offkan dulu peti ais tu semalaman. Esok pg boleh onkan semula. Air yg meleleh tu disebabkan oleh saluran keluar ke dulang tadahan sudah tersumbat. Boleh repair sendiri dgn cara menuang air suam sikit 2 dan cucuk dawai lembut ke dlm lubang tersebut. Selamat mencuba..

Tanpa Nama berkata...

Sy guna peti ais twin cooling. Tp sy defrost x habis betul2. Cuma cairkan bhgn bawah yg ada ais block kt lubang udara. Ari ni sy tengok ais tu ada balik di lubang tersebut.

Unknown berkata...

Salam boss...peti ais 2 pintu Toshiba xsjuk..apa punca nya?

Unknown berkata...

Assalamualaikum tuan ,saya ingin bertanya ,peti sejuk saya dirumah jenis hitachi 1 pintu dan sejak semalam peti sejuk itu tak sejuk lagi, apabila saya check arus ada, dan compressor tak berbunyi tapi panas ,apakah kompenen yang perlu diganti?

Wai Bee berkata...

Waalaikumsalam.. Cuba tukar relay dan overload pd compressor tu..

Wai Bee berkata...

Salam.. check current dia dr mula smpai Kat mana dia berenti..

AbbyHaslina23 berkata...

TQ sharing info dan ilmu. Ramai yg dpt manfaat dari blog tuan.

AbbyHaslina23 berkata...

Tuan. Peti ais sy umur 2 thn. Bulan lepas rosak bahagian freezer tak sejuk sgt. Tak boleh buat ais. Bahagian bawah tak sejuk. Dah tukar thermo sensor +timer kata pomen. Semalam rosak balik. Benda yg sama. Ape patut sy buat? Nak repair sendiri kali ni. Compressor bunyi lembut je.biasanya kuat dan body peti ais tak panas mcm yg biasa.

Wai Bee berkata...

Alhamdulillah.. terima kasih 😊

Wai Bee berkata...

Boleh sy tau brand apa peti ais tu? Baru lg tu klu 2 thn. Mmg biasa yg problem, defrost thermostat, timer dan heater. Tp mgkin juga kipas diatas. Mgkin juga termostat utk setting 1-5 tu yg rosak. Relay dgn overload pd compresor pun kena check juga.. takut salah satu ni problem, dia akan effect pd yg lain

AbbyHaslina23 berkata...

Brand Hitachi.

Wai Bee berkata...

Mcmana perkembangan setakat ni? Dh Cuba offkan peti ais tu semalaman? Esok pg baru on kan balik..

Unknown berkata...

Tuan tolong bagi no, saya ingin col utk bertanya lebih lanjut tentang peti sejuk saya freeze di bahagian bawah kurang sejuk beku, pelarat di no 2, tapi ikan & ayam lebih 5 jam masih kurang sejuk..

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

salam..nk tnya..freezer sy sjuk..cuma xbeku sja..

Unknown berkata...

Salam... Compressor freezer sy hidup.. Panas n ada ada bunyi... Tpi knpe freezer x hidup yea... Ingin kepastian

Unknown berkata...

Salam... Compressor freezer sy hidup.. Panas & ada bunyi... Tpi knpe freezer x sejuk yea... Ingin kepastian

BalasPadam

Unknown berkata...

Salam... Compressor freezer sy hidup.. Panas & ada bunyi... Tpi knpe freezer x sejuk yea... Ingin kepastian

Wai Bee berkata...

Salam kembali.. klu compresor hidup dan terasa panas bermakna ia ok, Cuba sentuh strainer rasa panas x? Klu panas ok, klu sejuk bermakna freezer tuan dh sumbat.

Unknown berkata...

Salam tuan,kalau bil meningkat terlalu mendadak adakah ia berpunca dari kerosakan peti ais?apakah yg perlu dibaiki

Wai Bee berkata...

Salam.. saya rasa bukan berpunca dr peti ais sbb ampere dia rendah. Yg tinggi ampere dia peralatan yg Ada heater sperti oven, microwave, electric shower home, aircond (Ada compressor)..

iwan berkata...

Skm.smsung 2 pntu.invertr.smlm tba2 x sjuk.check cooling coil xde ice.ade bunyi air mglir msa on dkt coil.kpas jln.comp jln.pnas normal.filter x sjuk.heater.termtat check ok.gas habis ke agkne? Cri bocor mcm xde je.agk2 bos ape mslhnye.sblm nk cri pomen.nti di tipunye mcm2 plk

Wai Bee berkata...

