iklan2

Rabu, 13 Jun 2012

Mari Mengenal Komponen-komponen peti sejuk rumah..


[]p[]
1. Pemampat (jenis salingan tertutup) / Reciprocating hermetic.

- Pemampat memainkan peranan yang amat penting dalam sistem peti sejuk. Ianya mengepam gas bahan pendingin ke seluruhan sistem. Kebiasaannya peti sejuk menggunakan pemampat dari jenis salingan tertutup (sealed hermetic).


2. Penyejat / Evaporator.
- Penyejat berfungsi menyerap haba panas daripada makanan dan minuman yang disimpan di dalam peti sejuk.


- Penyejat diperbuat daripada bahan logam anti karat seperti tembaga dan aluminium agar penyerapan habanya lebih efektif.

- Peti sejuk satu pintu jenis pembeku (freezer) mempunyai penyejat yang memenuhi seluruh bahagian peti agar setiap bahagian memiliki suhu yang sama iaitu 0°C.

- Bagi peti sejuk satu pintu non freezer, penyejat diletakkan di bahagian atas, manakala bahagian lain akan menerima hembusan sejuk daripada bahagian penyejat.


3. Pemasa Nyahfros / Defrost Timer.

- Timer dipasang pada peti sejuk tanpa fros yang berfungsi untuk mengawal arus masuk dari termostat ke kipas, pemampat dan pemanas.

- Timer yang biasa digunakan dinamakan ‘defrost timer’ yang mempunyai 4 terminal.

- Arus timer diperolehi dari termostat yang berhubung dengan terminal 1 dan 3. Terminal 2 menghubungkan timer dengan fius dan pemanas. Terminal 4 menghubungkan timer dengan pemampat dan motor kipas.

- Apabila timer tidak berfungsi, komponen yang berhubung dengannya akan bermasalah.


4. Kapasitor / Capacitor.
 
- Kapasitor berfungsi untuk membangkitkan atau memutar motor elektrik (pemampat / kipas) sehingga mencapai putaran penuh.


- Kapasitor bekerja sangat singkat sewaktu menggerakkan pemampat / kipas dan segera terputus ketika putaran pemampat / kipas mencapai tahap maksimum.


5. Pelindung Beban Lampau / Overload Protector.
 
- Overload Protector atau Pelindung Beban Lampau merupakan komponen keselamatan untuk pemampat.


- Alat ini dapat melindungi komponen elektrik peti sejuk daripada kerosakan akibat arus yang dihasilkan pemampat melebihi had normal.

- Jika arus pada pemampat melebihi dari arus yang sepatutnya, overload akan memutuskan bekalan yang masuk ke pemampat.


6. Geganti / Relay.

- Geganti @ relay merupakan suis automatik untuk menggerakkan motor pemampat.


- Ia bekerja dengan menyesuaikan putaran magnet yang dibangkitkan sehingga dapat menghubungkan atau memutuskan semula arus elektrik secara automatik.


Komponen-komponen no.7 sehingga no.12 adalah seperti di bawah ini :

7. Pemeluwap / Condensor.


















- Pemeluwap berfungsi untuk menyingkirkan haba yang diserap oleh penyejat dan pemampat.
- Jenis pemeluwap yang banyak digunakan pada peti sejuk ialah dari jenis penyejuk udara.

- Ketika peti sejuk dihidupkan, pemeluwap akan terasa panas apabila disentuh.

- Pada peringkat awalnya, pemeluwap ini diletakkan di belakang peti sejuk, tetapi pada masa kini, ianya diletakkan di dalam badan peti sejuk.

- Ini dapat mengurangkan berlakunya karat pada badan peti sejuk di samping ia menjadikan peti sejuk lebih menarik.


















8. Penyaring / Strainer.













- Penyaring bekerja dengan menapis kotoran yang terhasil daripada hakisan bahan pendingin di dalam sistem peti sejuk.


- Serpihan dan kotoran paip seboleh mungkin tidak masuk ke dalam pemampat dan ianya disaring oleh penyaring ini.

- Penyaring mesti mampu menyaring kekotoran yang mungkin akan memasuki sistem seperti karat, serpihan logam atau tembaga ketika kerja-kerja mengimpal dilakukan.

9. Tiub Kapilari / Capillary Tube.

















- Peti sejuk tidak menggunakan alat mekanikal sebagai kawalan aliran bahan pendingin. Ia menggunakan tiub kapilari atau tiub rerambut.



- Pada dasarnya tiub rerambut adalah satu tiub yang kecil. Kadar aliran bahan pendinginnya ditentukan oleh panjang tiub dan garis pusat dalaman lubang.


- Bahan pendingin akan terus mengalir melalui kapilari apabila pemampat berhenti sehingga tekanan dalam sistem (sebelah tinggi dan sampingan rendah) berada pada tekanan yang sama.


- Tiub rerambut biasanya terletak selepas penapis penyaring, ia kadang-kadang dibentuk ke dalam gegelung yang ketat di sekitar talian sedutan.


- Dapat diperhatikan bahawa tiub rerambut sebenarnya melalui dalam talian sedutan penyejat dan dengan itu menyediakan ciri-ciri pertukaran haba yang meningkatkan prestasi pemampat.

















10. Pelaras Suhu / Thermostat.

- Termostat juga dikenali sebagai pengawal suhu. Ia berfungsi untuk mengawal suhu secara automatik berdasarkan bacaan suhu pada setiap bahagian peti sejuk.


- Ia adalah umpama suis automatik yang bekerja berdasarkan pengawalan suhu.

- Jika suhu penyejat sudah mencapai pada suhu yang dilaraskan pada termostat, ia akan memutuskan bekalan elektrik ke pemampat.

 
 
 
 
 
 
 
 
11.Pemanas nyahfros / Defrost Heater.
 
- Pemanas atau ‘heater’ biasanya dipasang pada peti sejuk non freezer, 2 pintu dan ke atas.


- Ia berfungsi untuk mencairkan frost yang terbentuk di penyejat sekali gus mencegah daripada terjadinya penimbunan frost.


- Pemanas diperbuat daripada kawat pemanas dan dibungkus dengan vinyl (sejenis plastik).

- Saiz elemen pemanas disesuaikan dengan saiz penyejat.

- Terdapat 3 jenis pemanas tanpa frost iaitu pemanas lilit, kaca dan aluminium.

- Pemanas lilit dipasang di sekitar paip penyejuk di bahagian penyejat manakala pemanas kaca dan lembaran aluminium dipasang di bahagian bawah penyejat.



12.Kipas / Fan @ Blower.
 
- Kipas penyejat (evap fan) hanya terdapat pada peti sejuk 2 pintu dan ke atas.


- Ia berfungsi untuk menghembuskan udara dingin dari penyejat ke seluruh bahagian peti sejuk.

- Daun kipas diperbuat daripada bahan plastik atau aluminium.

