iklan2

Rabu, 13 Jun 2012

Mari Mengenal Komponen-komponen peti sejuk rumah..


[]p[]
1. Pemampat (jenis salingan tertutup) / Reciprocating hermetic.

- Pemampat memainkan peranan yang amat penting dalam sistem peti sejuk. Ianya mengepam gas bahan pendingin ke seluruhan sistem. Kebiasaannya peti sejuk menggunakan pemampat dari jenis salingan tertutup (sealed hermetic).


2. Penyejat / Evaporator.
- Penyejat berfungsi menyerap haba panas daripada makanan dan minuman yang disimpan di dalam peti sejuk.


- Penyejat diperbuat daripada bahan logam anti karat seperti tembaga dan aluminium agar penyerapan habanya lebih efektif.

- Peti sejuk satu pintu jenis pembeku (freezer) mempunyai penyejat yang memenuhi seluruh bahagian peti agar setiap bahagian memiliki suhu yang sama iaitu 0°C.

- Bagi peti sejuk satu pintu non freezer, penyejat diletakkan di bahagian atas, manakala bahagian lain akan menerima hembusan sejuk daripada bahagian penyejat.


3. Pemasa Nyahfros / Defrost Timer.

- Timer dipasang pada peti sejuk tanpa fros yang berfungsi untuk mengawal arus masuk dari termostat ke kipas, pemampat dan pemanas.

- Timer yang biasa digunakan dinamakan ‘defrost timer’ yang mempunyai 4 terminal.

- Arus timer diperolehi dari termostat yang berhubung dengan terminal 1 dan 3. Terminal 2 menghubungkan timer dengan fius dan pemanas. Terminal 4 menghubungkan timer dengan pemampat dan motor kipas.

- Apabila timer tidak berfungsi, komponen yang berhubung dengannya akan bermasalah.


4. Kapasitor / Capacitor.
 
- Kapasitor berfungsi untuk membangkitkan atau memutar motor elektrik (pemampat / kipas) sehingga mencapai putaran penuh.


- Kapasitor bekerja sangat singkat sewaktu menggerakkan pemampat / kipas dan segera terputus ketika putaran pemampat / kipas mencapai tahap maksimum.


5. Pelindung Beban Lampau / Overload Protector.
 
- Overload Protector atau Pelindung Beban Lampau merupakan komponen keselamatan untuk pemampat.


- Alat ini dapat melindungi komponen elektrik peti sejuk daripada kerosakan akibat arus yang dihasilkan pemampat melebihi had normal.

- Jika arus pada pemampat melebihi dari arus yang sepatutnya, overload akan memutuskan bekalan yang masuk ke pemampat.


6. Geganti / Relay.

- Geganti @ relay merupakan suis automatik untuk menggerakkan motor pemampat.


- Ia bekerja dengan menyesuaikan putaran magnet yang dibangkitkan sehingga dapat menghubungkan atau memutuskan semula arus elektrik secara automatik.


Komponen-komponen no.7 sehingga no.12 adalah seperti di bawah ini :

7. Pemeluwap / Condensor.


















- Pemeluwap berfungsi untuk menyingkirkan haba yang diserap oleh penyejat dan pemampat.
- Jenis pemeluwap yang banyak digunakan pada peti sejuk ialah dari jenis penyejuk udara.

- Ketika peti sejuk dihidupkan, pemeluwap akan terasa panas apabila disentuh.

- Pada peringkat awalnya, pemeluwap ini diletakkan di belakang peti sejuk, tetapi pada masa kini, ianya diletakkan di dalam badan peti sejuk.

- Ini dapat mengurangkan berlakunya karat pada badan peti sejuk di samping ia menjadikan peti sejuk lebih menarik.


















8. Penyaring / Strainer.













- Penyaring bekerja dengan menapis kotoran yang terhasil daripada hakisan bahan pendingin di dalam sistem peti sejuk.


- Serpihan dan kotoran paip seboleh mungkin tidak masuk ke dalam pemampat dan ianya disaring oleh penyaring ini.

- Penyaring mesti mampu menyaring kekotoran yang mungkin akan memasuki sistem seperti karat, serpihan logam atau tembaga ketika kerja-kerja mengimpal dilakukan.

