iklan2

Khamis, 10 Februari 2011

membaiki peti sejuk 2 pintu - samsung

Salam... setahun tak update blog ni... huhu... maksudnye takde kerja2 yang dilakukan...
cuma semalam aku dan sorang budak ikbn bm Peter pegi repair sebuah peti sejuk 2 pintu jenama samsung...
Puncanya suis utama (MCB) di rumah tu trip / turun. Jadi selepas di periksa, didapati ia berpunca drpd peti sejuk 2 pintu ini... Wlupun unit lama dah off, tapi suhu panas pd body compressor / pemampat dia terlalu panas... jadi Peter kata, minyak compressor dah takde, ia disebabkan semasa pengangkutan iaitu semasa mengangkat unit tersebut secara baring 180 darjah... selepas sampai di destinasi, unit itu terus di Onkan... Jadi minyak compressor belum sempat turun sepenuhnya ke dalam compressor, menyebabkan ia dikitar sekali bersama-sama dengan bahan pendingin (gas).... huhuhu...
gambar akan menyusul....

Gambar belakang peti sejuk sebelum kerja-kerja dimulakan, hehe..
Buka takungan air limpah (drain pipe) yang berada di atas pemampat.

Antara peralatan-peralatan yang diperlukan untuk melakukan kerja-kerja membaik pulih peti sejuk. (R22 tu sebenarnya sebagai ganti Nitrogen untuk kerja "flushing" dan membersih sistem paip peti sejuk daripada sebarang kesumbatan dan kekotoran).
Mula-mula cabutkan injap pada servis valve yang asal sebelum dimasukkan dengan "access valve" untuk memudahkan kerja-kerja ^_^.










Panaskan paip saluran discharge sebelum mencabutnya...



Cabut saluran "discharge".

Seterusnya cabut saluran "suction" sebelum pemampat dibawa keluar daripada unit.
Jeng jeng.. pemampat sudah di bawa keluar dari unit peti sejuk... Lepas ni mudah sikit untuk melakukan kerja-kerja pembaikan ke atas pemampat ini.
Sambungkan access valve pada discharge pipe..
Selepas siap dipasang access valve..
Sambungkan ke gas R22 utk melakukan 'flushing' dibahagian pemeluwap sehingga ke bahagian strainer..
Flush...
Tukar access valve ke paip suction pulak..
Flush di bahagian penyejat ke tiub kapilari.
Pada bahagian ini, terdapat banyak minyak yg keluar, bermakna minyak drpd pemampat sudah terbawa ke dalam sistem.
Persediaan sebelum mengisi minyak yang baru ke dalam pemampat.
Selepas diisi minyak, check terminal pemampat dengan menggunakan multimeter.
Check juga terminal ke body pemampat.

Sambung semula paip discharge dan paip suction dengan kaedah brazing.



Vakum dahulu unit sebelum diisi gas bahan pendingin. Selepas divakum, barulah kita charging dengan gas r134a.
Alhamdulillah... selepas di test run, unit dalam keadaan yang memuaskan...

50 ulasan :

Tanpa Nama berkata...

x paham aku

Tanpa Nama berkata...

salam..kalo satu unit dimatikan selama lebih kurang 1bulan,kemudian bila on,kompresor hidup tapi tidak sejuk..apa yang berlaku ya bos?

Aeri berkata...

kita kene ada asas RAC baru senang paham...

Aeri berkata...

Salam, sori lambat reply.. jika sebelumnya unit masih ok, berkemungkinan larasan pada thermostatnya terganggu, kerana mustahil unit ada masalah walaupun lama tidak dihidupkan...

Tanpa Nama berkata...

Sori bro tanya ckit aku baru beli peti sejuk Samsung sama jenis macam gambar dekat atas tu,peti sejuk tu baru beli tapi bila on tu tepi peti sejuk tu jadi terlalu panas kenapa erk....?

wai bee berkata...

ok, untuk pengetahuan saudara yang bertanya, peti sejuk tidak kira jenama apa pun, jika kita onkan, di bahagian tepinya akan menjadi panas, kadang-kadang panas yang kuat, tetapi jangan risau, ini adalah kerana peti sejuk itu dalam proses untuk menyejukkan bahagian dalam kabinetnya (yang mengandungi penyejat - menyerap haba) manakala di bahagian luar body peti sejuk di tepi atau di atas (yang mengandungi pemeluwap - menyingkir haba). Dan proses ini sememangnya normal. Jika ia terlalu panas, pastikan adakah ianya berterusan begitu atau hanya untuk beberapa ketika waktu sahaja..
sekian, harap membantu ^_^

Tanpa Nama berkata...

salam, compressor peti sejuk dengan compressor aircond sama ke? saya plan nak buat sistem penyejukan air 500 liter. nak tahu compressor mana lebih baik.

wai bee berkata...