Salam tuan, point yg sy dpt tangkap kat sini ialah filter sejuk.. sepatutnya filter mesti rasa panas.. klu sejuk mmg problem.. biasanya sumbat dlm sistem terutamanya Kat capillary tube.. jd kena flushing utk buang benda yg menyebabkan nya tersumbat..

Unknown berkata...

Hi tuan.. Peti sejuk sy bila on semua jalan.. Tpi lps berhenti tu bila running balik compressor hanya berdenggung sja mcm motor tak jalan je.. Apa masalah dan apa yg harus diganti?

Unknown berkata...

Peti sejuk LG

Wai Bee berkata...

Klu mcm tu Cuba ganti relay dulu, try Google fridge compresor relay

iwan berkata...

Smbungn...
Sya rsa filter tak sjuk.sya genggam msa frige dh running lama.rsa suam2 je.
Klu dlm coil ade bnyi air mglir tu ape jangkaan tuan?
Flusing tu kne buang gas la mknenye ye?

Wai Bee berkata...

Klu bunyi air tu ialah bunyi bahan pendingin yg mengalir dlm bentuk liquid dan bertukar ke gas, ade belajar asas kan? Flushing tu Kita keluarkan sebarang benda asing dan kotoran dlm piping tu..

Putri Shiema berkata...

Peti sejuk sy bahagian beku elok sejuk..tp bahagian bwh x sejuk langsung..ape masalah nye agak2 ye..

Wai Bee berkata...

Biasanya masalah defrost thermostat, tetapi lbh baik check dgn detail kerana mgkin juga kipas, heater atau timer yg problem..

mummy baby berkata...

Tuan kenapa ye peti ais 2 pintu sy x sejuk tapi kipas berpusing. Sebelum ni pernah jadi tp langsung x berpusing dan tukar timer ok blk. kali ni jd blk dan air mengalir bwhnya.

Wai Bee berkata...

Biasanya masalah defrost thermostat, tetapi lbh baik check dgn detail kerana mgkin juga kipas, heater atau timer yg problem..

Unknown berkata...

Kalau fius fan problem berapa harga jual tu arr Tuan?

Wai Bee berkata...

Klu thermal fuse utk fan tu murah je harga di bawah rm10 . Maaf sy x dpt nk letak harga terus sbb ikut tmpt dan ikut spec fuse jugak..

Fazli berkata...

Petk sejuk saya langsung tidak berfungsi seperti tiada aliran arus elektrik yg masuk.plug 3pin ok dan peti sejuk 2pintu ni mula jadi mcm ni bila saya membasuh dgn menyembur air di dalam peti sejuk yg naik berkulat akibat lama tidak di on.sebelum kerosakan yg saya katakan tadi ada bau hangit bila saya cuba on peti sejuk selepas dibasuh.jadi kemungkinan apa kerosakkan peti sejuk ni yg baru berusia 4tahun

Hanaffi berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Hanaffi berkata...

Boleh bantu sy?

Hanaffi berkata...

Pti ais sy bwh tk sejuk tp atas berfungsi seperti biase knp ye..

adlan nizar adnan berkata...

Berapa kos utk tukar kompresor? Tq

Wai Bee berkata...

Kmgkinan terkena air semasa awk sembur dgn air.. Cuba suruh pomen yg pakar utk check dgn detail..

Wai Bee berkata...

Ni soalan popular.. byk Kali dh jwb soalan ni, ia kena menaip dgn panjang lebar.. tggu sy buat thread khas utk soalan ni ye.. tggu ye sy buat kesimpulan khas utk soalan ni.. inshaAllah

Wai Bee berkata...

Klu peti ais satu pintu Kos mgkin mencecah dom rm450 - rm500. Sebaiknya drpd tukar compresor baru baik beli peti sejuk baru 😊

Unknown berkata...

Assalam tuan,nk bertanya..kenapa bila on peti sejuk dlam 30 minit main breaker tendang(off) adakah masalah heater? Satu lg dye punya thermofuse mcam beruap air..please help

Wai Bee berkata...

Waalaikumsalam Mohd hafiz. Penyebab main breaker tendang biasanya heater ataupun compresor. Klu thermofuse tu berwap maka Kenna tukar yg baru..

Unknown berkata...