9. Tiub Kapilari / Capillary Tube.

















- Peti sejuk tidak menggunakan alat mekanikal sebagai kawalan aliran bahan pendingin. Ia menggunakan tiub kapilari atau tiub rerambut.



- Pada dasarnya tiub rerambut adalah satu tiub yang kecil. Kadar aliran bahan pendinginnya ditentukan oleh panjang tiub dan garis pusat dalaman lubang.


- Bahan pendingin akan terus mengalir melalui kapilari apabila pemampat berhenti sehingga tekanan dalam sistem (sebelah tinggi dan sampingan rendah) berada pada tekanan yang sama.


- Tiub rerambut biasanya terletak selepas penapis penyaring, ia kadang-kadang dibentuk ke dalam gegelung yang ketat di sekitar talian sedutan.


- Dapat diperhatikan bahawa tiub rerambut sebenarnya melalui dalam talian sedutan penyejat dan dengan itu menyediakan ciri-ciri pertukaran haba yang meningkatkan prestasi pemampat.

















10. Pelaras Suhu / Thermostat.

- Termostat juga dikenali sebagai pengawal suhu. Ia berfungsi untuk mengawal suhu secara automatik berdasarkan bacaan suhu pada setiap bahagian peti sejuk.


- Ia adalah umpama suis automatik yang bekerja berdasarkan pengawalan suhu.

- Jika suhu penyejat sudah mencapai pada suhu yang dilaraskan pada termostat, ia akan memutuskan bekalan elektrik ke pemampat.

 
 
 
 
 
 
 
 
11.Pemanas nyahfros / Defrost Heater.
 
- Pemanas atau ‘heater’ biasanya dipasang pada peti sejuk non freezer, 2 pintu dan ke atas.


- Ia berfungsi untuk mencairkan frost yang terbentuk di penyejat sekali gus mencegah daripada terjadinya penimbunan frost.


- Pemanas diperbuat daripada kawat pemanas dan dibungkus dengan vinyl (sejenis plastik).

- Saiz elemen pemanas disesuaikan dengan saiz penyejat.

- Terdapat 3 jenis pemanas tanpa frost iaitu pemanas lilit, kaca dan aluminium.

- Pemanas lilit dipasang di sekitar paip penyejuk di bahagian penyejat manakala pemanas kaca dan lembaran aluminium dipasang di bahagian bawah penyejat.



12.Kipas / Fan @ Blower.
 
- Kipas penyejat (evap fan) hanya terdapat pada peti sejuk 2 pintu dan ke atas.


- Ia berfungsi untuk menghembuskan udara dingin dari penyejat ke seluruh bahagian peti sejuk.

- Daun kipas diperbuat daripada bahan plastik atau aluminium.

- Terdapat dua jenis daun kipas iaitu ‘propeller’ dan ‘blower wheel’.


- Jika pintu peti sejuk dibuka, kipas akan ‘off’. Begitu juga jika pemanas sedang bekerja, kipas akan ‘off’.

288 ulasan :

«Lebih lama   ‹Lebih lama   201 – 288 daripada 288
Unknown berkata...

Salam..chest freezer elba saya bila on suis, bunyi dengung kompressor skjp..lps brp saat, bunyi klik relay.. Kompressor off..lampu freezer tetap myala..dh try tkr relay, msh sama jgk..peti sejuk rasanya br dlm 3 thn..

Wai Bee berkata...

waalaikumsalam.. sy kurang pasti penyebab dia.. klu masih ada waranty baik tanya kedai tmpt awk beli ye..

Wai Bee berkata...

waalaikumsalam. kmgkinan termostat setting terlallu max. atau kerap membuka pintu peti ais atau gtah pintu dh rosak. cuba check keseluruhan getah pintu.

anez_lee berkata...

saya nak tanya, baru2 ni peti ais saya rosak. peti ais dua pintu. saya dah panggil pomen untuk check and dia kata compressor rosak, kalau tukar compressor harga dalam rm800-rm900. betul ke harga dalam anggaran tu untuk tukar compressor?

Wai Bee berkata...

anez.. klu harga tu baik awak beli peti ais yg baru.. puas hati..

