iklan2

Khamis, 10 Februari 2011

membaiki peti sejuk 2 pintu - samsung

Salam... setahun tak update blog ni... huhu... maksudnye takde kerja2 yang dilakukan...
cuma semalam aku dan sorang budak ikbn bm Peter pegi repair sebuah peti sejuk 2 pintu jenama samsung...
Puncanya suis utama (MCB) di rumah tu trip / turun. Jadi selepas di periksa, didapati ia berpunca drpd peti sejuk 2 pintu ini... Wlupun unit lama dah off, tapi suhu panas pd body compressor / pemampat dia terlalu panas... jadi Peter kata, minyak compressor dah takde, ia disebabkan semasa pengangkutan iaitu semasa mengangkat unit tersebut secara baring 180 darjah... selepas sampai di destinasi, unit itu terus di Onkan... Jadi minyak compressor belum sempat turun sepenuhnya ke dalam compressor, menyebabkan ia dikitar sekali bersama-sama dengan bahan pendingin (gas).... huhuhu...
gambar akan menyusul....

Gambar belakang peti sejuk sebelum kerja-kerja dimulakan, hehe..
Buka takungan air limpah (drain pipe) yang berada di atas pemampat.

Antara peralatan-peralatan yang diperlukan untuk melakukan kerja-kerja membaik pulih peti sejuk. (R22 tu sebenarnya sebagai ganti Nitrogen untuk kerja "flushing" dan membersih sistem paip peti sejuk daripada sebarang kesumbatan dan kekotoran).
Mula-mula cabutkan injap pada servis valve yang asal sebelum dimasukkan dengan "access valve" untuk memudahkan kerja-kerja ^_^.










Panaskan paip saluran discharge sebelum mencabutnya...



Cabut saluran "discharge".

Seterusnya cabut saluran "suction" sebelum pemampat dibawa keluar daripada unit.
Jeng jeng.. pemampat sudah di bawa keluar dari unit peti sejuk... Lepas ni mudah sikit untuk melakukan kerja-kerja pembaikan ke atas pemampat ini.
Sambungkan access valve pada discharge pipe..
Selepas siap dipasang access valve..
Sambungkan ke gas R22 utk melakukan 'flushing' dibahagian pemeluwap sehingga ke bahagian strainer..
Flush...
Tukar access valve ke paip suction pulak..
Flush di bahagian penyejat ke tiub kapilari.
Pada bahagian ini, terdapat banyak minyak yg keluar, bermakna minyak drpd pemampat sudah terbawa ke dalam sistem.
Persediaan sebelum mengisi minyak yang baru ke dalam pemampat.
Selepas diisi minyak, check terminal pemampat dengan menggunakan multimeter.
Check juga terminal ke body pemampat.

Sambung semula paip discharge dan paip suction dengan kaedah brazing.



Vakum dahulu unit sebelum diisi gas bahan pendingin. Selepas divakum, barulah kita charging dengan gas r134a.
Alhamdulillah... selepas di test run, unit dalam keadaan yang memuaskan...

124 ulasan :

Tanpa Nama berkata...

x paham aku

Tanpa Nama berkata...

salam..kalo satu unit dimatikan selama lebih kurang 1bulan,kemudian bila on,kompresor hidup tapi tidak sejuk..apa yang berlaku ya bos?

Wai Bee berkata...

kita kene ada asas RAC baru senang paham...

Wai Bee berkata...

Salam, sori lambat reply.. jika sebelumnya unit masih ok, berkemungkinan larasan pada thermostatnya terganggu, kerana mustahil unit ada masalah walaupun lama tidak dihidupkan...

Tanpa Nama berkata...

Sori bro tanya ckit aku baru beli peti sejuk Samsung sama jenis macam gambar dekat atas tu,peti sejuk tu baru beli tapi bila on tu tepi peti sejuk tu jadi terlalu panas kenapa erk....?