- Terdapat dua jenis daun kipas iaitu ‘propeller’ dan ‘blower wheel’.


- Jika pintu peti sejuk dibuka, kipas akan ‘off’. Begitu juga jika pemanas sedang bekerja, kipas akan ‘off’.

288 ulasan :

1 – 200 daripada 288   Terbaru›   Baru»
Tanpa Nama berkata...

askum bro....nak tanya mcm mana nak test direct comp..nak tahu dia ok ke tak?

Tanpa Nama berkata...

lagi satu nak tanya kalau relay rosak boleh menyebabkan
comp tak bole hidup ke?

Wai Bee berkata...

alaikumsalam bro..
1. ok tentang mcmana nk test direct compressor tu, saya akan terangkan secara terperinci kemudian pd artikel yg lain, tp secara ringkasnya, cabut compressor tu bawa keluar dr unit, sambungkan supply melalui relay dan overload, kemudian on, kalau boleh pasang clampmeter sekali. Kemudian letak jari pada kedua tempat suction dan discharge, rasakan pd temapt itu adakah ianya menyedut dan juga meluah.. jika ia bermakna valve plate nya dlm keadaan ok.

2. kalau relay rosak memang compresor tak boleh hidup..

harap membantu... ^_^

Tanpa Nama berkata...

timakasih..bro kalau bole buat wiring peti sejuk bole..dari plug ke thermostat ke overload..ke com..maksud saya wiring diagram..

Wai Bee berkata...

wiring peti sejuk memang sudah sedia ada di bahagian belakang unit, dan yang paling asas ialah wiring utk peti sejuk mini bar ataupun satu pintu, cuba bro baca artikel bertajuk "Peti sejuk ada 'curent' pada bodynya. Di situ sy ada letak wiring utk peti sejuk sat pintu national NR-A16D..

Unknown berkata...

salam bos..sy dh suruh pomen tgk peti sy..dia kata motor saya rosak..x jln..dia suruh tukar..kos untuk ganti yg secondhand 500 lebih katanya..btul ke?

Wai Bee berkata...

salam.. motor tu apa maksud dia? pemampat ke? klu pemampat, mmg harga caj dia boleh mencecah dr rm300 - rm500, tp bgantung pd saiz peti sejuk.. kalau peti sejuk kecil, murah sikit harga pemampat dia..

Unknown berkata...

yup motor pemampat..peti 2 pintu..boleh x klu kita tukar sendiri?

Wai Bee berkata...

kalau awk tau prosedur nak tukar dan cukup peralatan, boleh aje..

Unknown berkata...

kalau nak tukar motor dia..buka dan ganti je ke? atau kena patri dll..dan ada satu tempat kwn saya kata dia nk tukar motor kosnya cuma 100 lbh je..tu yg sy keliru..jauh beza dgn kos yg sy bg tau awal..

Unknown berkata...

ada kemungkinan tak relay yg rosak?

Wai Bee berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

masalah nya tempat kwn sy dijohor sy dikemaman..sy cuma nk tahu kos yg sebenar..takut ditipu je

Wai Bee berkata...

ok.. secara jujur saya bagitahu, harga sebiji pemampat @ motor yg baru utk peti sejuk kecil satu pintu dlm lingkungan rm200 - rm250.. maksudnya apa yg kwn awk bagtau tu kemungkinan dia menggunakan motor "recond" motor yg direpair semula..

Wai Bee berkata...

jd, jika pomen tukar motor baru (rm200) + strainer + access valve + isi gas + servis charge.. mana mungkin dia dpt caj 100 lbh.. lebih rugi drpd untung..

Unknown berkata...

ok..tq for info bro..sory la klu nampak mcm tanya soalan bodo..tp sy btul2 x tahu..cuma mahu berhati2..sebab bab2 kejuruteraan n elektronik ni sy mmg kurang sgt2..dan pernah terkena cuma tukar cooling coil aircond kereta sy kena 800 lebih..tu yg ambil sikap lbh berhati2. .tq

Wai Bee berkata...

ok sama2 bro.. xpe, klu bukan bidang kita mmg kita akan tanya soalan yg pelik2.. hehe..

paii berkata...

helo bos, saya ingin bertanya berkenaaan pemanas peti ais yang ada kipas tu,adakah ianya sama saiz dengan brand yang lain.(tapak dia sama je ke kalau yang baru. jadi kebiasaannya harga dia berapa?

Wai Bee berkata...

hello paii.. tentang pemanas, kalau nak tukar lebih baik bawa yang asal ke kedai, tentang saiz tu saya kurang pasti, biasanya ia dijual mengikut kadaran watt..

achik ahcun berkata...

hello bos..nak tanya,kenapa peti sejuk kejap on dn kejap padam..?bila padam,nk kne cabut plug and bagi pemampat sejuk dulu,baru ok balik..timer baru tukar,relay pn baru,overload protect pn baru tukar..kes terjadi masa peti sejuk betul2 dah x boleh on..bila tukar ketiga tiga barang tu baru boleh idup,tp kejap2 mati..nak thu ape masalahny..peti sejuk saya 2pintu..dan saya tak jumpa pun kipas..mmg smue peti sejuk 2pintu ade kipas ke..?

Wai Bee berkata...

hai cahaya kembara.. drpd masalah awk itu rasanya pemampat awk tu bermasalah.. kena check betul2 dulu.. sama ada gegelung, injap atau keadaan minyak di dalamnya yg sudah kurang atau kotor..

Unknown berkata...

Klu dah beku,kemudia cair sendiri kenapa,dan mengambil masa utk beku

Wai Bee berkata...

itu saya kurang pasti.. hehe..

mat@zam berkata...

Bos...tmpg tnyà ....saiz kompresor peti ...ade pengaruh jgk ke keupayaan memampatnye.... nk gune untuk reka air compressor...hahaha

Wai Bee berkata...

Iya mat@zam, compresor mmg ada kapasiti sendiri, ia disukat dgn unit horse power @ watt..

Zul(Babah Nida) berkata...

BRO......
TUMPANG TANYE SIKIT LA BRO....... SAYA ADA PETI SEJUK 2 PINDU JENAMA MIDEA...... BARU PAKAI TAK SAMPAI 2 TAHUN...... PINTU BELAH BAWAH TU DAH TAK SEJUK LA BRO.... PANAS JE....... APA MASALAH BRO?

Wai Bee berkata...