Wai Bee berkata...

salam.. kmgkinan ada masalah pada compressor..

Unknown berkata...

Salam..buka peti ade bunyi mcm biasa..yg tak biasanya lampu je tak nyala..acaner tu?minta tlg ngabor kat teman ni kejap..

Unknown berkata...

Assalamualaikum klu peti ais jenis ais box lambt beku kenapa yr

Unknown berkata...

assalam..Bos nak tanye skit Ni,,saye ad peti sejuk display(Peti sejuk air tin)tak sejuk la Bos,condensor sye da cuci tp masih take sejuk..kenape ye Bos??mntk tunjuk ajar

Wai Bee berkata...

Salam.. lampu yg terbakar

Wai Bee berkata...

Waalaikumsalam..
Check :
1. Pemampat panas ke tidak,
2. Strainer @ filter suam atau tak,
3. Check tekanan dgn manifold gauge.. bacaan yg sesuai bawah 10 psi

Wai Bee berkata...

Waalaikumsalam.. check filter dia panas suam ke sejuk, klu sejuk dia sumbat, check ampere atau tekanan dgn manifold gauge, biasanya tekanan bwh 20 psi. Ampere ikut spec di tepi dinding unit..

Unknown berkata...

Bos klu 150W bersamaan brapa Ampere ?? klu filter sumbat bleh ke servis sndiri or kna pnggil tchnican

Roslan berkata...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ tuan.
Peti ais saya jenama hitachi 2 pintu. Bahagian atas dan bawah tak sejuk.
Kompresor kejap on kejap off. Tak sampai seminit cuma dalam beberapa saat.
Pomen check amp motor 7++. Sepatutnya cuma 1 amp. Dia kata kompresor rosak. Betul ke? Kalau tukar baru + upah dalam rm350. Ok ke tak harga tu.
Terima kasih.

Unknown berkata...

Slm bro,,,nk tnya,,kalau peti sejuk dah tak sejuk apa mslh dia? Atas dgn bawah xsejuk,,

nazmi berkata...

assalam..peti ais sy
mini bar baru beli 2 bulan..masalahnya kerap berbunyi pop setiap lebih kurang setengah jam..sy perasan dlm seminggu dua ni..bole tuan jelaskan ape masalahnya..harap tuan dapat membalas

Wai Bee berkata...

Waalaikumsalam..
Maaf lambat reply..
Klu repair @ tukar compresor dgn harga tu mmg berbaloi.. 😊

Wai Bee berkata...

Salam bro..
Maaf lambat reply.. bro cuba baca balik thread dlm blog ini yg menceritakan kenapa peti sejuk bermasalah ye 😊
Mungkin compresor dia x hidup atau fius dia putus..

Wai Bee berkata...

Waalaikumsalam.. maaf lambat reply.. bunyi pop tu mgkin drpd compresor.. sy rasa ianya normal selagi peti ais sejuk. Mgkin kaki peti ais x rata..

gaman berkata...

nak tanya.. peti ais saya jenis samsung inverter 2 pintu.. masalahnya kurang sejuk.. semua lampu on. kalau tutup pintu macam ada ada bunyi mengalir dalam peti ais. apa masalah .. peti ais tu beli 2013

Wai Bee berkata...

Yg bunyi mengalir dlm peti ais tu adalah bunyi gas dia, klu inverter gas R600a

Unknown berkata...

Hi Wai Bee, Peti Sejuk saya brand Nasional NR-B42T, 2 pintu. Bawah Freezer, atas chiller. Mggu lps saya perasan peti sejuk dah x sejuk spt biasa. Bahagian chiller langsing x sejuk. Hanya freezer jer sejuk tetapi x membeku. Saya cuba buka (unscrew) peti sejuk tu, dan mmg jelas bahagian Condensor dia membeku (penuh dengan air batu). Kemudian saya cairkan semuanya, biarkan kering. Saya pasang balik. Syukur ianya berfungsi seperti biasa. Chiller dah sejuk, bahagian freezer dah membeku. Tp x lama, 4 hari jer bertahan, hari ni sy perasan ianya kembali bermasalah spt diatas. Chiller x sejuk, freezer x freezing. Boleh tahu apa masalah? Dan berapa kos utk alat ganti.
(Kipas masih berpusing normal)

Khairul Sepang Murah berkata...