Wai Bee berkata...

ok, untuk pengetahuan saudara yang bertanya, peti sejuk tidak kira jenama apa pun, jika kita onkan, di bahagian tepinya akan menjadi panas, kadang-kadang panas yang kuat, tetapi jangan risau, ini adalah kerana peti sejuk itu dalam proses untuk menyejukkan bahagian dalam kabinetnya (yang mengandungi penyejat - menyerap haba) manakala di bahagian luar body peti sejuk di tepi atau di atas (yang mengandungi pemeluwap - menyingkir haba). Dan proses ini sememangnya normal. Jika ia terlalu panas, pastikan adakah ianya berterusan begitu atau hanya untuk beberapa ketika waktu sahaja..
sekian, harap membantu ^_^

Tanpa Nama berkata...

salam, compressor peti sejuk dengan compressor aircond sama ke? saya plan nak buat sistem penyejukan air 500 liter. nak tahu compressor mana lebih baik.

Wai Bee berkata...

Salam..
compressor utk aircond tidak sama dengan compressor peti sejuk, kebanyakkan aircond rumah menggunakan comp jenis rotary (bilah putar) manakala comp peti sejuk menggunakan comp jenis salingan (pergerakan omboh). Kedua2nya ada saiz yang berbeza mengikut kapasiti unit aircond atau unit peti sejuk... ^_^

Tanpa Nama berkata...

Assalam bro wai bee, fridge saya brand LG.. setahun x on sebab letak dlm stor..bahagian atas sejuk/beku tapi bahagian bawah x sejuk...lampu semua ok.. boleh tau x sebab apa yg rosak? ada yang kata timer, ada yang kata defrost hiter & ada jugak yang kata termo sensor.. or compressor? agak2 kalau nak repair berapa kos nya ye? aien

Wai Bee berkata...

Salam aien..
peti sejuk tu simpan dlm stor sebab rosak seperti yg aien bagitau tu ke?
emm.. kalau bahagian atas sejuk, tetapi bahagian bawah tak sejuk, seolahnya kipas tidak berfungsi untuk mengedarkan udara sejuk ke bahagian bawah. Biasanya bilah kipas diselaputi frost ataupun gegelung kipas yang sudah rosak adalah penyebabnya. Dan tidak mustahil juga 'defrost heater'rosak kerana tidak boleh mencairkan ais yang tebal dibahagian atas. Apa pun, penyelesaiannya berdasarkan dgn menguji satu persatu komponen yg saya sebutkan tadi. Tentang caj, saya tidak boleh sebutkan disini kerana ia bergantung kepada komponen apa yg rosak.
harap membantu ^_^

Tanpa Nama berkata...

Salam tuan. kat mane nak beli spare part kipas utk peti ais LG tu. Saya duk kat area ukay perdana, ampang.

Wai Bee berkata...

Salam kembali, tuan boleh cari kedai spare part aircond dgn peti sejuk "Raco" di area Pandah Indah..

Unknown berkata...

Aslm bro.. Peti sejuk kt umh sy brand sharp.. Bru je beli... Bila nk buang air kt blkg peti sejuk 2 sy bru perasan... Compressor peti sejuk ni.. Cm kemek.... Normal ke bnda cm ni???? Stkt ni.. Peti sejuk ni keadaan dia ok ag..

Wai Bee berkata...

waalaikumsalam.. kemek tu mmg begitu.. standard manufacturing.. air takungan tu x perlu dibuang secara manual.. air tu akan menyejat secara automatik..

Unknown berkata...

Oooo.. Cm 2.. Sory bro.. Sy kurang skit pngetahuan dlm bab2 ni.. Tq bro.. ;-)

Unknown berkata...

Ok thankz bro... Ingt npe r kemek2 kt compressor 2... Hehe...

Unknown berkata...

peti ais kita mcm sama... cuma nak tanya.. nape ada buat kuat vsft2 kat belakang peti sejuk tu????

Wai Bee berkata...

maaf saya tak paham soalan awak.. huhu..

zaza berkata...

Assalam wai bee petisejuk saya ada sikit droo tempreature dia. Saya jenguk bhgn belakang bwh dia ada habuk tebal. Adakah ini penyebab temp turun? Boleh jawap pd email tak zaza_hadi@yahoo.com tq

Hazu Zura berkata...

Salam..nak tanya, kalau peti sejuk tu kita baringkan 180 darjah semasa proses pemindahan, berapa lama diperlukan untuk biar ia rest sebelum switch on suis? TQ.

Wai Bee berkata...

Salam kembali.. Selepas kita baringkan peti tu semasa pindah, dirikan ia dan biarkan ia sekurang-kurangnya 8 jam atau biarkan sehari baru kita onkan..

Kamera Media berkata...

