iklan2

Khamis, 2 April 2009

Litar asas sistem penyejukan



Ini adalah litar asas untuk sistem penyejukan iaitu bahan pendingin pada mulanya akan dimampat oleh pemampat, seterusnya akan dikeluarkan dalam bentuk gas (vapour) bertekanan dan suhu tinggi ke pemeluwap (condensor). Di sini bahan pendingin akan berubah daripada gas kepada cecair (liquid)yang masih dalam tekanan dan suhu yang tinggi. Seterusnya ia akan melalui peranti permeteran (expansion valve). Di sini bahan pendingin yang berbentuk cecair tadi akan dikawal tekanan dan suhunya menjadikan ia rendah sebelum memasuki ke penyejat (evaporator) dalam bentuk cecair dan sedikit gas. Seterusnya bahan pendingin tadi akan melalui penyejat dan di sini sifatnya akan ditukarkan iaitu tekanan dan suhunya menjadi rendah. Bahan pendingin ini seterusnya akan memasuki pemampat semula.

Rabu, 1 April 2009