Hai Hanssem Group

Kemungkinan ada beberapa komponen yang perlu disemak.

1. Thermostat
2. Heater element
3. Thermal Fius

Biasanya dan selalunya Thermostat yang mengalami masalah. Cuba perhatikan didalam pastik tersebut. Jika terdapat tanda-2 air telah dalam tiub tersebut. Maknanya alat tulah yang bermasalah.

Selain tu , Cuba semak komponen no.2 dan no.3

Anggaran kos alat ganti range harga bergantung kepada lokasi tuan tinggal.

Unknown berkata...

assalam...masalah sy skrg peti ais xsejuk.. sy da tnya kawan..pdgan dia suruh sy tukar thermostat...ok ap yh sy perhatikan...sblom tukar thermostat..kompresor sy agak pnas.. n thwn bila sy tukar thermstat dan sy perhatikan kompresor jd warm.. tp peti ais sy masih xsejuk jgk.. apa masalah yg blh sy tau..supayaelak di tipu kedai. tq

Wai Bee berkata...

Waalaikumsalam..
Cuba awk pegang strainer dia, rasa panas suam ke x? Klu sejuk bermakna peti ais awk sumbat kat situ, kena tukar strainer yg baru, klu peti ais awk dh lama, sebaiknya flushing atau cuci piping, vakum dan isi gas yg baru,

Unknown berkata...

Assalam. Peti ais saya piping di compressor bocor. Dah repair. Tapi masalahnya piping tu berais. Kenapa ye...Adakah kerana gas kurang. Mohon pencerahan. Tq

Wai Bee berkata...

Jika peti ais awk sejuk mcm biasa, tak apa itu mgkin hanya bunyi compresor dia masa cut in dan cut off..

Wai Bee berkata...

Waalaikumsalam..
Jika pomen yg repair ikut prosedur yg betul ia mesti ok saja, jika tidak mmg akan muncul masalah lain, ais d piping tu mgkin berpunca drpd sistem tersumbat, ia x dpt lalu tmpt yg tersumbat lalu membeku di situ yg menyebabkan piping berais.. rujuk semula pomen yg repair sebelum ini..

Unknown berkata...

Salam tn.. tmpg tanya.. peti ais saya ..bwah x sejuk.. atas sejuk mcm bwh.. belakang frezer atas atas dah penuh dgn ais.. sy dah tutup plak sehari.. sampai ais semua dah cair... sy on balik.. sama jugak bawah x sejuk tp atas sejuk mcm bawah... then dah penuh dgn ais balik sampai kipas pun dah tak berputar... apa masaalah nyer yer...alat yg dlm frezzer untuk menyah beku ais tu kita panggil apa yer..

Unknown berkata...

Salam wai bee, peti ais jenama samsung 2 pintu inverter,tiba2 xsejuk atas bawah..saya ada panggil pomen..dia kata board komputer utk power rosak...sebab lampu n kipas jalan cuma motor xgerak..kos repair tukar board dalam rm380.00.. mmg betul ke kos dia camtu...

Haidir berkata...

Salam bos...nk try luck ni...kot2 admin ni still berminat jwb...
Chest freezer bila on senyap je..indicator power ada,indicator run xda,kompressor pun x running...knapa ek

Wai Bee berkata...

Salam.. peti ais awk 2 pintu ye.. alat menyahbeku ais tu defrost Heater, jd peti ais awk ni sy kurang pasti masalah dia sbb kena tahu dh brapa usia dia, jenama apa, getah pintu dia masih elok ke tidak, dan byk komponen kena check satu persatu sbnarnya.. cuba panggil pomen yg berdekatan utk memeriksa dgn lebih detail lagi ye..

Wai Bee berkata...

Salam.. ye kebanyakan masalah inverter ni mmg board punca dia, tp ada juga punca dr komponen yg lain. Jika board yg rosak, sebaiknya baiki part elektronik yg bermasalah sahaja, tidak perlu tukar semua, jika tukar semua sy kurang pasti harga dia boleh mencecah sehingga rm380, hrga mcm agak mahal...