Salam tuan, saya nak tumpang tanya. Hari tu sy off kan peti ais beberapa hari sebab nak pindah rumah. Lepas sy on balik peti ais tu, dia jadi berbau. Dah 3minggu.sebab apa ye. Ada tak cara2 supaya bau tu dapat dihilangkan? Terima kasih tuan.

Wai Bee berkata...

Salam tuan. Sebaiknya sebelum digunakan semula, awak bersihkan dulu dgn mengelap bahagian dalamnya dgn kain lembab bersabun sedikit utk menghilangkan bau makanan yg melekat..

Unknown berkata...

Salam bro..saya duduk area pandan mewah dkt hospital ampang.boleh tinggalkan contact no sbb peti ais saya meragam

Wai Bee berkata...

Salam zack. Saya duduk Sarawak. Area Kota Samarahan / Kuching..

Unknown berkata...

Bro... Peti sejuk umah aku pakai brand toshiba GR-R30MPT. Dari dulu beli... Sampai la skang dah 2 tahun lebih. Atas cepat sgt sejuk tp bawah kurang sejuk... Set temp atas no 1 pun masih cepat sejuk padahal set tem bawah sampax max... Sama jer. Bleh bantu sblum nak hantar repair... Takut depa charge yg bukan2. Kalau tgk gambar atas tu... Peti sejuk tu sama.

Wai Bee berkata...

hi bro frenchy.. cuba offkan dulu peti sejuk tu sehari smlm.. klu masih juga, check kapasitor kipas dia..

Unknown berkata...

Salam bro nk tnya boleh x peti ais kita simpan dlm keadaan baring untuk beberapa hari?nnti nk on ada efek apa2 x??nk g outstation takut rumah banjir tu yg simpan dlu.

Wai Bee berkata...

Salam bro..
Emm.. boleh je.. tp nti masa nk guna, dirikan peti ais tu dan biarkan sehari semalam sebelum dionkan suisnya..

wan berkata...

As salam..Engin peti ais sllu run jadi panas...x ada cut off automatic..ada kah masalah relay ..?? Ke sensor y rosak

Wai Bee berkata...

Waalaikumsalam.. kene tgk bberapa faktor lain, adakah awak letak terlalu byk brg makanan dlm peti ais? Adakah termostat diset pd kedudukan tinggi? Atau mgkin anak2 terlalu kerap membuka pintu peti ais? Perhatikan getah pintu, mgkin ada tmpt yg rosak atau tidak melekat. Jika semua ini ok, mgkin masalah termostat atau masalah defrost termostat atau masalah compresor sendiri. 

Unknown berkata...

Salam bro. Ade buat servis repair peti sejuk kat rumah x bro. Peti sejuk rumah buat hal xbak sejuk. Saya stay kat Taman Sukma PJ.

Wai Bee berkata...

Salam bro.. maaf sy x repair peti ais ke rmh.. maaf ya..

rabak kandis online store berkata...

Salam chip..saya bidayuh padawan..boleh beri contact no?..saya baru dlm bidang ni nak minta pertolongan..sms 0109616546..terima kasih kerna berkongsi pengalamn..

rabak kandis online store berkata...

Salam chip..saya bidayuh padawan..boleh beri contact no?..saya baru dlm bidang ni nak minta pertolongan..sms 0109616546..terima kasih kerna berkongsi pengalamn..

rabak kandis online store berkata...

Salam pok..ada contact no x..aku dari padawan bidayuh..nak minta pertolongan ckit..0109616546..gud blog for evryone thx

rabak kandis online store berkata...

Salam pok..ada contact no x..aku dari padawan bidayuh..nak minta pertolongan ckit..0109616546..gud blog for evryone thx

Dunia Alin's berkata...

Sy baru saja membeli peti sejuk penghantaran dalam.jam 3.30 petang. Seelok2nya jam brapa sy boleh on kan peri sejuk?minta pandangan

khairul DIY berkata...

Dunia Alin,
Seeloknya dalam jangka masa 24 jam

Wai Bee berkata...

rabak kandis - dh settle ye.. :)

Dunia Alin - seperti yg khairul diy bgtau :)

Khairul diy - tq :)

xxx berkata...

Salam. Nak tanya. Bolehka peti sejuk dipindahkan dalam keadaan baring? (Nak pindah rumah)

Wai Bee berkata...