Zul, biasanya masalah begini disebabkan lubang angin sejuk drpd atas nk ke bawah sudah tersumbat oleh ais, penyelesaiannya awak offkan peti sejuk seharian bg ais mencair.. lps tu baru onkan semula, jgn terlalu kerap membuka peti sejuk dan setting suhu jgn terlalu tinggi..

eiM berkata...

assalam boss.nk tnye skit.sy ade peti sejuk 2 pintu jenama nasional 2 pintu sbijik gmbr di ats.mslh tak sejuk bmula setelah kje2 renovation dapor dibuat dlu.mgkn sbb kntraktor alih2kn kdudukan peti sejuk tu kmudian lps kje2 renovate siap peti sejuk tros jd kurg sejuk.suhu bhgian ats mcm bwh,bwh plak lgsg xsejuk.adekah sbb thermostat rosak ke@ape2 part lain.mohon pencerahan.tk

Wai Bee berkata...

Waalaikumsalam eiM,
emm, awk dh set kan termostat ke suhu yg lbh tinggi? Ada dengar tak bunyi compresor kat belakang peti sejuk tu?

zarah1970 berkata...

Salam tuan, mohon bertanya. Peti ais sy dua pintu LG. Baru2 ini kedua dua bhgn tak sejuk. Biasanya bhgn luar rasa panas, tapi skrg sudah x rasa panas lg. Apa agak masalahnya. Terima kasih. Fahmi

Wai Bee berkata...

Salam..
Jika peti x sejuk, kena check power supply dulu, klu ada, check setting termostat, klu sudah, cuba usik tombol timer dgn memusing sedikit ke kiri atau kanan. Jika semuanya x berfungsi juga, panggil pomen yg berdekatan utk memeriksa dgn lbh lanjut.. tq

Unknown berkata...

Assalam bro...peti ais sy samsung dua pintu...masalahnye apabila pemasa mula utk mematikan pemampat...arus elektrik rumah turut terputus...adakah masalah relay? Mohon pencerahan.

Wai Bee berkata...

Waalaikumsalam..
Biasanya keadaan begini adalah disebabkan oleh pemampat. Cuba check dgn multimeter. Lagi baik check penebatan dgn Megger meter.. Tq..

Unknown berkata...

Kalau pemampat rosak peti ais sejuk x bro...peti ais sy sejuk...mintak kompom kan bro...terima kasih bro

Wai Bee berkata...

Klu pemampat rosak, peti ais mmg x sejuk. Sy rasa mgkin masalah "heater" pada peti ais awk ni yg menyebabkan trip..

yani berkata...

salam...saya nk taya peti ais saya x sejuk...tapi lampu menyala. apa agaknya masalah peti ais saya tu ye...gas habis ke atau ada masalah lain? tq

Wai Bee berkata...

Salam yani, klu lampu menyala tp d sejuk, pastikan compresor d belakang tu hidup ke tidak..

Unknown berkata...

slam bos... nk tanye ni,, untuk kita nk mengenal pasti panjang tiub rerambut untuk digunakan pada sesebuah sistem macam mana?, adakah iy bergantung pada compressor,@ ivaporator@condensor@ kesemua sekali? klu smua bukan adakah ad jalan pengiraan untuk menentukan panjang tiub rerambut tersebut?,, klu dy menggunakan jalan pengiraan,boleh tak saya nak tahu encik?

Wai Bee berkata...

Salam ameer, sy akan send file tu ke emel awk. Apa emel awk?

Unknown berkata...

salam bos...peti sejuk samsung 2 pintu saya tak hidup.baru pakai 14 bulan. apa yg patut saya periksa dulu sebelum hantar kedai repair..

Wai Bee berkata...

Salam ayub, check plug dia dulu, mana tau fius dia putus. Kemudian check setting termostat, takut dlm kedudukan off. Klu masih x hidup jugak cuba usik tombol timer di belakang peti, klu masih x hdp jgk, baik panggil pomen kedai, mgkin peti ais tu masih ada waranti..

Unknown berkata...

Salam .saya nak tanya berapa amp normal bagi ais box 2 pintu free frost, sejak hantar repair ais box itu hari, karen da tinggi, ada kawan ckp amp dia x normal, berapa kebiasaan bacaan amp untuk ais box ni, minta pencrahan..

Wai Bee berkata...

Salam.. Bacaan amp dia ada tertera pd sticker kecik di luar atau di dlam ice box, kebiasaannya utk 2 pintu dlm 0.8 - 0.9 amp.

Unknown berkata...

Assalamualaikum Wai Bee..
Harga thermostat peti ais National NR-B214FM berapa?

Wai Bee berkata...

Waalaikumsalam azizi. Termostat kebanyakan sama saja sbb tujuan asalnya utk mengawal suhu mengikut larasan. Klu beli kat kedai sparepart ac / peti ais dlm rm20 - rm 30 (Kuching)

Tanpa Nama berkata...

hello boss. sy ada peti sejuk rosak sebab sy menggunakan alat yg tidak sepatutnya(garfu) di gunakan untuk membuang ais yg menebal di peti sejuk sy. sy bercadang untuk menjual peti sejuk tersebut di kedai yg menerima peti sejuk rosak. agak2 berapa anggaran sy boleh dapat drpd hasil jualan peti sejuk tu dengan kerosakan yg di alami? peti sejuk sy ni yg kecik je. jenama midea. model ms-50

Wai Bee berkata...

hello chaca.. peti ais tu dipanggil mini bar.. klu baru hrga sekitar rm399.. klu dh rosak tu mgkin awk boleh jual dlm rm150 - rm199 :)

Unknown berkata...

Sy ada peti ais tanpa frost jenama Panasonic dua pintu..br2 rumah sy dtimpa banjir dn menenggelam brg2 tmsk peti ais..sy dh keringkan peti ais nie dlm smggu lbh..bila psg..Ok jee selama sehr..pd keesokkan harinya...peti ais off trus...dn bila tutup suis on smula pn x dpt..mohon pencerahan bro..

Wai Bee berkata...

emm.. sebaiknya pastikan semua komponen elektrik di bahagian belakang peti ais tu dikeringkan dahulu, klu ada 'hair dryer' lg bagus.. antara komponen tersebut sprti overload, relay, timer, pcb board jika ada termasuk terminal pemampat yg ada 3 tempat tu.. begitu juga plug 3 pin dia dan soket tmpt supply dia. Klu dia tak mau on semula, check dulu MCB di papan suis utamanya, takut trip di situ.. ok bro, nti apa2 hal boleh tanya lg.. :)

Unknown berkata...

salam YB, sy nk tanya mcm mna nk tahu compressor tu bleh guna atau x. sy bercadang nk beli utk dbuat silent compressor mengecat.bleh YB tlg tips2 kt sy x. trima kasih✌️

Wai Bee berkata...

Salam john.. klu beli compressor baru lagi baik daripada beli yang terpakai.. awak uji keterusan danpenebatan dgn multimeter dan megger meter. Klu nk uji direct dgn power supply pun boleh. Rasakan saluran sedut dan keluar dgn jari. Jika kuat tekanannya maka bolehlah digunakan..

Unknown berkata...