Wai Bee berkata...

Salam. Jika indicator run utk compressor x da, cuba usik termostat sbb punca supply elektrik ke compresor dr termostat, kemungkinan termostat off atau rosak..

Unknown berkata...

As Salam, selamat menjalani ibadah di bulan ramadan.
Peti ais saya LG 2 pintu side by side. Problemnya, bahagian coil and dinding freeser penuh dgn frost so mknan tk beku, just sejuk jer. Bila saya cairkan semua frost/ais, freezer berfungsi secara normal, tp tahan 2 hari jer lah, then frost berkumpul semula, kena repeat semula cairkan frost.
Yg saya nmpak, kipas ok jer. Boleh tau tak komponen mana yg rosak?
Tq En Wai Bee

Wai Bee berkata...

Waalaikumsalam.. terima kasih dan selamat berpuasa jugak..
Masalah peti sejuk awk ni kmgkinan ialah defrost termostat dia kena tukar, harga dia klu kat KL dlm rm18 begitu, x termasuk upah pasang ikut pomen tu brapa dia nk caj..
Lagi satu kena pastikan getah pintu peti sejuk awk dlm keadaan baik ye..

Unknown berkata...

Terima kasih en. Wai Bee, semoga Allah balas jasa tuan di bulan penuh barakah ni. Seal kt pintu semua ok jer, 2 kali dh hntar service, yg 1st tu dia kata masalah kipas kaki patah(?), yg 2nd pulak kata tk der rosak apa2, tu yg saya nekad bukak sendiri, punyalah penuh ais kt coils n fins, tebal yg amat. Tq again ✌

Wai Bee berkata...

Ok andai kata lepas tukar defrost termostat tu dia mssih jd jugak, kmgkinan heater dan timer bermasalah kerana 3 komponen ini yg memain peranan utk defrost peti sejuk jika ais sudah menebal. Terima kasih atas doa cik / puan kpd saya :)

Unknown berkata...

wai vee aku ada masalah n chiller 2 pintu comp running tapi jadi vacum ,masuk minyak ok die naik pada 0psi masuk gas lak die tetap kat 0psi kalau mcm tu apa masalahnya ek????

Wai Bee berkata...

Sumbat kat filter dan cooling coil, kena buat flushing buang minyak yg dh naik ke dlm sistem

Unknown berkata...

As salam encik YB.. sye baru beli peti ais jenama hitachi.. beli secondhand je.. 2pintu.. sye nak tanye kenape peti sejuk sye sekejap sejuk sekejap tak yee ?? Bile dye tak sejuk dye akan stop running selama 40minit kemudian dye okay balik.. plug memang tak usik langsung sentiasa biarkan on.. memang ade problem ke ?? Atawpon brand hitachi nie memang set timer macam tu ?? First time guna jenama hitachi nie

Wai Bee berkata...

Waalaikumsalam.. alamak.. knpa boleh jd mcm tu pulak? Kena tnya balik tmpt awk beli tu.. sepatutnya x de jd mcm tu..

Unknown berkata...

assalammualaikum en.. nk.tny gas untuk comp kolthorn peti juscool 3 pintu brp perlu isi... sbb setgh kata 20@15 setgh kata 60 max... yg mana betul

Wai Bee berkata...

Waalaikumsalam.. tgk gas apa yg dia guna, samaada R22 atau R134a, tp biasanya mmg tekanan dlm 18 - 20 psi

Unknown berkata...

Assalammualaikum..nk tnya klau kt coil frost..peti sjuk jenis samsung 2pintu xsjuk..adakah dsbkan heater sdh rosak dan getah pintu sdh rosak blh myebabkan tidak sejuk dh brpa kos repair kdua2nya

checkgo berkata...

Assalam tuan, nak tanya apa perbezaan kompresor freezer dng fridge. Ada kah dari segi HP dia. Berapa harga kompresor freezer 1HP. T. Kasih

Wai Bee berkata...

saudara Ikram - waalaikumsalam ikram, kemungkinan defrost thermostat yg rosak. kena check satu persatu baru kita dpt kenal pasti yg mana satu yg rosak. klu heater yg rosak, harga sebatang tu dlm rm35, klu getah pintu sy kurang pasti..

