iklan2

Khamis, 10 November 2011

Peti ais krim wall's 3 tingkat ^_^

Peti sejuk 3 pintu, frost pada bahagian freezer..

 29/10/2011 - Peti sejuk 3 pintu ni, kurang sejuk di bahagian tengah, setelah dibuka pada bahagian freezer didapati frost pada penyejat...
Saya cuba tukar defrost thermostat dan biarkan peti on selama sehari..
30/10/2011 - Setelah dibiarkan unit on sehari semalam, Alhamdulillah frost sudah berkurangan dan bahagian tengah peti sejuk sudah dapat tahap sejuk yang dikehendaki.
Peti sejuk National, model NR-C43TA..

Selasa, 8 November 2011

Menyimpan pemampat jika tidak digunakan dalam jangka masa yang lama.

Pemampat @ Compressor peti sejuk atau aircond yang sudah dikeluarkan dari unit (masih berfungsi dengan baik), jika tidak digunakan untuk jangka masa yang lama, eloklah disimpan dalam keadaan yang baik.Tutup semua salurannya supaya udara dan lembapan tidak masuk ke dalam pemampat kerana ia boleh mengakibatkan bahagian dalamnya cepat berkarat.


Pemampat yang sudah dikeluarkan dari unit peti sejuk.

Sambungkan tiub kuprum ke salah satu saluran pada pemampat kemudian brazingkan hujungnya.

Sambungkan access valve.


Sambungkan tiub kuprum pada saluran yang satu lagi dan brazingkan.

Kemudian, lakukan pengosongan / vakumkan pemampat tersebut. (lebih kurang15 minit).

Selepas itu, masukkan bahan pendingin / refrigerant ke dalam pemampat.

Masukkan refrigerant perlahan-lahan sehingga jarum pada low side berhenti.

Lakukan 'pinching' pada access valve.

Brazingkan hujung access valve tadi.
Pemampat siap untuk disimpan.