As salam en Wai bee. peti sejuk saya tak beku sejak 2 hari lepas. Sy dah panggil pomen tgk. Dia kate motor yg kat bawah sekali yg bentuk bulat tu rosak Sbb panas sangat bila dia pegang. Dinding peti sejuk pun dah tak panas. betul ke motor yang rosak atau ade kerosakan lain. Dia estimate tukar motor kos RM 350. Apa cadangan en Wai Bee. Tukar motor atau tukar baru. Sbb syg sgt Peti sejuk saya masih bersih dan xde cacat cela. Cuma tak beku saja. Jenis Sharp 1 pintu. 9 tahun guna

Unknown berkata...

As salam en Wai bee. peti sejuk saya tak beku sejak 2 hari lepas. Sy dah panggil pomen tgk. Dia kate motor yg kat bawah sekali yg bentuk bulat tu rosak Sbb panas sangat bila dia pegang. Dinding peti sejuk pun dah tak panas. betul ke motor yang rosak atau ade kerosakan lain. Dia estimate tukar motor kos RM 350. Apa cadangan en Wai Bee. Tukar motor atau tukar baru. Sbb syg sgt Peti sejuk saya masih bersih dan xde cacat cela. Cuma tak beku saja. Jenis Sharp 1 pintu. 9 tahun guna

Wai Bee berkata...

Waalaikumsalam.. compressor panas tidak semestinya ia rosak.. tp peratusan ianya rosak mmg tinggi.. mgkin minyak kotor ataupun kurang.. tukar compressor baru pun agak mahal klu yg original. Tidak berbaloi kalau guna compressor second.. awk tanya semula pomen tu adakah rm350 merangkumi semua sehingga siap atau itu harga compressor sahaja..

Unknown berkata...

Dia bgtau RM 350 termasuk upah dan isi semula gas. Tp kalau rosak. Motor tu berbunyi ke tidak. Sebab peti sejuk saya masih berbunyi dan sejuk di dinding frezzer. Cuma tak beku je. byk kali saya tanya dia. Tp dia tetap kate motor rosak.

Unknown berkata...

Tak bole ke hanya isi gas atau cuci sahaja minyak tu. Kat mana sy boleh dpt khidmat pomen repair peti sejuk. Sbb cina pomen ni mcm nk saya beli yg baru je. Huhu

Unknown berkata...

Dia bgtau RM 350 termasuk upah dan isi semula gas. Tp kalau rosak. Motor tu berbunyi ke tidak. Sebab peti sejuk saya masih berbunyi dan sejuk di dinding frezzer. Cuma tak beku je. byk kali saya tanya dia. Tp dia tetap kate motor rosak.

Wai Bee berkata...

Ya, sebenarnya compressor tu boleh diservis dgn menukar minyak compressor dan isi gas baru.. pomen tu cina ye?.. emm.. biasanya cina mmg akan suggest utk tukar compressor baru..

Wai Bee berkata...

Klu rosak ia x kan berbunyi.. klu freezer sejuk tp x beku bermakna mmg kene buat servis peti ais tu.. mmg sukar nk cari pomen yg boleh servis dan repair peti ais berbanding dgn aircond wlupun kedua2 sistem ini menggunakan komponen yg sama cuma berbeza jenis dan saiz..

Unknown berkata...

Jadi sekarang ni boleh tak saya biarkan peti tu terus on atau kene off dulu sampai sy dpt cari pomen yg boleh servis. En wai bee kenal tak mana2 pomen kat area ipoh. Tq

Unknown berkata...

Jadi sekarang ni boleh tak saya biarkan peti tu terus on atau kene off dulu sampai sy dpt cari pomen yg boleh servis. En wai bee kenal tak mana2 pomen kat area ipoh. Tq

Wai Bee berkata...

Terpulang pd awak sama ada nk off atau onkan. Klu off awk x dpt simpan makanan, klu on ia akan tetap begitu tahap sejuk dia.. maaf saya x kenal..

Admin berkata...

alaikumsalam bro..
Peti ais saya terpadam dgn sendirinya tidak sampai seminit. Saya cuba offkan suis dan on balik, ia berfungsi namun akan padam semula. Sebelum ini ia akan off apabila di buka pintu tapi setelah beberapa hari ia semakin teruk. Mohon penerangan komponen apa yg bermasalah?
terima kasih.

Wai Bee berkata...

Salam admin.. saya kurang paham.. kena check elektrikal dan mekanikalnya satu persatu drpd plug 3 pin..

Admin berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Admin berkata...

di mudah kan cerita, bila peti ais di hidupkan, ia akan berfungsi hanya kira² 1 minit sahaja dan terus off. tak akan hidup lagi kalau ---> saya kena tutupkan suis utk beberapa saat dan on semula, peti sejuk akan berfungsi dan akan padam dalam masa 1 minit. Saya dah cuba dptkan bantuan mekanik amatur, dia kata, sistem peti sejuk ini baru. dia kurang arif.

Wai Bee berkata...

Ok sblm itu sy nk tahu peti ais tu brapa pintu, sudah brapa lama pakai, prnah kena repair ka sblm ini. Tq

Wai Bee berkata...

Sy ingin nk tahu sistem peti sejuk yg dikatakan baru oleh mekanik yg awak maksudkan. Ada kemungkinan masalah peti sejuk awak ini disebabkan oleh kegagalan pd pemampat @ compresornya utk bekerja..

Admin berkata...

baru guna 3 tahun. jenis 2 pintu jenama samsung.belum pernah di repair.

Wai Bee berkata...

Oo baru lg tu.. ada waranty lg compresor dia.. boleh contact semula kedai..

Unknown berkata...

Hai bro ..
Nak tanya ....Klu Abis box satu pintu..guna r12 atau 134...comp 1hp. telah ditukar baru Berapa banyak gas yg perlu di masukan

Wai Bee berkata...

Klu ais box satu pintu, biasanya tekanan gas dia 5-8 psi utk r12 @ r134a..

azrie berkata...

salam tuan wai bee..nak tanya sikit,saya ada peti sejuk 2 pintu dan mgalami 1 masalah yg dibahagian bawah tidak sejuk tapi bahagian atas sangat sejuk(beku membeku)..soalan saya adakah masalah ini di sebabkan blower@fan peti sejuk tidak berfungsi?mcm mna cari untuk membaiki nya..terima kasih

Wai Bee berkata...

Salam tuan azrie.. ia jadi begitu kerana kipas tidak dpt menghembus udara sejuk ke ruangan bawah.. mula2 offkan dulu peti ais tu utk semalaman dan tgk keputusannya slps itu. Tidak semestinya kipas yg rosak, tetapi mgkin disebabkan getah pintu yg kurang baik, kerap membuka peti ais dan setting suhu terlalu tinggi..

azrie berkata...

terima kasih banyak mr.waibee ...saya suda periksa peti sejuk sya..memang getah pntu ada terlepas sedikit..setelah sya baiki nya..peti sejuk kembali sejuk...hihihi terima kasih bos...oh ya nak tanya lagi ni bos,getah pintu di mana ada jual?