Salam.. boleh je.. tp jgn terus on klu dh smpai ke destinasi. Biarkan 24 jam berdiri sblm dionkan..

xxx berkata...

Ok mekaseh

Unknown berkata...

Selepas kita baring kn unit..Dan on DL ms 30mint Ada msalah tk?? Mohon pencerahan tq

Wai Bee berkata...

Maksudnya lps peti sejuk tu baring, awk terus on ye? Skrg mcmana keadaan peti sejuk tu? Masih ok ke atau macamana? Sy tak dpt nk bg pencerahan dulu.. huhu..

Unknown berkata...

Assalamualaikum. .sya nak tnya..knape peti ais sya di bahagian frezer x membeku..sejuk tp x membeku..pti ais Samsung 1 pintu
Trima kasih

Unknown berkata...

Assalamualaikum. .sya nak tnya..knape peti ais sya di bahagian frezer x membeku..sejuk tp x membeku..pti ais Samsung 1 pintu
Trima kasih

Wai Bee berkata...

Waalaikumsalam. . Cuba tgk setting termostat. Naikkan setting ke high.. brapa lama dh usia peti ais tu?

Unknown berkata...

Salam bro.. saya baru pindahkan peti ais guna van dan peti dlm keaadaan baring.. saya biarkan sehari itk on balik.. masaalahnya peti ais xsejuk2 dah hanya wap2 jer yg kuar.. sbb sebelum ni ok jee..

Wai Bee berkata...

salam.. aduh.. payah klu gini.. :(

Unknown berkata...

salam tuan sya nak tany peti sejuk sy sblm ni rosak dan dah repair.. Kemudian sy angakt pindah rumah smasa pindah kedudukan peti sejuk menegak kdudukan atas lori (masa pjalanan 30 minit)... Cuma waktu nak angkat peti sejuk tu dlm posisi melintang.... Masa rehat peti sejuk tu lebih kurang 7 jam... Bila sy nak switch on ( guna extension wayer heavy duty) berlaku trip... Bole terangkan punyca berlaku begitu..ada disebabkan tempoh rehat peti sejuk tu x cukup lama......

Wai Bee berkata...

salam kembali.. sy kurang pasti sebab apa berlaku trip.. kena check satu persatu cari punca dia baru kita boleh confirm apa masalah sebenar dia..

Khairul Sepang Murah berkata...

Salam Az Mal

Pada pandangan saya 7 jam tidak mencukupi. Setakat sy ketahui , sy akan biarkan peti sejuk berkenaan selama 48 jam.

Tuan boleh google dengan carian "Leaving a fridge or freezer (Used or new) to stand after being transported"

Sy nak letakkan disini telalu panjang penjelasannya.

Berkenaan trip.
semcm Wai Bee berpendapat. Banyak faktor penyebab trip tersebut.
Kemungkinan sedikit sy dapat kongsikan
1. Kepala soket rosak
2. Kabel terkapit antara satu sama lain
3. kabel atau komponen terkena air.
4. Soket utama rosak.

Unknown berkata...

Salam wai bee..peti sejuk samsung 2 pintu inverter sya baru je tukar pcb board...skarg dlm keadaan elok..cuma..bhagian bwh sejuk tpi kurg..n the compressor bekerja tanpa henti kecuali waktu auto defros.pada pendapat awk..pcb board yg ditukar tu tk sesuai dengan peti sejuk inverter sya ke???

Unknown berkata...

Inverter compressor mmg bekerja tanpa henti kan??.sbb dia hanya menurunkan kelajuan comp apabila suhu mencapai tahap maksima..tpi comp tu bekerja keras..atas beku sngt cepat tpi bwh sejuk tpi tk sejuk mana pon.semoga ada jalan😅

DG Trader berkata...

Tuan,saya punya samsung dua pintu..baru beli..lps 4 jam masuk umah,sy on kan..selang 15 min bahagian tepi jadi panas sangat,kt tepi2 macam ada kesan minyak padahal sebelum on tkde pun kesan tu..normal ke..klu tk normal nk kol kedai ni..huhu

DG Trader berkata...

Tuan,saya punya samsung dua pintu..baru beli..lps 4 jam masuk umah,sy on kan..selang 15 min bahagian tepi jadi panas sangat,kt tepi2 macam ada kesan minyak padahal sebelum on tkde pun kesan tu..normal ke..klu tk normal nk kol kedai ni..huhu

Wai Bee berkata...

ye betul tu.. mgkin masalah kipas yg menghembus angin sejuk ke bawah tu kurang kuat..