Salam..
compressor utk aircond tidak sama dengan compressor peti sejuk, kebanyakkan aircond rumah menggunakan comp jenis rotary (bilah putar) manakala comp peti sejuk menggunakan comp jenis salingan (pergerakan omboh). Kedua2nya ada saiz yang berbeza mengikut kapasiti unit aircond atau unit peti sejuk... ^_^

Tanpa Nama berkata...

Assalam bro wai bee, fridge saya brand LG.. setahun x on sebab letak dlm stor..bahagian atas sejuk/beku tapi bahagian bawah x sejuk...lampu semua ok.. boleh tau x sebab apa yg rosak? ada yang kata timer, ada yang kata defrost hiter & ada jugak yang kata termo sensor.. or compressor? agak2 kalau nak repair berapa kos nya ye? aien

wai bee berkata...

Salam aien..
peti sejuk tu simpan dlm stor sebab rosak seperti yg aien bagitau tu ke?
emm.. kalau bahagian atas sejuk, tetapi bahagian bawah tak sejuk, seolahnya kipas tidak berfungsi untuk mengedarkan udara sejuk ke bahagian bawah. Biasanya bilah kipas diselaputi frost ataupun gegelung kipas yang sudah rosak adalah penyebabnya. Dan tidak mustahil juga 'defrost heater'rosak kerana tidak boleh mencairkan ais yang tebal dibahagian atas. Apa pun, penyelesaiannya berdasarkan dgn menguji satu persatu komponen yg saya sebutkan tadi. Tentang caj, saya tidak boleh sebutkan disini kerana ia bergantung kepada komponen apa yg rosak.
harap membantu ^_^

Tanpa Nama berkata...

Salam tuan. kat mane nak beli spare part kipas utk peti ais LG tu. Saya duk kat area ukay perdana, ampang.

wai bee berkata...

Salam kembali, tuan boleh cari kedai spare part aircond dgn peti sejuk "Raco" di area Pandah Indah..

Izzul Hanis berkata...

Aslm bro.. Peti sejuk kt umh sy brand sharp.. Bru je beli... Bila nk buang air kt blkg peti sejuk 2 sy bru perasan... Compressor peti sejuk ni.. Cm kemek.... Normal ke bnda cm ni???? Stkt ni.. Peti sejuk ni keadaan dia ok ag..

wai bee berkata...

waalaikumsalam.. kemek tu mmg begitu.. standard manufacturing.. air takungan tu x perlu dibuang secara manual.. air tu akan menyejat secara automatik..

Izzul Hanis berkata...

Oooo.. Cm 2.. Sory bro.. Sy kurang skit pngetahuan dlm bab2 ni.. Tq bro.. ;-)

Izzul Hanis berkata...

Ok thankz bro... Ingt npe r kemek2 kt compressor 2... Hehe...

Palapes Ums berkata...

peti ais kita mcm sama... cuma nak tanya.. nape ada buat kuat vsft2 kat belakang peti sejuk tu????

Wai Bee berkata...

maaf saya tak paham soalan awak.. huhu..

zaza berkata...

Assalam wai bee petisejuk saya ada sikit droo tempreature dia. Saya jenguk bhgn belakang bwh dia ada habuk tebal. Adakah ini penyebab temp turun? Boleh jawap pd email tak zaza_hadi@yahoo.com tq

Hazu Zura berkata...

Salam..nak tanya, kalau peti sejuk tu kita baringkan 180 darjah semasa proses pemindahan, berapa lama diperlukan untuk biar ia rest sebelum switch on suis? TQ.

Wai Bee berkata...

Salam kembali.. Selepas kita baringkan peti tu semasa pindah, dirikan ia dan biarkan ia sekurang-kurangnya 8 jam atau biarkan sehari baru kita onkan..

Kamera Media berkata...

Salam tuan, saya nak tumpang tanya. Hari tu sy off kan peti ais beberapa hari sebab nak pindah rumah. Lepas sy on balik peti ais tu, dia jadi berbau. Dah 3minggu.sebab apa ye. Ada tak cara2 supaya bau tu dapat dihilangkan? Terima kasih tuan.

Wai Bee berkata...

Salam tuan. Sebaiknya sebelum digunakan semula, awak bersihkan dulu dgn mengelap bahagian dalamnya dgn kain lembab bersabun sedikit utk menghilangkan bau makanan yg melekat..

Zack Nizar berkata...

Salam bro..saya duduk area pandan mewah dkt hospital ampang.boleh tinggalkan contact no sbb peti ais saya meragam

Wai Bee berkata...

Salam zack. Saya duduk Sarawak. Area Kota Samarahan / Kuching..

frenchy fz berkata...