Wai Bee berkata...

Sama2 mr. Azrie.. emm.. saya kurang pasti sbb saya sendiri belum pernah beli getah pintu peti ais :)

sandrahanna10 berkata...

Hye.sy nk jual peti ais elba 2 pintu.kondisi sgt baik sbb limit sejuk max.putar no.2,n yg atas tu slalu takat normal.guna dah 8 thn..tp guna utk penggunaan minima je.brp harga nk letak ek?

Unknown berkata...

Slam..thermostat untuk peti 2 pintu ad berape bilangan?ad beza ke thermostat atas bwah?

Wai Bee berkata...

Hai Sandrahanna.. sori late reply.. klu hargabaru sekitar rm1200, awk boleh letak dlm rm700 - 800..

Wai Bee berkata...

Salam.. termostat elektrikal ada satu je di bahagian atas utk adjust suhu yg dikehendaki.. manakala termostat di bawah tu hanya utk membuka laluan angin dr atas ke bawah.. laluan tu boleh di buka ikut larasan kita sendiri..

marshahliza berkata...

biasa ye berapa ye arga timer n penyejuk p.ais panasonic 2 pintu...rm180 org servis caj sy

Wai Bee berkata...

biasanya harga satu timer utk peti ais dlm rm30.00 ++

Unknown berkata...

Hai.. semalam sy tmpt ais fridge sy tu beku smpai xboleh buka penutup nya.. peti ais tu kecik..satu pintu.. then sy guna pengetuk ais yg tajam tu.. utk buang ais2 yg ada.. ketuk punya ketuk terkena dinding nya.. then ada mcm bunyi keluar.. kalau mcm tu apa mksd nya ye??

Unknown berkata...

*bunyi gas

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Wai Bee berkata...

Hai eyna.. klu mcm tu maksudnya fridge awk sudah bocor gasnya.. terpaksa la tampal tmpt bocor dan isi gas semula..

Unknown berkata...

Berapa ye kos utk baikinya? Ada suggestion utk tukang repair x? Any contct no.ke.. sy area KL,kg.baru

Wai Bee berkata...

Biasanya kos dlm rm150 - 200..
Yg sy tahu area kg keramat bdkatan dgn stesen komuter dato keramat, bgkel Sri Kenali.. repair peti ais, aircond.. no tel sy xde..

Unknown berkata...

salam. freezer sy tidak sejuk. tapi ble dibuka di kipas tu. dlm tu yg beku. peti sejuk sy jenis samsung 2 pintu. model nr-b29ta.

Wai Bee berkata...

Salam. Awak biarkan ais dlm tu mencair baru onkan balik peti ais tu..

Hairolhizam Ishak berkata...

Salam, peti ais tidak sejuk, saya ada panggil org tgk dia kata api ada tp kompresor yang rosak, kalau tukar rm480 ok ke harga tu atau wai bee ada kawan yang boleh repair, rumah saya are puncak alam

Hairolhizam Ishak berkata...

Salam, peti ais tidak sejuk, saya ada panggil org tgk dia kata api ada tp kompresor yang rosak, kalau tukar rm480 ok ke harga tu atau wai bee ada kawan yang boleh repair, rumah saya are puncak alam

Hairolhizam Ishak berkata...

Salam wai bee, peti ais tak sejuk jenama Hitachi, agak besar peti ais nie, saya ada org panggil tgk, dia kata kompresor rosak, dia kata api ada tp kompresor yang rosak harga dia letak rm480,ok ke atau wai bee ada kawan yang boleh repair, saya duduk area puncak alam

Hairolhizam Ishak berkata...

Salam wai bee, peti ais tak sejuk jenama Hitachi, agak besar peti ais nie, saya ada org panggil tgk, dia kata kompresor rosak, dia kata api ada tp kompresor yang rosak harga dia letak rm480,ok ke atau wai bee ada kawan yang boleh repair, saya duduk area puncak alam

Unknown berkata...

salam tuan. kalau sebelum ni compressor peti sejuk saya menggunakan gas r134a, tapi compressor tu dah rosak. Saya mahu menukar compressor jenis lain supaya saya boleh guna gas jenis lain yg lebih murah. Boleh ka saya buat begitu pada peti sejuk saya?

Wai Bee berkata...

Salam hairol.. brapa pintu peti ais awk? Brapa tahun dh pakai? Klu pomen tu kata kompresor rosak dan harga ganti rm480, kira ok la tu.. tp ambik balik kompresor yg lama tu, jgn bg kat dia.. maaf sy x de kawan yg duduk situ..

Wai Bee berkata...

Salam faizal. Brapa thn dh pakai peti sejuk tu? Brand apa? Brapa pintu? Biasanya kompresor jenis salingan khas utk peti ais dan gas r134a pun khas utk peti ais.. yg lain sy x pasti..

Hairolhizam Ishak berkata...

2pintu, atas beku bawah biasa, ini lebih 600liter

Hairolhizam Ishak berkata...

Dah lebih 10tahun

Unknown berkata...

Peti dah pakai dlm 7-8 tahun, tuan. peti 2 pintu. brand kedai coop1 malaysia.
Boleh ka kalau saya nk guna gas jenis murah, saya tukar compressor lama yg rosak tu. utk pengetahuan compressor lama guna gas r134a. Boleh tuan bagi pendapat sikit.

Unknown berkata...

peti saya ni utk display air minuman.

Wai Bee berkata...

Oo.. display chiller.. sy ingat peti sejuk rumah.. mmg ada display ni yg pakai compressor utk gas r22, mmg murah sikit gas ni berbanding r134a, tp kena tukar kompresor dan metering device dia la klu nk pakai yg gas r22..

Unknown berkata...

Salam en. Wai bee. Kalo compressor mini bar yg baru atau 2nd brapa rm ye?

Wai Bee berkata...

Salam Yuni.. harga ikut brand dan ikut kedai. Mgkin sekitar rm250 - rm 300 utk compressor kecil

Unknown berkata...

terima kasih banyak atas paedapat tuan.

Unknown berkata...

Terima kasih.

Hairolhizam Ishak berkata...

Nak tanya mana lebih bagus gas 12r atau 134A

Wai Bee berkata...

Gas r12 sudah dihentikan pengluarannya. Tp stok masih byk dipasaran. Gas ini x mesra ozon. R134a mesra ozon dan byk diaplikasikan skrg pd peti sejuk dan aircond kereta.. terpulang pd individu, klu sy prefer r134a, sayang bumi :)

Hairolhizam Ishak berkata...

Compressor mmg tak boleh repair ke, tp power saya kalau gas 134A kena tambah 100++ huhuhu harga compressor 470 so boleh jadi 570 la huhuhu

Wai Bee berkata...