Wai Bee berkata...

..rasanya itu operasi normal dia taun.. tunggu dlm sehari dua ni..

Unknown berkata...

Wai bee...peti sejuk sya tu dari pcb board pakai timer...baru sejuk dan beku..cuma compressor bekerja tanpa henti dengan kelajuan yg tk berubah..bising betul bunyi dia..dh 2 kali antar repair..lecehlah pakai inverter..

Unknown berkata...

Bos peti ais sy jenis 3 pintu..bru ni jdi tk beku tpi cuma dingin ja..panggil org repair ktanya timer dan thermostat rosak lalu d gnti. Lepas beku la. Selang 2 hari jdi tk beku balik. Air batu mula cair..panggil semula org repair. Bila dia check katanya kompressor jadi panas dan dia pn off kan suis peti ais...esok hari dia dtg dan on semula...peti ais berjalan seperti semula dan beku. Sambil2 tu orh repair mnta monitor bhg body peti ais tu panas atau tidak. Klau panas ok katanya. Kompressor tak sepatutnya panas. Selang sehari sy monitor body peti ais tetap panas akan tetapi kompressor jgak jadi panas melampau dan peti tidak membeku. Cuma dingin sahaja. Apa agaknya masalah mcm ni ya? Tukang repair pulak mula endah tk endah mcm nak mengelak bila call panggil utk check...tolong info sat bos..kot nak whatsapp sy trus pn blh ja..0195166649

Wai Bee berkata...

Tuan Ikmal, masa peti ais running tu cuba rasa strainer atau penapis dia rasa suam panas tak? Sepatutnya ia suam panas, jika ia terasa sejuk, maksudnya ia tersumbat sebab itu peti ais kurang prestasinya.. jika tersumbat kena buat flushing dan tukar strainer yg baru..vakum dan isi gas semula..

Bazlee Budwiser berkata...

Salam,



1. Saya ada peti ais LG.



2. Beli second hand dan nak dekat 2 tahun kami menggunakan nya.



3. Masalah berlaku akan ada trip apabila saya on peti ais tersebut baru baru ini.



4. Tapi apabila sy test dan menggunakan rice cooker pula di main plug yang sama tiada trip berlaku.



Mohon bantuan.



Terima kasih,

Bazlee.

011-10010099

Wai Bee berkata...

Salam bazlee..
Peti ais yg trip biasanya disebabkan oleh pemampat yg bermasalah, kadang2 boleh juga disebabkan oleh heater utk peti ais 2 pintu.

Itu saja yg biasa sy jumpa 😊

Unknown berkata...

Assalam nk tya..knp peti sejuk samsung 2 door side by side bawah keluar air?

Wai Bee berkata...

Waalaikumsalam.. ia disebabkan oleh saluran air keluar tersumbat, kena cuci buangkan lendir yg menyumbat di situ..

Nikfreno berkata...

Assalam bro wai bee, saya ada water cooler...masalahnya kurang sejuk, suhu hanya capai takat 17-18 celcius je dan compressornya mudah panas.terima kasih

Nikfreno berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Wai Bee berkata...

Waalaikumsalam.. kena check satu persatu cari punca masalah dia..

smiley marlina berkata...

Salam..
Baru2 ni suami ade bersih kan belakang peti ais dua pintu guna penyedut vacum.. suami off kn peti dlu then dia sedut di bahagian tepi pemampat.. adakah cara tersebut memberikn kesan kepada pemampat peti ais seperti meletop atay fatal yg lain?

Wai Bee berkata...

Salam.. x de masalah.. boleh je, ia tidak akan mengganggu sistem peti ais..

Unknown berkata...

Salam...bro wai bee...nak tnya..apa yg berlaku sekiranya kita on peti sejuk yg baru dibeli selepas 1 jam..sbb pekerja kedai tu bgtahu on selepas 1 jam...

Unknown berkata...