Brapa biasanya jumlah kerugian tukar heater peti 2 pintu brand hitachi? Kalau jemur thermofuse pon mmg xleh pakai ya?

Wai Bee berkata...

Klu harga heater saja dlm rm40 ++
Tp klu pomen yg buat kena tmbh caj lain. Thermofuse x boleh jemur, dia dh rosak seal dia tu.. kena tukar yg baru..

Hanaffi berkata...

Ok trime kasih.. klo bole senarai brg ape yg biase rosak utk maslah ni.. biar sy check stu2

Unknown berkata...

Satu lg,kalau sya tidak menggunakan heater tersebut,adakah peti ais masih boleh diguna buat sementara waktu..trima kasih tuan

Unknown berkata...

Tuan ada jual?

Wai Bee berkata...

Maaf sy xde jual, dan soalan awk Tanya tu sy pun x pernah Cuba, klu ikut teori, mmg akan problem sbb heater tu connect dgn timer dan compresor.. wlupun peti sejuk boleh on, tp kitaran kerja timer akan terganggu sbb heater dan thermofuse problem

Unknown berkata...

salam tuan..peti ais mini sy mslhnya x sejuk..bila on peti mcm tiada mslh lain..comp pn hdp dan klu disentuh luaran peti pun terasa panas..cuma dalaman tdk sejuk..knp ye?

Wai Bee berkata...

Salam.. klu mcm tu sistem piping peti sejuk tu dh tersumbat, cube pegang strainer, panas ke sejuk? Nk selesaikan masalah ni tuan kena flushing piping,tukar strainer. Sebaiknya tukar myk compresor sekali bg dia running mcm baru 😁

Unknown berkata...

Salam..sy nak tnya peti ais sy ni..atas sejuk bawah frozen...masa rosak hari tu yg bahagian sejuk semua jdi frozen..pastu yg sejuk trus xleh pakai...frozen still okay..boleh tahu tak rosak apa tu..dan brapa harga untuk repair?

mira berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
mira berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Wai Bee berkata...

Salam Yazid, klu jd begitu biasanya disebabkan oleh getah pintu yg rosak ataupun terlalu kerap membuka pintu ataupun terlupa menutup pintu dgn rapat dlm tempoh yg lama. Apa yg awk perlu buat ialah, mula2 offkan peti sejuk tu sehari semalam utk mencairkan ais di dlm tu. Lps tu baru try onkan.. ok nti bgtau perkembangan dia ye.. klu x jd jgk sy bgtau step yg seterusnya.. inshaAllah..

Wai Bee berkata...

Alhamdulillah.. sama2 😊

Unknown berkata...

Assalam...peti sejuk sy jnama panasonic inverter...lps flush system dan masokkn gas dia on dlm 3saat shj lps tu kompressor mati...tp bla kluarkn gas n on dia ok ja...knpa ya?

Wai Bee berkata...

Waalaikumsalam..
1. Gas jenis apa? R134a ke?
2. Strainer dh tukar?
3. Sblm isi gas Ada buat vakum?
4. Flushing pd paip discharge dgn suction ke?
5. Relay dgn overload ok?
6. Board elektronik dia dlm keadaan ok?
9. Dpat brapa psi masa isi gas tu?

Yuyu berkata...

Salam tuan. Peti sejuk sy jenama panasonic yg jnis bekubkt bwh tu.. kenapa ye die berbunyi kuat ?? Klu bukak pintu peti bunyi tu hilang..

Megat berkata...

Salam tuan.. Ni masalah pada freezer saya, baru je jadi... bila di on... takde elektrik.. lampu dia pun tak menyala. Dah check kat plug 3pin tu.. semuanya ok... dah siap tukar fius lagi.. selalu nya kalau befini apa masalah nya... esok dah hari minggu.. mana nak cari wireman... dahlah stok barang niaga banyak dalam tu...

Rosniwati Jamaludin berkata...

assalamualaykum. freezer saya sejuk, tapi tak membeku. Bunyi freezer kejap ada..nanti seketika hilang, pastu ada balik. Lampu merah nyala, hijau tak nyala. Pegang kawasan motor masih panas? Ini masalah kompressor ke?

Azj berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Azj berkata...

Assalamualaikum tuan..baru2 ini pintu peti ais tidak tutup rapat selama 2hari(sb balik kampung😅)..kemudian selepas 2 hari peti ais sya sudah tidak brrfungsi lagi.jadi saya nak tahu apakah kerosakan yg berlaku akibat pintu dri perbuatan itu..sekian.terima kasih.