Checkgo - waalaikumsalam.. beza comp freezer dgn fridge ni bergantung kpd penggunaan dan kapasiti, tetapi ia tidak jauh beza, kebanyakkan nya menggunakan comp jenis 'hermetic' yg menggunanakan gas r134a. harga comp utk freezer 1hp saya kurang pasti, sbb klu comp fridge 1/4 @ 1/5 hp dlm rm280, klu 1 hp lagi mahal sbb besar.. mgkin sekitar rm 400 - 450.. :)

Helmi berkata...

Salam boss,, saya nk tanya, knape peti sejuk saya 2 pintu compressor sejuk dan berlaku sweating pd compressor tersebut... Dan lagi satu, kenape copper tube sblom evap berlaku froz.. Mohon pencerahan dan langkah2 utk penyelesaian... Tq

Caa berkata...

Assalamualaikum tu. Sy ada beli peti sjuk mitsubushi 2pintu.. masalahnya xsejuk tp sensor,kipas,kompressor semua ok.. cuma sblum xsejuk trus skarg dia pernah jadi kadang2 ok kadang2 x

khai1938 berkata...

Hi en wai bee. Saya ada satu mini bar brand pensonic. Boleh ke saya nak convert mini bar tersebut menjadi freezer?. Tujuan untuk menyimpan susu anak. Nak beli deep freezer terlalu besar. Boleh bg pendapat utk proses modifikasi serta kesan yg akan timbul?

khai1938 berkata...

Hi en wai bee. Saya ada satu mini bar brand pensonic. Boleh ke saya nak convert mini bar tersebut menjadi freezer?. Tujuan untuk menyimpan susu anak. Nak beli deep freezer terlalu besar. Boleh bg pendapat utk proses modifikasi serta kesan yg akan timbul?

Mr jack berkata...

Assalamua'laikum tuan.. Semua peti ais ada timer ke tak pon sesetengah je yg ade, lagi satu pintu beku hanya sejuk sahaja tpi tak beku, dan bahagian pintu penyejuk tak sejuk langsung.. Apa yg rosak selalunya ye.. Memang compressor sangat panas ye kalau dipegang dengan tangan atau normal mmg panas bila running.. Terima kasih kasih tuan

Wai Bee berkata...

Waalaikumsalam.. mgkin bunyi perjalanan gas dlm sistem atau bunyi compressor masa on Dan off..

Wai Bee berkata...

Salam.. Kenna panggil semula pomen yg buat kerja2 tu.. seolahnya sistem overcharged, kena buang sikit gas dlm sistem..

Wai Bee berkata...

Waalaikumsalam.. kena panggil pomen yg pakar peti ais utk check dgn lebih detail..

Wai Bee berkata...

Saya dh reply dulu kan 😊

Wai Bee berkata...

Waalaikumsalam. yg ada timer peti Sejuk Dua pintu Dan ke atas. Compressor klu baik dia akan terasa panas suam klu dipegang dgn tapak tangan, klu terlampau panas bermakna ada problem pd sistem..

Unknown berkata...

hai salam..peti ais sy brand hisense 2 pintu,2 bulan lepas umah sy banjir..peti ais tu sy dah keringkan dlm smggu sblom on suis..2 3 ari peti ais tu ok sume xde masalah tp smggu lepas tu terus x hidup x sejuk langsung atas dan bawah and lampu pn x idup..mmg xde bunyi pape(kipas) so skrg sy x tau nak panggil org dtg repair ke camne,sbb takut cas mahal..peti tu kalau x silap masih under warranty,tp kad warranty da ilang mase banjir..ape ygleh sy buat skrg..tq.

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Wai Bee berkata...

Salam.. klu awk risau utk panggil pomen dan dia caj mahal, sy cadang awk cari saudara mara terdekat yg tahu pasal elektrik boleh suruh dia check dulu. Sbb saya rasa mgkin masalah connection drpd supply masuk ke peti ais ada masalah sbb banjir.

Unknown berkata...