Bila sy on...dia panas dibahagian tepi...dalam sejuk..tp belum btl2 sejuk..selalunya berapa lama sejuk dia akan stabil ye?.. Skrg sy offkan dulu...tunggu pg esok bru on or sy ptt biarkan je..

zakrichan berkata...

asalamualaikum... semalam saya beli peti ais 2nd panasonic.. so bila sampai rumah saya saya tak on sbb diver lori tu kata biar 2 ke 3 jam baru on.. so selepas on.. saya dapati body peti sejuk jadi panas.. namun peti ais berfungsi dengan baik sejuk beku dan bahagian bawa pun ok.. yang saya risau panas di body tu sampai ke pagi dia panas je.. risau dgn keadaan tersebut saya offkan dulu mungkin kata orang nak tunggu hingga 12 ke 24 jam selepas tu baru on balik.. nak tanya mmg masalah ke peti ais bila body dia panas sentiasa..

Wai Bee berkata...

Salam.. boleh je xde masalah..

Wai Bee berkata...

Mmg keadaan dia begitu, jgn risau, awk biarkan dia on sehingga dia betul-betul stabil..

Wai Bee berkata...

Waalaikumsalam.. iye mmg prinsip kerja peti ais, di dalam sejuk dan di luar panas, mmg sentiasa panas utk pembebasan haba berlaku, jgn risau itu keadaan normal..

Jalitah Hamdan berkata...

Assalamualaikum... saya nak tanya...saya baru beli peti sejuk samsung 2pintu... br sampai pg ni...tp selepas 4jam baru saya on...selepas on mmg sejuk tp body luar nya panas...kenapa yer

Wai Bee berkata...

Waalaikumsalam..
Wah, best nye ada peti ais baru.. Pn jgn risau mmg body di luar dia panas sbb proses kondensasi

Unknown berkata...

Bos mahu tnya..peti ais 2pintu jnis samsung..tepi peti dye panas..kt dlm dye xsejuk atas dan bwah..check smua setting dye ok..kt atas frost tp xsjuk adakah sebab heater dye dah rosak

Unknown berkata...

Peti ais saya samsung 2 tingkat' pintu atas ok sejuk' tpi pintu bwah tak sejuk'bleh bgi penjelasan apa yg rosak' bru jdi 2 mggu'sblum tu ok sjuk ja' whatapps sya 01128445533. Mntak pnjelasan yg pakar tq

Unknown berkata...

Peti ais sy 2 pintu jenama sharp..7 thn...tp baru shj berpindah rumah n sy on kan semua slps 7 jam..bhgn luar panas..bhgn freezer sudah berjaya beku ais..tp bhgn bawah kurang sejuk..apa perlu sy buat..skrg sy off semula sbb risau..harap tuan dpt bantu..tq

Unknown berkata...

Salam tuan..mlm td karen umah sy trip..then sy pun on kn semula..pg2 esoknye br sy perasan peti ais samsung 1pintu sy xberfungsi..bile sy off plug peti ais n on semula trus karen umah trip..then sy tukar overload relay n ptc relay peti ais..then on kn peti ais tp still trip..lepas tu sy try buka mentol peti ais..bile dh buka mmg dh terbakar..sy pun on semula peti ais,karen dh tak trip,tp kompresor xrunning..adakah kompressor sy rosak?

Wai Bee berkata...

klu masalah ini biasanya defrost termostat yg problem, dia x boleh detect suhu sejuk apabila ais menebal dan masa yg sepatutnya heater on utk mencairkan ais tebal tu..

Wai Bee berkata...

Klu atas ok bwh x sejuk biasanya masalah kipas yg x dpt hantar angin sejuk ke bhgn bwh..

Wai Bee berkata...

Biasanya masalah kipas dia ni..

Unknown berkata...

Assalamualaikum, saya ada peti sejuk panasonic. Pagi ni saya sedar peti ais sy mulai tidak sejuk. Enjin ada bunyi,bhgn luar peti ais kbiasaan nya panas tp skrg xrsa apa2. Jenis plasma 2 pintu. Bhgn bwh utuk sejuk beku sparuh sejuk. Tp bhgn atas dh x sejuk. Sy xda idea apa yg rosak? Boleh mintak penerangan?

Wai Bee berkata...

Salam.. maaf lmbt reply..
Klu nk tahu compresor ok ke tidak, kena check dan test.. awk kata dh tukar overload dan relay.. cara paling senang, test direct dr supply 240v ke compresor, kena sambung overload dgn relay ye.. klu compresor boleh hidup bermakna ia ok.. klu x mmg dia rosak 😊

Wai Bee berkata...

