iklan2

Khamis, 22 Mac 2012

Keselamatan Elektrik Di Rumah..


1. Elektrik memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian kita. Walau bagaimanapun, ia mempunyai potensi untuk menyebabkan kemudaratan yang besar.

2. Peralatan elektrik seperti peti sejuk perlu dijaga dan diberi perhatian selalu. Peti sejuk perlukan ruang untuk bernafas (membebaskan haba). Elakkan menyimpannya di dalam kabinet tanpa bukaan yang betul, dan tidak meletakkan kertas atau kain di sekelilingnya.

3. Jika apa-apa perkakasan atau alat elektrik yang mengeluarkan kejutan sesemut, cabut plugnya, dan panggil orang yang berkelayakan membetulkan masalah tersebut. Kejutan elektrik yang besar boleh membawa maut.

4. Periksa peralatan secara berkala untuk mengesan penebat yang dipakai mungkin sudah retak, terminal yang longgar, wayar berkarat, bahagian yang rosak dan mana-mana komponen lain yang mungkin tidak berfungsi dengan betul.

5. Gantikan perkakasan elektrik yang rosak atau panggil orang yang berkelayakan untuk membaikinya.



Beberapa tips keselamatan elektrik yang perlu diingati:

• Jangan sekali-kali menggunakan apa-apa logam untuk menggantikan fius pada plug 3 pin. Gunakan kadaran fius yang sesuai untuk melindungi litar.


• Jangan memegang wayar atau litar elektrik yang hidup ketika tangan anda masih basah.


• Jangan gunakan satu soket dengan sambungan yang banyak sekali gus.

  

• Jangan masukkan pisau, anak kunci atau skrudriver ke dalam lubang soket.

  

• Pastikan anak-anak tidak bermain dengan soket elektrik.





• Jangan sekali-kali meletakkan kabel sambungan (extension cord) di bawah permaidani.


• Jangan biarkan pokok yang berhampiran dengan talian kuasa elektrik.

• Simpan tangga, layang-layang, peralatan dan apa-apa saja dari talian kuasa atas.

Tiada ulasan :