Salam. Saya hendak tanya masa pengisian gas r134a compressor jadi sejuk dan berpeluh dibawah compressor. Paip masuk panas dan paip keluar sejuk. Tekanan 40psi dn penunjuk gas r134a -15. Suhu dalam chiller 4C. Chiller saya 2pintu Compressor saya r134a 1/3hp 1.6A. Dapat kiranya menolong. Adakah saya terlebih topup gas atau kurang. Sebelum tukar compressor saya check tekanan dalam 100psi +4 penunjuk pada r134a dlm masa compressor mati.

Wai Bee berkata...

Salam. Ada ambik bacaan clamp? Tekanan 40psi tu agak tinggi bg r134a.. Cuba kurangkan ikut spec ampere yg tertera..

sibox hunter berkata...

assalammuakaikum dan swlamat pagi yb... peti ais sy 2 pintu jenama panasonic... sy offkan peti ais sy sebab berpindah rumah, masa saya offkan peti sejuk sy dalam kaadaan semua berfungsi cantik... selepas 3 minggu sy jual peti ais tu, dan ada orang membeli, bila dipasang dirumahnya, owner baru cakap peti ais bahagian atas tu tidak membeku dan bahagian bawah berfungsi sepenuhnya.. apakah kemungkinan peti ais saya sudah rosak...

Wai Bee berkata...

Waalaikumsalam.. biasanya kerosakan yg begini berpunca drpd defrost thermostat yg sudah x dpt membaca suhu yg sepatutnya dicapai oleh peti ais itu. Kdg2 boleh jd jugak masalah pd heater dan juga timer, jd kena check ketiga2 benda tersebut..

Tanpa Nama berkata...

salam boss...sy ad peti sejuk...peti tu lama tk pakai...sy simpan...dulu pakai ok tp lpas simpan lama dan bila nk pakai semula...peti sejuk tu langsung taknak hidup...kenapa ya...musykil la...hantar kedai...kedai cakap rosak...

Wai Bee berkata...

Salam.. sepatutnya awk check dahulu current life dia mati sampai kat mana, mula2 check dr fius dlm plug 3 pin tu pastu dia pergi ke termostat, lps tu ke overload baru dia onkan compressor, kmungkinan termostat x laras ke no 1. Atau juga kmgkinan Ada kabel putus digigit tikus sbb tu current x sampai ke compresor, klu awk htr kedai pastu kena kedai yg menipu mmg dia akan ckp rosak.. atau pun kedai tu mmg x mahir baiki peti ais..

Unknown berkata...

Salam tuan betul ke cost nak masukkan gas pada chiller rm200 ? Sebabnya kawan saya charge saya rm200 just isi gas sebab chilller x sejuk

Dzaryf berkata...

Assalam..Peti sejuk saya satu pintu jenis model lama..bila on,dia senyap ja..lampu nyala..dlm 10saat,dia bunyi 'tap' kt sblah compressor..tp xdak bunyi running mcm normal fridge..lansung x sejuk..knapa yaa.?mmg x sejuk...bunyi 'tap' tu akan ulang lebih kurng setiap seminit kot..buleh jd relay ka.?

Wai Bee berkata...

Salam.. dh ok ye chiller tu?
Selain dpd isi gas, apa lg yg dia buat? Ada flushing x? Tukar strainer x? Tukar myk @ topup myk compresor x? Klu ye harga rm200 tu mmg berbaloi 😊

Wai Bee berkata...

Waalaikumsalam.. ya itu bunyi overload, bunyi tu masa dia close dan open bi-metal, biasanya disebabkan oleh compressor yg rosak.. Cuba tukar dulu overload dan relay sekali, klu masih jd jugak mmg compressor sudah rosak..

Iera Lee berkata...

Assalam saya nak tanya, peti ais saya 1 pintu, 2 hari lepas suami tekan defrost untuk cair kan ais dan biasanya peti tu kena tekan button defrost semula untuk berfungsi balik. Yang menjadi masalah, peti terus tak sejuk, lampu masih on, ada bunyi tapi secara mendatar sahaja bukan macam biasa.. kenapa ek? kalau gas saya baru je tukar bulan 2 hari tu..nak kata bocor try cari tak jumpa..

Wai Bee berkata...