Waalaikumsalam..
Kemungkinan kipas nk tolak angin ke bhgn atas ada masalah.. awk cuba offkan peti ais dlm masa yg lama, dlm 6 - 12 jam, lps tu on semula tgk result dia mcmana.. klu masih jugak kena panggil pomen yg pakar utk check ye

decapri9175 berkata...

MASLAH PETI SEJUK LG TIDAK SEJUK BHGN BAWAH.
BERKEMUNGKIN KE KALAU MOTHERBORD INVERTER ROSAK JUGAK KALO KIPAS MMG DAH DIDAPATI ROSAK DAN JEM.

Wai Bee berkata...

Mother board jarang rosak kecuali kena kilat, klu kipas yg rosak mmg mempengaruhi yg lain2.. cuba tukar kipas tu dulu

Unknown berkata...

Selamat sejahtera Wai Bee. Peti sejuk 2 pintu Toshiba saya ada masalah. Atas tak beku dan bahagiab bawah juga tak sejuk. Lampu menyala. Compressor juga berjalan. Jadi dari pengalamn tuan Wai Bee, apakah terlebih dahulu yang perlu diperiksa? Jika tidak keberatan harap dapat WhatsApp saya di 0179318346
Zul, Kuantan.

Unknown berkata...

Salam tuan...sy nk tnya skit...peti ais samsung rt32 sy x sejuk n beku tiba2...ais mncair n peti tu baru berusia 3 thn...sbb leaking gas ke or sbb ln?

Unknown berkata...

Sy dh utk lbh krg 8 jam bl on still sama...warranty samsung hnta utk kompresor n inverter kompressor...tlng bg pndapat..tq tuan

Wai Bee berkata...

Salam sejahtera.. maaf lambat reply.. pertama sekali kena check strainer, klu sejuk bermakna sistem sumbat, kena buat flushing sistem tu.. cuba Google cara flushing peti ais, klu ada basic aircond dan peti ais boleh cuba buat tp klu xda basic kena panggil pomen yg pakar..

Wai Bee berkata...

Salam tuan.. ini agak sukar sedikit kerana ia mgkin melibatkan board inverter..

Unknown berkata...

Salam...tuan sy nk tny peti ais sy tiba2 tak sejuk atas dn bwh.. sy perhatian ade cecair bercampur minyak di tray belakang peti ais tersebut.. jenis same seperti gmbr diatas..

Unknown berkata...

Salam...tuan sy nk tny peti ais sy tiba2 tak sejuk atas dn bwh.. sy perhatian ade cecair bercampur minyak di tray belakang peti ais tersebut.. jenis same seperti gmbr diatas..

sxx18288 berkata...

salam tuan Wai Bee.. kalau peti ais sharp 1 pintu terbocor pada bahagian freezer dan gas hbs keluar.. perlu flushing ke sistem utk tambah gas selepas buat penampalan pada kebocorab tersebut?

Wai Bee berkata...

Salam.. klu ada myk dlm tray tu maksudnya air buangan tu bercampur dgn myk makanan, sy rasa bkn myk drpd sistem tu.. kena check satu persatu knpa ia x sejuk..

Wai Bee berkata...

Salam.. ye memang kena buat flushing slps buat penampalan..

Abang berkata...

Salam...peti ais samsung dua pintu I tak sejuk. Comp. ada bunyi tp bila bukak pintu takde pun bunyi hembusan dari kipas? Tolong beri pandangan sebelum I nak hantar repair. Makseh

WorldWithin berkata...

Salam Encik..

Peti ais di rumah saya kompressor x hidup ( Tiada udara sejuk keluar, cuma lampu sahaja yg menyala)

Pernah berlaku dalam sebulan lepas, saya bersihkan takuangan belakang, dan matikan peti ais selama beberapa jam sebelum hidupkan semula, Alhamdulillah hidup kembali.

# Isunya semalam, terjadi semula..(sy repeat semula cara di atas) tp kompressor xhidup...

Harap encik boleh berikan pandangan:

# Apa ya masalah dengan peti ais ni?

Unknown berkata...

Salam tuan,
Peti sejuk samsung dua pintu saya kena tukar heater.

Mcm mna saya nk tukar heater tu?

Modelnya sama seperti gambar dlm blog tuan diatas.

Terima kasih

Wai Bee berkata...

Salam.. mgkin masalah kipas atas ya rosak..