Klu usia compresor 10 thn mustahil ada problem.. peti ais rmh sy dh msk 15 masih ok. Mgkin pomen malas nk repair, so dia suggest tukar yg baru saja..

Hairolhizam Ishak berkata...

Alhamdulillah saya dah tukar compressor bayaran yang di kenakan 500 dan compressor lain ada pada saya dan Gas yang di gunakan 134A. Wai bee nak tgk compressor ke

Wai Bee berkata...

Alhamdulillah.. janji peti ais ok seperti biasa.. takpe la.. :)

mitos berkata...

As salam bro,
Nak tanya, compressor untuk peti ais paling kecik bape HP?
Bape harga untuk compressor kecik tu?dan kat mana boleh dapatkan compressor tu?
Saya plan nak guna compressor peti ais untuk wat water chiller.

Wai Bee berkata...

Wa'salam.. yg itu rasanya 1/8 - 1/6 hp.. cuba cari kat kedai sparepart aircond & peti ais..

wan berkata...

As salam tuan..peti ais sy ada masalah sikit..sekarang ni peti ais too xnk cut off automatic ..sllu run saja ..smpai y tempt menium air pown jafi beku..body dia jdi panas..ada kah relay rosak tuan..mntk penjelasan

wan berkata...

As salam tuan..peti ais sy ada masalah sikit..sekarang ni peti ais too xnk cut off automatic ..sllu run saja ..smpai y tempt minum air pown blh jadi beku..body dia jdi panas..ada kah relay rosak tuan..mntk penjelasan

Wai Bee berkata...

Waalaikumsalam.. kene tgk bberapa faktor lain, adakah awak letak terlalu byk brg makanan dlm peti ais? Adakah termostat diset pd kedudukan tinggi? Atau mgkin anak2 terlalu kerap membuka pintu peti ais? Perhatikan getah pintu, mgkin ada tmpt yg rosak atau tidak melekat. Jika semua ini ok, mgkin masalah termostat atau masalah defrost termostat atau masalah compresor sendiri.

wan berkata...

Masalah relay xd ke.

Unknown berkata...

Salam,
saya baru beli peti ice jenama samsung...
baru pakai x smpai sejam, permukaan luar peti rasa sgt panas...
permukaan luar juga mengeluarkn bunyi pelik bila disentuh...
saya sgt risau memandangkn peti baru sje dibeli... peti ice lama xpernah panas & berbunyi pada permukaan luar....

TQVM...

Wai Bee berkata...

Salam bella..
Itu mmg normal klu ia rasa panas.. klu yg berbunyi tu mgkin tapak kaki peti ais tu x stabil..

Unknown berkata...

Salam wai bee..sy ada peti ais 2 pintu jenama goldstar..masalah sy peti ais ni xbeku utk bahagian atas..tp rse sejuk.. Yg bahagian bawah pula xsejuk..bila rsa dinding peti ais,dpt rsa panas pda dinding.. Maksudnye motor smua berfungsi la kan?boleh sy tau bnda ni jadi sbb gas habis ke?sy xpanggil org utk repair lagi..sbb tkut kena tipu.. 😭

Wai Bee berkata...

Salam nur sri.. peti ais tu motornye masih hidup dan gas masih ada sbb tu awk boleh rasa sejuk wlpun sikit.. klu peti ais masih baru, cuba offkan sehari semalam. Klu peti ais dh lama, kena buat servis utk flushing ganti minyak dan gas baru..

Unknown berkata...

Salam , sir kalau freezer bocor adakah gas nye merbahaya jika terkena direct pada tangan ? Adakah peti ais itu langsung tidak boleh digunakan jika tidak dibaiki ?

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
mdsyza berkata...

Peti sejuk 1 pintu x sejuk. Bila on compressor jln . Body luar peti ais rasa sejuk . Apa masalahnya. Ini berlaku sejak letrik rumah kerap terjadi trip

Unknown berkata...

Salam wai bee, saya ingin bertanya... saya mempunyai freezer size kecil, baru2 ini wayar connect ke relay dan overload dah trip... saya ganti. Kedua2 wayar tersebut dgn wayar baru... apabila saya on pemampat berbunyi tetapi sekejap sahaja dan ianya sejuk pun sekejap sahaja... adakah masalah ini dari relay dan overload ataupun pemampatnya... mohon bantuan, Terima kasih...

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Unknown berkata...

Assalam tuan.ada no contact pomen area jinjang kepong?Dan berapa anggaran kos utk masukkan gas? Sbb dinding pembeku sya ada sratch n mgeluarkan bunyi gas

Unknown berkata...

Assalam tuan.ada no contact pomen area jinjang kepong?Dan berapa anggaran kos utk masukkan gas? Sbb dinding pembeku sya ada sratch n mgeluarkan bunyi gas

Wai Bee berkata...

Salam.. klu freezer bocor, gasnya tidak merbahaya.. ia mmg langsung tidak boleh digunakan melainkan setelah dibaiki..

Unknown berkata...

Helo bos..nak tnye klu peti ais bokeh on utk beberapa jam jer lepas tu main switch mesti tendang..nape ye??

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Wai Bee berkata...

Saya rasa compresor dia x jln klu body luar peti ais rasa sejuk. Tp jika compresor jln dan body luar rasa sejuk, mgkin termostat rosak atau sistem tersumbat d bahagian strainer dan cappilary tube.

Wai Bee berkata...

Salam.. keadaan ini mmg ada salingkait di antara ketiga2 komponen tersebut. Jd mula2 check keterusan @ bacaan rintangan dia dgn mggunakan multimeter dahulu..

Wai Bee berkata...

Waalaikumsalam. Maaf sy x de no contact pomen area sana..

Wai Bee berkata...

Biasanya keadaan ini berlaku kerana masalah yg berpunca drpd compresor. Cuba pegang dgn tangan (berhati-hati) body compresor tu slps dia tendang suis. Adakah ia panas suam atau terlalu panas..

NuRuL berkata...

salam tuan,peti,ais sy kecik je 1pintu.lampu xnyala.bunyi dia jap ade jap hilang. Bawah sejuk sikit2 je,atas xbeku lngsung..npe ye?kalo.baiki agak kena brapa..

Wai Bee berkata...

Salam nurul. Apa brand dia? Brapa lama dh usia dia? Apa yg sy dpt agak, ada masalah berlaku pada sistem dia ataupun masalah pada compresor dia. Kos utk baiki mgkin sekitar rm150-250

NuRuL berkata...

Toshiba.mgkin dlm5,6 taun dah kot

Unknown berkata...

Assalammualaikum tuan Wai Bee.saya cadangkan tuan buat satu buku cara2 membaiki peti sejuk dalam bentuk ebook dan dijual kepada sesiapa yang berminat.rasanya ramai yang order.terima kasih diatas jawapan tuan Wai Bee kepada yg bertanya.jawapan yang jelas dan jujur.semoga Allah sahaja yg membalas kebaikan tuan.