Bro... Peti sejuk umah aku pakai brand toshiba GR-R30MPT. Dari dulu beli... Sampai la skang dah 2 tahun lebih. Atas cepat sgt sejuk tp bawah kurang sejuk... Set temp atas no 1 pun masih cepat sejuk padahal set tem bawah sampax max... Sama jer. Bleh bantu sblum nak hantar repair... Takut depa charge yg bukan2. Kalau tgk gambar atas tu... Peti sejuk tu sama.

Wai Bee berkata...

hi bro frenchy.. cuba offkan dulu peti sejuk tu sehari smlm.. klu masih juga, check kapasitor kipas dia..

Ashrani Zafirah berkata...

Salam bro nk tnya boleh x peti ais kita simpan dlm keadaan baring untuk beberapa hari?nnti nk on ada efek apa2 x??nk g outstation takut rumah banjir tu yg simpan dlu.

Wai Bee berkata...

Salam bro..
Emm.. boleh je.. tp nti masa nk guna, dirikan peti ais tu dan biarkan sehari semalam sebelum dionkan suisnya..

wan berkata...

As salam..Engin peti ais sllu run jadi panas...x ada cut off automatic..ada kah masalah relay ..?? Ke sensor y rosak

Wai Bee berkata...

Waalaikumsalam.. kene tgk bberapa faktor lain, adakah awak letak terlalu byk brg makanan dlm peti ais? Adakah termostat diset pd kedudukan tinggi? Atau mgkin anak2 terlalu kerap membuka pintu peti ais? Perhatikan getah pintu, mgkin ada tmpt yg rosak atau tidak melekat. Jika semua ini ok, mgkin masalah termostat atau masalah defrost termostat atau masalah compresor sendiri. 

Abang Saifuddin berkata...

Salam bro. Ade buat servis repair peti sejuk kat rumah x bro. Peti sejuk rumah buat hal xbak sejuk. Saya stay kat Taman Sukma PJ.

Wai Bee berkata...

Salam bro.. maaf sy x repair peti ais ke rmh.. maaf ya..

rabak kandis online store berkata...

Salam chip..saya bidayuh padawan..boleh beri contact no?..saya baru dlm bidang ni nak minta pertolongan..sms 0109616546..terima kasih kerna berkongsi pengalamn..

rabak kandis online store berkata...

Salam chip..saya bidayuh padawan..boleh beri contact no?..saya baru dlm bidang ni nak minta pertolongan..sms 0109616546..terima kasih kerna berkongsi pengalamn..

rabak kandis online store berkata...

Salam pok..ada contact no x..aku dari padawan bidayuh..nak minta pertolongan ckit..0109616546..gud blog for evryone thx

rabak kandis online store berkata...

Salam pok..ada contact no x..aku dari padawan bidayuh..nak minta pertolongan ckit..0109616546..gud blog for evryone thx

Dunia Alin's berkata...

Sy baru saja membeli peti sejuk penghantaran dalam.jam 3.30 petang. Seelok2nya jam brapa sy boleh on kan peri sejuk?minta pandangan

khairul DIY berkata...

Dunia Alin,
Seeloknya dalam jangka masa 24 jam

Wai Bee berkata...

rabak kandis - dh settle ye.. :)

Dunia Alin - seperti yg khairul diy bgtau :)

Khairul diy - tq :)

xxx berkata...

Salam. Nak tanya. Bolehka peti sejuk dipindahkan dalam keadaan baring? (Nak pindah rumah)

Wai Bee berkata...

Salam.. boleh je.. tp jgn terus on klu dh smpai ke destinasi. Biarkan 24 jam berdiri sblm dionkan..

xxx berkata...

Ok mekaseh

Sadi Haswal berkata...

Selepas kita baring kn unit..Dan on DL ms 30mint Ada msalah tk?? Mohon pencerahan tq

Wai Bee berkata...

Maksudnya lps peti sejuk tu baring, awk terus on ye? Skrg mcmana keadaan peti sejuk tu? Masih ok ke atau macamana? Sy tak dpt nk bg pencerahan dulu.. huhu..

Abdulaziz Kholim berkata...

Assalamualaikum. .sya nak tnya..knape peti ais sya di bahagian frezer x membeku..sejuk tp x membeku..pti ais Samsung 1 pintu
Trima kasih

Abdulaziz Kholim berkata...

Assalamualaikum. .sya nak tnya..knape peti ais sya di bahagian frezer x membeku..sejuk tp x membeku..pti ais Samsung 1 pintu
Trima kasih

Wai Bee berkata...

Waalaikumsalam. . Cuba tgk setting termostat. Naikkan setting ke high.. brapa lama dh usia peti ais tu?

Unknown berkata...

Salam bro.. saya baru pindahkan peti ais guna van dan peti dlm keaadaan baring.. saya biarkan sehari itk on balik.. masaalahnya peti ais xsejuk2 dah hanya wap2 jer yg kuar.. sbb sebelum ni ok jee..

Wai Bee berkata...

salam.. aduh.. payah klu gini.. :(