Azj berkata...

Assalamualaikum tuan..baru2 ini pintu peti ais tidak tutup rapat selama 2hari(sb balik kampung😅)..kemudian selepas 2 hari peti ais sya sudah tidak brrfungsi lagi.jadi saya nak tahu apakah kerosakan yg berlaku akibat pintu dri perbuatan itu..sekian.terima kasih.

Azj berkata...

Assalamualaikum tuan..baru2 ini pintu peti ais tidak tutup rapat selama 2hari(sb balik kampung😅)..kemudian selepas 2 hari peti ais sya sudah tidak brrfungsi lagi.jadi saya nak tahu apakah kerosakan yg berlaku akibat pintu dri perbuatan itu..sekian.terima kasih..

Unknown berkata...

tuan.. peti ais saya tak sejuk atas dan bawah.. ada bunyi ting tapi compressor saya tak jalan..apa punca?

rizaldo berkata...

Assalamualaikum tuan, peti ais saya jenis Samsung 2 pintu..sebelum ini saya selalu off/on peti ais ni disebabkan ia diletakkan di homestay..so sekarang tak tiba2 tak berfungsi..fius soket dah ganti tapi ada sekali kompresor running pasti tiba2 ia off sendiri sampaila sekarang dah tak boleh dihidupkan lagi..apakah punca masalah ni ye.

Nida berkata...

Assalam, peti sejuk sy jenis panasonic. Di rumahrsy ada Masalah aliran electrik tak stabil dan tiba2 sy dengar ada bunyi letupan pd petisejuk. Sy dah tukar fius pada plug dan tukar ke power socket lain tetapi masih tidak berfungsi. Harap tuan dpt Bantu sy, komponen apa sebenarnya yg rosak.

Unknown berkata...

Tuan hrga compressor peti beku saiz 6kaki brape hrga..

n_luvdaone berkata...

Peri sejuk 2 pintu jenis samsung sebelum pkai ok.selepas di off kn beberapa minggu utk pindah bila on peti sejuk tidak begitu sejuk.selepas pakai beberapa minggu ada bunyi kipas n berdengung tp hnya ada udara pnas sahaja.tidak sejuk langsung atas n bawah.boleh tak tahu kenapa ye?

Unknown berkata...

Assalam.. Baguslh encik nie. Bnyk bg ilmu. Sy pun nk tnya jugalh.peti sy ada masalh x sejuk.yg beku tu sejuk tp x membeku. Ada bunyi yg kuat. Dh tukar kps dah hilang bunyi. Tp masalh lama ada lg. Tp2 x sejuk n beku. Bila off skjp n on blk dia akn kembali sejuk. Adakah sy dah d tipu pomeng yg mengatakn kps peti tu yg rosak? Minta penjelasan sblm panggil pomeng lg .Huhuhu. Tq

Unknown berkata...

Bunyi bising kat compresor...tdk begegar tapi dia panas....padahal compreser baru 5 bulan pakai

Unknown berkata...

Hai, mcm mana pulak kalau wayar dlm peti sejuk tuh saya tercucuk dengan pisau ,pastu bunyi mcm gas yg keluar ,apa yg perlu sya lakukan?

Unknown berkata...

Tuan saya punye masalah yang Sama tercucuk pisau dan keluar gas.. Ape perlu sy buat.. Boleh x lg sy nknonn peti sejuk tu

Wai Bee berkata...

Assalamualaikum semua.. selamat hari raya Aidilfitri.. maaf zahir batin.. saya minta maaf byk2 sbb terlepas pandang komen2 anda semua sbb emel saya tak alert ada komen dari blog ni tak macam biasa.. :(

Ok sy jawab satu satu ye ikut Tarikh soalan :

26 Mei 2018 - 1:48 pagi - yg berbunyi kuat tu ialah kipas sbb klu awk buka pintu dia bunyi tu hilang, cuba offkan dulu peti ais awk utk cairkan ais dan cube check kipas tu sekali ye..


27 Mei 2018 - 1.43 pagi - klu freezer tu xde elektrik wlupun awk dh tukar fius, saya agak masalah pada thermostat sbb dia yg dpt supply dulu sebelum pergi ke compressor dan lampu cabinet.