Waalaikumsalam.. pernah repair ke sblm ni? Klu masih 2 bln lps repair tu kena tanya balik pomen yg pernah buat tu.. bg saya mgkin peti ais awk tu ada masalah sumbat dlm sistem, cuba awk pegang compressor dan strainer dia, Ada rasa panas Tak? Klu panas bermakna ok, klu sejuk salah satu tu bermakna sistem sumbat..

Iera Lee berkata...

Ok thank you, tapi boleh ke betulkan sendiri tu tanpa mintak pomen check? and let say tersumbat berapa agak-agak kos betulkan ye?

Wai Bee berkata...

Boleh, klu awk tahu cara2 nya dan cukup tools.. Kos baiki sumbat tu skrg ni dlm rm250

Unknown berkata...

Nak tnya skit la.... apa pnca problem tu ar... klw kta smbungkan plug peti sejuk.. trus suis utama trip???

Wai Bee berkata...

Klu ikut pengalaman sy, biasanya berpunca drpd compresor yo dh short ataupun heater yg dh short, apa pun kena check dgn lbh detail mgkin ada part lain juga yg problem

Unknown berkata...

assalamualaikum encik wai bee..peti ais saya jenama hisense..saya dah lama tk pkai sbb peti ais dlm 2 thn..alkisah dia peti ais saya beli secondhand elok je dlm 2 bln pastu pegi la baiki dlm 1 lbh je guna mslah sama jgk tetiba dia tk sjuk, tp dpt on cuma tk sjuk, sya muktamad kn gas dia dh abis..so saya biar kn je peti ais slme 2 thn la student kn susah nk skit la byk pkai duit..so arine saya nk jual la peti tu sbb dh tk gunakn..so sya try on blik peti tu sya sbb buyer sya tu sruh on kn..so sya biar kn la dlm sejam pstu time sya nk ttp tu sya prasan peti ais tu sjuk..so saya jd confuse dh nk jual ke tk ne..samaada peti ais ok je atau kmungkinan dia blh rosak blik

Unknown berkata...

Assalam...peti ais saya berbunyi bising...mcm bunyi kipas berpusing tak sempurna...peti ais 2 pintu...bila bukak pintu bawah...bunyi hilang...bila tutup,kembali berbunyi...

Unknown berkata...

Salam tumpang tnya peti ais saya jnama singer 2 pintu.kenapa tak sejuk lampu menyala bila on kipas bunyi tapi badan peti tak panas apa masalah peti ais tu??

Unknown berkata...

Boss boleh bgi no ws nk kongsi ilmu sikit

Wai Bee berkata...

Salam semua.. maafkan saya kerana lambat reply..

waniey razali - hmmm.. susah nk jawab ni.. magik :)

fairulosmadi - ye bunyi kipas, kena tukar kipas atau biarkan off dulu peti sejuk tu..

siti nor soleha - kena check tgk compressor jalan tak, klu x jln mgkin thermostat, relay dan overload problem.

wasap 0135667178

Pyancyti berkata...

Salam..peti ais sharp..compressor panas tp xsejuk..apa kerosakan bos

Unknown berkata...

assalam ..peti ais sy sebelum itu sejuk ok ..tiba je dia xsejuk n ad shock pd pemengang peti ais n body..apa punca kerosakkan or apa y bole sya atasi..nya harap tuan dpt mbantu sy..n brkongsi sdkit ilmu tuan

Unknown berkata...

lupa lak jenis peti ais 2 tingkt LG
lagi stu bila ON suis ..hanya lampu je..kipas ats xjalan.bila lama skit ada rase shock dkt area body n pemengang..

Unknown berkata...

Hi... nk tnya. Cover peti sejuk yg tmpat pnyejuk beku tu ada jual x d mna2 ? Sbp dah pecah n i dah buang.. peti sejuk sharp 1 pintu

Unknown berkata...

Saya bru repair petiais sy...dan kne tukar moto harga 3rts lbh siap gas btl ke?

Unknown berkata...

Saya bru repair petiais sy...dan kne tukar moto harga 3rts lbh siap gas btl ke?

Unknown berkata...

Saya bru repair petiais sy...dan kne tukar moto harga 3rts lbh siap gas btl ke?

«Lebih lama ‹Lebih lama   201 – 288 daripada 288   Terbaru› Baru»