Wai Bee berkata...

Salam.. maaf sy Tak pasti.. tp klu peti ais 2 pintu cuba usik tombol timer dgn memusing sedikit hingga bunyi "klik"

azura adila berkata...

salam En..peti ais da berusia 7 tahun..baru smlm terus xsejuk..mula2 ingat xde pape sbb kipasnya kadang berhenti dn hidup kembali dgn sendiri..tp ni langsung xbergerak da.

Wai Bee berkata...

Salam.. kena buka semua skru yg ada pada cover yg menutup bhgn heater, lain model lain tmpt skru dia..

Wai Bee berkata...

Salam.. Kena panggil pomen yh pakar Peti ais utk check apa masalah sebenarnya..

Unknown berkata...

Ade buat servis repair peti sejuk kt rumah tak?

Wai Bee berkata...

Maaf, xde

man berkata...

salam bos..peti ais samsung inverter 2 pintu beli bulan 5 2016. Skrg langsung xhidup, mcm xda power supply. Cek suis ok...adakah sbb fius atau benda2 lain?

Wai Bee berkata...

Salam.. Mula2 check fius Kat plug dia lps tu tgk diagram current dia lalu mana pulak, biasanya kat termostat dulu baru pergi ke overload di pemampat. Kadang2 boleh jd board yg bermasalah..

Tanpa Nama berkata...

Baca komen..ramai juga masalah dgn samsung inverter 2 pintu. Sbb sy baru beli 2 taun. Skrg ada ais pd lubang udara bawah..menyebabkan bhgn bawah kurang sejuk..dan ada air mengalir keluar. Hmm..harap lepas defrost oklah..kalau gitu jugak mmg peti ais jenis ni byk masalah lah agaknya.

Unknown berkata...

Salam..nak tny..sya bru bli peti ais..courier xckp apa2..tpi sya still tunggu 4jam then baru on..msa mula2 on dgq bunyi fan tu..lepas 1min..sya xdgr dah..peti ais xsjuk bwah and atas..lampu menyala..sya kna off blik ka?or mmg ada masalah..

Wai Bee berkata...

Salam.. jenama apa? Dua pintu ye.. tggu dulu sehari dua.. klu masih problem boleh call kedai tmpt awk beli peti sejuk tu..

Unknown berkata...

Untuk peti sejuk Satu pintu,Sukatan minyak berapa Milimeter untuk kompressor?Terima Kasih

Unknown berkata...

Assalam...nk tnya berapa jumlah minyak untuk kompressor peti sejuk?sebab minyak yg sy keluarkan dari kompressor ni hanya 125ml

lunaticg berkata...

Tuan.., saya ada masalah yang sama. Mcmana nak buka saluran air untuk peti sejuk samsung dua pintu? Kena buka besi kat belakang tu ke?

Wai Bee berkata...

Salam semua.. maafkan saya kerana lambat reply..

Zul Malik - peti sejuk 1 pintu biasanya dlm 200ml

Along Zam - minyak utk compressor peti sejuk dlm 200ml

gila lunatic - ikut brand jugak, tapi biasanya tak boleh buka sbb ia diseal sekali dgn body, cuma mula dan hujung saja boleh kita servis.

CULA77 berkata...

Assalam tuan...sy nak tanya apa masaalah dgn peti ais saya...sy beli second,jenis samsung!lebih kurang 9bulan yg lepas,sy dh repair sbb compressor rosak,tukar baru,masaalah skrg ni,kalau on suis akan berlaku trip...1 rumah tak de eletrik...
Sy try tukar plak lain tapi tetap berlaku...apa masaalah tuan!!!mohon pencerahan

Wai Bee berkata...

Waalaikumsalam, klu trip biasanya berpunca dari masalah elektrik, mgkin compressor tu dh rosak atau heater dia rosak (peti 2 pintu) atau ada part lain yg rosak. kena check satu satu punca dia.

Ntahapahapantah berkata...

Assalam wai bee, berapa lama nak kena tggu utk on semula peti klu kita pindah peti sejuk guna lori (keadaan baring hanya ketika angkat peti)??? Ada beza ke masa menunggu utk peti 1 pintu dgn 2 pintu??? Min waktu menunggu???

Wai Bee berkata...

waalaikumsalam.. paling elok tunggu dlm 4 jam lbh kurang..