28 Mei 2018 Rosniwati Jamaludin - masalah freezer sejuk tp x membeku, biasanya masalah dr compressor dan selalunya masalah system, ia tersumbat di bahagian strainer atau filter. kena buat flushing dulu tukar filter dan isi gas balik.


28 mei 2018 azj sevenheaven - peti ais tidak tutup rapat menyebabkan ais membentuk terlalu tebal sekali gus compressor akan cut off. Jd awk ofkan dulu supply dr plug 3 pin biarkan peti ais mencairkan ais dan bersihkan apa yg patut, kemudian barulah awk onkan semula.


1 jun Zulfadhly Zunkifli - pastikan compressor jalan dulu dgn cara check relay dan overload pada compressor tu. panggil pomen yg pakar utk check ye..


8 jun Rizaldo - waalaikumsalam. itu kena check thermostat, relay dan overload pd compressor sbb part ni yg bagi current utk hidupkan compressor. kadang2 boleh jd masalah pd pcb board jika peti ais tu menggunakan pcb board.


8 jun siti hanidah maksom - klu ada bunyi letupan, kenal pasti kat mana tmpt dia, klu bkn pd plug, biasanya pada board dlm peti ais tu jika ada board ataupun pada komponen relay dan overload.


23 jun - harga compressor peti sejuk 6 kaki mgkin dlm rm400 ++


24 jun n luvdaone - selalunya jika berpindah, minyak peti sejuk tu akan bergerak dari compressor, saya agak minyak compressor dah naik ke cooling coil.. jd kena buat flushing, tukar strainer, vakum dan isi gas semula..

Unknown berkata...

Salam petu sejuk ciller .nak tanya comperasor tak berhenti termostat dah ganti apa timer defros problem ke?

Wai Bee berkata...

25 jun - pasal kipas tu mmg betul juga, tp kalau masalah berulang iaitu ia sejuk tp tak beku biasanya disebabkan system tersumbat (minor). Kena buat flushing, tukar strainer, vakum dan isi gas semula.


27 jun - ada masalah compressor tu..


30 jun - kalau tercucuk dgn pisau, kena tampal kat tempat yg keluar gas tu, vakum dan isi gas semula. Tp lagi baik klu tukar minyak compressor dan strainer sekali.


1 julai - hanaffi Othman - klu tercucuk pisau mmg kena tampal kat tempat yg bocor tu. jangan onkan lagi peti sejuk tu kerana air akan masuk ke dlm system melalui tmpt yg bocor tu.

Asifah berkata...

Strainer apa ye tuklau frezer trsumbt mcmana nk btulkn

Wai Bee berkata...

Strainer tu penapis pada bahagian system, terletak kat area pemampat tu, klu freezer tersumbat mmg kena flushing ye..

Unknown berkata...

salam.saya nak tanya ni peti saya 2 pintu bhagian beku sejuk.bhagian bwh x sejuk langsung.kipas x berpusing.berkarat.

Unknown berkata...

Assalam Tuan..
Peti aia saya 2 pintu jenama sharp..sy beli pada janyari 2014..l.kurang sebulan ni, sy dapati ada air meleleh ke lantai rumah saya bawah peti ais..bila saya check, sy tgk bhgian dlm peti pintu bawah (lubang angin) ada titisan air kemungkinan dari situ..tetapi peti ais sy masih sejuk di dlm kedua2 pintu..
1) Apakah masalah yg nenyebabkan air keluar sehingga meleleh ke lantai bawah peti ais?
2) Apa perlu saya lakukan?
3) Berapakah kos untuk baikpulih kerosakan tersebut?

Mohon pendapat dari Tuan..Terima kasih sy ucapkan dan sangat bagus ruangan ini dibuat oleh Tuan..

Pyancyti berkata...

Mohon pandangan tuan..peti ais jenama sharp..on je kompressor idup bila pgang pns..cuma xsejuk..mcm nn nk buat

Wai Bee berkata...

Salam.. kena tukar kipas tu..

Wai Bee berkata...

Waalaikumsalam.. sy ade buat thread berkenaan dgn masalah tuan ni.. Cuba Cari thread tu.. Kat dpn Saya rasa.. tuan baca penyelesaian Kat situ ye.. boleh buat sendiri tanpa perlu panggil pomen peti ais..

Wai Bee berkata...

Strainer di tepi compressor tu panas Tak? Klu sejuk bermakna sistem sumbat, kena flushing dan isi gas semula..

Unknown berkata...