Unknown berkata...

Assalammualaikum tuan Wai Bee.saya cadangkan tuan buat satu buku cara2 membaiki peti sejuk dalam bentuk ebook dan dijual kepada sesiapa yang berminat.rasanya ramai yang order.terima kasih diatas jawapan tuan Wai Bee kepada yg bertanya.jawapan yang jelas dan jujur.semoga Allah sahaja yg membalas kebaikan tuan.

air mata mutiara berkata...

assalam tuan YB.,sy nk bertanye,.peti ais sy jenama mitsubishi,baru 2 taun lebih pakai,tk pernah rosak lgi tpi hari nie,peti ais sy nie tk sejuk atas ngan bwah tpi ada lampu.,pemampat sy hidup,tpi 2,3 minit lepas tu mati,sy cuba mati kn kt plak dn hdupkn semula.,akan jadi mcm tu jugak.,lama ckit akan mati jugak

Yuhaina berkata...

Salam encik... Nak Tanya berapa anggaran harga utk Baiki bahagian defrost yg rosak... X pasti la thermostat atau timer atau lain2.. Sebb peti ais x berapa sejuk, tgk2 ada frost di dinding peti ais atas tu... Peti ais beru beli tahun lepas...

Wai Bee berkata...

Waalaikumsalam.. seolahnya ada masalah pd compressor dia.. ataupun relay dgn overload. Cuba suruh pomen check dulu..

Wai Bee berkata...

Klu frost d bhgn atas tu, awk offkan dulu peti ais.. klu masih jadi jugak biasanya pomen akan tukar defrost termostat yg dlm plastik lutsinar tu.. harga dia x de mahal lbh krg rm20.00 +++

Unknown berkata...

Salam tuan ,bleh tawu x gas peti ais bleh dibeli di kedai mna?dan jenis apakah gas yg digunakan untuk peti ais,

Wai Bee berkata...

Salam kembali.. Gas peti ais boleh dibeli d kedai menjual sparepart aircond dan peti ais, nama gas nya R134a, paling kecil ia dibotolkan 1kg dan yg biasa 13.4kg

Unknown berkata...

Salam wai bee.. Nk tnya skit. Klu relay n overload ais box 2 pintu kt kedai hardware sllunya ad jual x? And sllu nya harga brapa ekkk?

Wai Bee berkata...

Salam.. Biasanye xde jual kat hardware.. Kena cari kat kedai sparepart aircond dan peti ais

Wai Bee berkata...

Relay dlm rm35, overload dlm rm25

Unknown berkata...

Salam tuan...sye punyai peti ais panasonic dua pintu which is defrost die yg di bawah..tak sejuk lgsung..pggil pomen katenyer isi gas rm150..btul ker gas nyer mahal...kater nyer sbb fridge ni lainmn

Wai Bee berkata...

Salam. Biasanya jarang gas habis @ bocor, mgkin ada masalah lain. Cube perhati dan dgr compresor d blkg tu hidup dan ada gegar x? Lampu dlm peti ais tu nyala x? Kdg2 kena usik sikit timer di belakang peti ais tu utk hidupkan compresor klu dia mati @ off.

Unknown berkata...

Asslammuaikum wak bee , peti ais saya model NR-B362M panasonic . Yang tempat beku seperti biasa bolh pakai . Tapi tempat yang atas dia x sejuk . Apa masalahnya ?

Unknown berkata...

Mintk tolong wasap saya bagi tau 0125892365 -fiq- terim kasih wak bee ☺️

Yuhaina berkata...

Okok... Terima kasih encik..

Unknown berkata...

Assalamualaikum bro wai bee,boleh kita berinteraksi dlm whatsapp? 014-3607913 saya ada masalah dgn minj chiller saya dan mohon pengalaman abg.

Unknown berkata...

Assalamualaikum bro wai bee,boleh kita berinteraksi dlm whatsapp? 014-3607913 saya ada masalah dgn minj chiller saya dan mohon pengalaman abg.

Unknown berkata...

Assalam wai bee..peti ais sy 2 pntu. compressor on..lps tu satu hri mati..ade lgsung x hidup2. sy pusing sket timer tepi compressor blkg tu. ni dh ok..de mslh pe eh. ok ke kalau kita usik timer blkg tu. xde kesan smpingan ke..hehe

Wai Bee berkata...

Waalaikumsalam. . Alhamdulillah. . Ok tu.. takde masalah klu kita usik timer dia. Kdg2 dia hang sikit :)

Unknown berkata...

ok wai bee...tq..
moga Allah permudahkan urusan wai bee..
Aminn...

Wai Bee berkata...

Sama2 juga.. Alhamdulillah.. terima kasih atas doa tuan.. :)

Unknown berkata...

Assalam wai bee...tempohari dh usik timer..compressor dh on...ok lh..tp compressor tu asik on je..x berenti..xpe ke...dlu ade gk off kjp pastu on blek..xpe ke..

Wai Bee berkata...

Wasalam.. Biasanya compresor akan off apabila kita x buka pintu dia dlm waktu yg lama cthnya waktu mlm semasa kita tido. Ini kerana suhu dlm peti ais stabil. Jika siang kita kerap membuka peti ais sbb itu compresor sentiasa on sbb nk sejukkan peti ais. Tetapi jika waktu mlm pun dia x off, mmg ada something wrong somewhere tu..

Unknown berkata...

ok wai bee...Alhmdulillah n syukran atas penerangan..tq..

wyda berkata...

salam wai bee..sy nak tanye.saya punye wyre hijau belakang peti sejuk putus..ade efeect apa2 tak?wyre tu untuk ape ye?boleh saya sambungkan sendiri tak?dan kenapa lampu peti sejuk saya tak hidup..peti sy jenama LG 2pintu..

Wai Bee berkata...

Salam wyda. Wayar hijau tu wayar bumi, xde effect sgt, awk boleh sambung sendiri. Lampu klu x nyala mgkin mentol dh hangus. Boleh tukar sendiri..

loan4blacklist berkata...

Salam.saya baru beli Peti Sejuk 2nd di Mudah.nampak baru.dengan harga rm350. Saya on lepas 13jam saya beli. Tunggu dalam 30minit.xsejuk2. Tapi lampu menyala. Saya pening dah.owner lama bagi personal warranty 1bulan.terus xangkat2 telefon.masalahnye lampu menyala tapi xsejuk2.Peti 1pintu model sharp. Agak2 nye APA yg rosak tu.anggaran kos repair berapa agaknye?

Wai Bee berkata...

Salam.. Awk ada dgr tak bunyi compresor d blkg peti ais tu? Takut compresor tu x hidup je. Byk sbnarnya awk kena check ni nk cari punca knapa dia x sejuk. Mgkin wayar ter cabut kat mana2. Mgkin termostat rosak. Mgkin timer rosak klu 2 pintu. Mgkin juga compresor yg rosak. Kos nk repair bergantung pd benda apa yg rosak..