Assamualaikum..abg saya nok tya peti saya psg tiga hari atau 4 hari dia beku lepas pada tu jadi tok beku apo masaalahnya .

Wai Bee berkata...

Waalaikumsalam.. mgkin msalah termostat, mgkin juga getah pintu, mgkin jg compresor, mgkin jg strainer.. kena check satu satu..

Unknown berkata...

slm, peti sejuk sharp 2pintu sye totaly blackout..ape msaalh'y tu?

Unknown berkata...

Assalam..knpa freezer kt umh sya ni bla on suis lgsg x sejuk dan lgsg xde tndk balas dr freezer ni..sblm ni,,x beku mna dan xsejuk mna bla on freezer ni..ape mslh yer tuan

Unknown berkata...

Assalam...tuan,peti ais toshiba 1 pintu sy dh on suis tp x de bunyi apa2 senyap je...lampu dlm.tak nyala dan x sejuk mcm suis off je...apa masalah tuan

Wai Bee berkata...

Salam, mgkin current x sampai ke lanpu dan compressor..

Wai Bee berkata...

Waalaikumsalam...mgkin masalah termostat, mgkin juga masalah compressor, mgkin juga part yg lain, kena check satu2

Wai Bee berkata...

Waalaikumsalam...mgkin masalah termostat, mgkin juga masalah compressor, mgkin juga part yg lain, kena check satu2, boleh panggil pomen yg pakar utk check ye..

Unknown berkata...

Slm tuan, sya dah tukar relay baru tp comp x hidup dan bekalan life ke (overload) ada dan ringtangan CSR semua ok peti ais hitachi 2pintu

Unknown berkata...

Salam tuan. Peti ais saya jenis samsung kejap on off. Sekarang dah off terus. Apa punca ya.

Unknown berkata...

Dan lampu dalam dah tak nyala

Wai Bee berkata...

Salam Mat ayen, kadang2 masalah pada compressor itu sendiri, mgkin rintangan penebatan sudah tidak elok..

Iqbal, nak kena check satu satu tu.. sama ada thermostat, relay, overload, timer, heater dll. atau masalah compressor sendiri..

Unknown berkata...

Sya syak comp out dh tu sbb sy cek tadi ada stu terminal x dpt bacaan, bila masuk kan overload baru dan relay baru trus terbakar dan comp pn x idup.

Unknown berkata...

Baru beli peti sejuk jenis Hisense. Baru on dan dinding tepi sebelah kiri ( berdiri mengadap peti) sgt panas. Nak letak tapak tgn 2 saat pun tk boleh. Sgt panas. Apa mslhnya?

Unknown berkata...

Peti ais jrnama elba.. Bila on compreser ada bunyi tapi kiri kanan peti ais tak panas.. Compreser panas. .Peti ais sejuk sedikit bahagian atas. .Apa yg berlaku sebenarnya...

Unknown berkata...

Sambungan dri atas. .bahagian atas peti ais saya tak sejuk.tapi mengeluarkan angin dilubang2 tu. Adakah masalh compreser

Unknown berkata...

sejak akhir ni sy perhatikan compressor peti sejuk sy mcm non stop..adakah ia normal..tp sejuk semua ok..bukan sepatutnya kalau dh ckup sejuk ia off kan?..mohon pandangan tuan...

Unknown berkata...

Assalamualaikum.. tuan.. mohon bertanya.. peti ais sy 2 pintu jenama sharp.. bila on switch. Compressor hidup 3-4 saat sahaja.. kemudahan mati semula.. hidup dan mati semula berulang2. Compressor Panas. Mohon bantuan masih at dr tuan.. terima kasih.

Unknown berkata...

Assalam.. tuan, saya nak bertanya. peti ais sya 2 pntu jenama sharp,dibahagian ais, skjp sjuk skjp tidak..apa masalahnya tuan?

Unknown berkata...

Salam..sy nk tanya.peti ais sy jenis 2 pintu..peti ais sy tiba2 mati sendiri.bile on blk dalam 2,3 jam mati semula.tp peti ais tu sejuk.masalah hanya tiba2 mati sendiri..

Wai Bee berkata...

Itu mmg normal, proses kondensasi.. mula2 mmg panas kuat, lama2 nti dia akan berkurangan panas dia..

Wai Bee berkata...

Biasanya keadaan begini disebabkan oleh sistem piping yg tersumbat.. kena flushing, tukar strainer dan check kondisi myk compressor, mgkin kurang atau sudah Kotor.. lps servis semua tu barulah prestasi peti sejuk akan jd umphh..