Unknown berkata...

Saya nak tanya boleh tak hidupkan compressor menggunakan battery kereta.. Untuk kegunaan projek .. Terima kasih

Wai Bee berkata...

Compresor aircond atau peti ais 240v AC, manakala bateri kereta 12v DC. Jd mmg x boleh sambung direct..

Unknown berkata...

Assalam bro,aku nye peti sejuk panasonic nr-b421t,pmampat hdup,tpi pti sjuk pnaz,,pti sjuk nie bwah utk beku,ats sjuk je,,ok mslah nye,ats xsjuk bwah lak sjuk tp xbeku,pe masalah nye ey,defrist tmer aku da tukar,bantu aku

Unknown berkata...

Wak bee,bg no wasap bole

Wai Bee berkata...

Waalaikumsalam.. Cuba tukar defrost termostat. Pastikan getah pintu dlm keadaan baik.

Unknown berkata...

Defrost termostat kat area mne ey,dlm bdn pti sjuk ke

Wai Bee berkata...

Ia melekat pd cooling coil tmpt beku tu..

Unknown berkata...

Defrost termostat area ne ey,

Unknown berkata...

Bro,nk kne bkak bdn ke,dr dlam tmpat bku xleh bkak,tlg ajari

Wai Bee berkata...

Buka dr tmpt beku. Mula2 cari skru dan bukakan. Kemudian tarik keluar cover yg menutup cooling coil tu.. Kena tarik ke arah depan kita.. Dia cuma ada klip sikit je tu..

Unknown berkata...

Oo ad skru ke,sy cri xjmp skru lgsg,

Unknown berkata...

Mgkin kah lain jnis,lain cre nye,maaf sy agk jhil,huhu

Wai Bee berkata...

Mmg ada skru.. mgkin ia tersorok oleh penutup skru.. awk letak mo sini. Ada masa nti sy wasap. InshaAllah

Unknown berkata...

Bro,aku nye xad skru,mcm da mati truz,yg ad mcm lubg kluar hmbusan,

Unknown berkata...

0133402476

Unknown berkata...

salam bro wai bee..
sy pnya peti ais jenama sharp 2 pintu..tiba tidak beroperasi sepenuh nya..semua dh check dr pluq 3pin,wayar smpi pada compressor..tp xjd gak..on suis je senyap..ke kene usik timer..dan timer tu di bahagian mane..

Unknown berkata...

Salam tuan. Peti sejuk sy 5-6 bln tak on lps pindah rumah. Baru ni sy switch on peti sejuk hidup tapi tak sejuk. Kenapa ya tuan.

Wai Bee berkata...

Kenapa peti sejuk tidak sejuk? Mula2 pastikan compresornya hidup atau tidak. Jika tidak, cuba laraskan termostat nya ke 'On'. Jika masih juga, usik timer di belakang (peti ais 2 pintu & ke atas) dgn memusing sedikit dgn test pen @ skrudriver flat. Jika masih juga x sejuk, panggil pomen yg berdekatan utk memeriksa dgn lebih detail..

Wai Bee berkata...

Timer ada di bhgn belakang peti ais.jika awak sudah check tp peti ais masih senyap, cuba panggil pomen yg berdekatan utk check dgn lebih detail..

mubarakrahman berkata...

salam tuan, sy ada satu peti sejuk jenama hisense 2 pintu..mula2 dia x sejuk, atas dan bawah. hantar repair, ok balik, tp bawah x sesejuk sebelum ni..lagi satu, bila dia dh betul2 sejuk, dia akan defrost, sampai semua yg dlm tu cair..sy off kan dia dan dh cuba pusing timer blkg sampai bunyi (mgkin dh masuk defrosttime). lepas 24 jam, on balik dia dh x nk hidup..lampu dlm menyala..ada bunyi zzzzz..sy tggu hampir 3 jam, masih x fuction..akhir sekali sy pusingkan lg timer smpai bunyi lagi, dan kemudaian on balik..baru function..adakah timer sy sudah rosak? ohon bantuan dr tuan..tq

Toyeng berkata...

Salam tuan...sy ada masalah frezeer 3 pintu brand lg..masalah nya yg compartmen paling bawah x sejuk...dah cuba matikan utk cairkan ais...seminggu pakai jadik balik...timer pon da tukar..ada masalah lain ke?

Toyeng berkata...

Salam tuan...sy ada masalah frezeer 3 pintu brand lg..masalah nya yg compartmen paling bawah x sejuk...dah cuba matikan utk cairkan ais...seminggu pakai jadik balik...timer pon da tukar..ada masalah lain ke?

Unknown berkata...

Salam.. Nak tanya kipas bahagian atas yg beku tu kipas x pusing kenape ya...

Wai Bee berkata...

mubarakrahman - salam, apa yg pomen repair sebelum ni ye? sbb proses dia salingkait, timer menjaga proses kitaran compresor dan heater silih berganti, manakala defrost timer menjaga proses itu dengan kawalan suhu yg tertentu, jd 4 komponen salingkait termasuk kipas di atas dan kapasitor kipas. kena check satu persatu baru kita tahu punca sebenarnya. boleh cuba tukar timer dulu tgk mcamana..

toyeng - salam, cuba check motor kipas, mgkin coil problem atau kapasitor problem..

tajul - salam, mgkin coil kipas rosak disebabkan jammed atau kapasitor dia yg rosak.

sekofil berkata...

Assalam..peti ais jenama Toshiba. Usia dlm 10thn..kebelakangan ni bhgn atas kejap beku kejap tak..tp still sejuk wpun x sesejuk sblm ni..apa.masalah utama dia sblm saya nak panggil technican dtg repair..

thx

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

assalam..peti ais sy jenama hisense mini bar baru beli 2 bulan..masalahnya kerap berbunyi pop setiap lebih kurang setengah jam..sy perasan dlm seminggu dua ni..bole tuan jelaskan ape masalahnya..

Unknown berkata...

As salam ..peti ais saya jenama sharp .masalah peti ni terlalu sejuk sehingga menjadi beku dibahagian bawah. Sayur dan buah-buahan pun akan membeku.boleh tuan jelaskan apa yang rosak tq tuan

Wai Bee berkata...

waalaikumsalam.. biasanya itu masalah pd defrost termostat kat cooling coil..

Wai Bee berkata...

waalaikumsalam.. maaf sy pun x pasti..try contact kedai tmpt awak beli mini bar tu..

Wai Bee berkata...

waalaikumsalam.. ini disebabkan terlalu kerap membuka pintu peti ais dan mgkin juga getah pintu tu sudahrosak, terkoyak atau mengeras..

«Lebih lama ‹Lebih lama   1 – 200 daripada 288   Terbaru› Baru»