Wai Bee berkata...

Masalah keseluruhan sistem, kena buat servis, flushing, tukar strainer, tukar myk compressor jika perlu, vakum dan isi gas yg baru..

Wai Bee berkata...

Ia sepatutnya akan cut off jika suhu sudah mencapai thp tertentu. Klu x mgkin ada masalah lain sprti getah pintu sudah rosak, kerap membuka pintu peti ais, kegagalan termostat membaca suhu dan kegagalan compressor itu sendiri utk cut off

Wai Bee berkata...

Waalaikumsalam.. itu masalah compressor tuan. Tapi sblm itu cuba tukar dulu relay dgn overload dia. Klu mAsih juga, compressor tu yg kena tukar.. Kos mgkin dlm rm400 - 500

Wai Bee berkata...

Waalaikumsalam.. kena servis buat flushing, tukar strainer, tukar myk compressor, vakum dan isi gas yg baru..

Wai Bee berkata...

Salam.. klu begitu dia cut off tu.. buat masa ni mgkin itu normal.. kerana peti ais masih sejuk kan..

Wai Bee berkata...

Salam.. klu begitu dia cut off tu.. buat masa ni mgkin itu normal.. kerana peti ais masih sejuk kan..

Wai Bee berkata...

Waalaikumsalam.. kena servis buat flushing, tukar strainer, tukar myk compressor, vakum dan isi gas yg baru..

Unknown berkata...

Nak tanya dgn tuan2 yg pernah kena masalah chiller tidak sejuk

Wai Bee berkata...

Ia sepatutnya akan cut off jika suhu sudah mencapai thp tertentu. Klu x mgkin ada masalah lain sprti getah pintu sudah rosak, kerap membuka pintu peti ais, kegagalan termostat membaca suhu dan kegagalan compressor itu sendiri utk cut off

Unknown berkata...

Salam, kalau peti sejuk on selepas 5 jam trip mcb, jika bahagian atas dah beku lps 5 jam trip, bila buka pintu bahagian atas selama 30 minit lps tu blh on blk, lps 5jam trip mcb kembali apa masalah nya

Unknown berkata...

Selamat petang encik.. saya nak tanya peti ais saya kadang2 sejuk kadang2 tak sejuk bila tak sejuk saya goyang sikit box wayer belakang lepas tu ok balik
Jenama penosonic dua pintu ais bahagian bawah..

hannis90 berkata...

Salam ..nk tnya knpa ye peti sy klau dlm msa shari xbuka pintu peti gas jdi xkeluar ..peti hdup tapi xsejuk ..lps buka pintu peti dlm 2,3minit bru gas kluar ..

Nawal Husna berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

Saya nak tanya peti sejuk sharp 2pintu xsejuk relay dah tukar tapi compressor kejab on kejab off tapi pakai relay yg lama compressor on terus nak tahu apa rosak

Unknown berkata...

Peti ais 2 pintu brand samsung.kalau on je terpadam sendiri.lansung x da power.x sampai seminit on.apa problem yer.?

Unknown berkata...

Salam tuan..nok tanye..peti ais sy atah x beku phtu bahagian bawah sejuk..tp lme kelamaan atah dan bwah x sjuk tp mentol dlm tu mnyale..phtu comppressor kat blakang tu pnas gler..model singer..

Wai Bee berkata...

Faizal zain - 11 ogos 2018 - Salam, biasanya penyebab trip ni, samaada compressor ataupun heater, try check dua part tu dulu dgn multimeter.

Unknown 14 ogos 2018 - Itu kena check wiring dia, takut ada yg longgar.. atau check sekali part seperti compressor, relay dan overload dgn multimeter.

hannis90 25 ogos 2018 - Salam, maaf saya x paham soalan awak

Unknown 31 ogos 2018 - try check CSR - common starting running compressor, check ohm relay dan overload guna multimeter. bagitau nti dpr berapa nilai ohm.

Unknown 3 September 2018 - kena check satu persatu daripada plug 3 pin sampai ke mana current tu berhenti, ikut wiring diagram dia.Mgkin juga compressor itu sendiri yg problem.

badzaman 3 September 2018 - salam.. itu masalah defrost timer biasanya.. sebaiknya buat flushing pada piping peti sejuk utk menjadikan dia lancar semula seperti baru beli.. cari pomen yg pakar utk melakukan flushing.